Tuesday 26 January 2016

Assalamualaikum by Faizal Tahir, make me tears...

As for me and husband, both of us like FT..

husband kata kembar dia.. husband selalu ikut style rambut FT..

husband suka suara FT yang power...

dan masa AJL30, ika aspected FT akan buat persembahan yang meriah..

but nobody aspect, anda semua pun tak bayangkan FT buat persembahan yang buat orang semua sedar dan mengalirkan air mata...



And FT Good Job.. Video paling lama, air mata ika makin deras..

sebab ika terus ingat abang Faiz.. that boy nak makan roti dah lama tak makan roti..

dan Roti juga kesukaan abang faiz.. mama selalu belikan abang roti..

dan sekarang Roti Boy (MochaBoy) jadi kesukaan abang..



#FaizalTahiristhebest



Faizal Tahir - Assalamualaikum - #AJL30 (Studio Version)



Thursday 21 January 2016

MY BABIES DIARIES


Bila anak-anak dah semain membesar, dua-dua nak buat perkara yang sama.. apa abang buat, adik nak ikut... apa adik buat, abang pun nak jugak ikut...

sama la jugak dengan anak-anak ika neh.. Semalam sorang berus gigi, yang sorang lagi nangis2 nak benda yang sama, nasib baik mama dah prepared awal2 toothbrush.. kalau tak dengar la si adik melalak nak jugaaaakkkk....

mama pun apa lagi terus snap... jarang dapat telatah and karenah anak macam neh, so when both of them dah besar, mama bagi tunjuk gambar2 mereka neh masa kecil.. but... oh ma babies please dont big so fast.. tak puas lagi nak gumul2 anak-anak mama neh.. 








#Mybabiesdiaries
#AmmarFaizanaqi
#Aqilaheleesya
#Myjourneylife

Mama Fasya Anaqi
22nd January 2016 (Friday)

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET: WAIST NIPPER UNTUK LELAKI


Hari ini, ika nak share sikit tentang LELAKI... eh, bukan jual ubat kuat ye.. nak ubat kuat hubungi husband ika... hehehhe.. :)

BOLEH KAH LELAKI MEMAKAI CORSET PREMIUM BEAUTIFUL???


Boleh!!! tapi hanya WAIST NIPPER sahaja, atau lebih dikenali sebagai BENGKUNG MODEN..
ada sesetengah lelaki mengalami masalah posture badan, masalah perut buncit, masalah sakit belakang, sendi dan banyak lagi.. betul tak? So, ika bagi solution dengan memakai WAIST NIPPER...


Ada masalah seperti gambar di bawah?? Maka cepat-cepatlah pakai WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL.. 


Apakah ciri-ciri Wait Nipper??

  • üMempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.

  • üReka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.

  • üBenang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.

  • üReka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.

  • ü3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.

  • üPerhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.



Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?

Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. 

Antara Testimoni Lelaki yang memakai WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL:








Untuk Free Fitting & Consultant boleh hubungi ika:

Zulaikah Aman

Izzuqaanaqi.blogspot.com


Wednesday 20 January 2016

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT: REZEKI AWAL TAHUN 2016


#Latepost: 2nd Januari 2016

Day 1st ...

Rezeki awal tahun baru, Pepagi ada orang ketok rumah nak tanya pasal ubat peranakan terturun.. yang paling best lagi, Suami dia yang datang nak bawak ika pergi rumah tengok isteri dia, sebab baru habis melahirkan..Alhamdulillah rezeki di pagi hari...

Jom, Cure ibu lepas melahirkan dengan premium beautiful... :)


Lepas beri penjelasan dengan akak tu, ambil ukuran semua.. Mak dia pun terjebak dengan Corset kesihatan Premium beautiful .. nak jugak minta ukur, lepas tu daftar jadi ahli, sebab tertarik dengan bisnes yang ika buat neh, bisnes apa? bisnes jual PB la sayang... :)



2nd Days
3rd Jan, 2016


Hari kedua, ika follow up mak cik lagi, sebab semalam tak puas, baby leesya dah nangis dekat rumah, then ika pulak terus rujuk mentor-mentor ika... best kan bisnes ika neh, walaupun jauh tetap mentor guide kita apa yang perlu dibuat.. sebab ILMU + RUJUK + TINDAKAN = KEJAYAAN ...

Bisnes ika neh, tak da buat sorang-sorang taw, its all about teamwork, yang pentingnya siapa buat dia yang dapat... tak da istilah awak buat orang lain yang dapat.. NO.. NO.. NO..

then ika bagi penerangan tentang bisnes neh, bonus dia dan rebate yang masih berjalan dengan pembelian set Premium Beautiful... dan Alhamdulillah anak mak cik yang sorang lagi terus terjebak nak minta ukur jugak.. 


So, Mak cik senang hati dah sebab akan memiliki Corset Kesihatan Premium Beautiful..
Anak yang nak pakai, tapi mak beli dulu... :) ALhamdulillah..



PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT SABAH

ZULAIKAH AMAN
( 0138535825 )

FAMILY VACATION @ SEMPORNA


#Latepost: 27th Dec, 2015

Mama nak melaram sikit tau... hari ni, family vacation maw pergi Semporna.. kalau nak tahu, Semporna ni, tempat percutian yang memang turun temurun mesti pergi setiap kali kami cuti sekolah.. Since ika  tadika smpai lah dah beranak pinak...

tapi sebelum tu, ibu ada jemputan kawin, so 'bagai pipi disorongkan bantal' isi perut dulu sebelum perjalanan jauh... Premium Beautiful jangan lupa pakai ok... :)


My Gorgeous Ibu... she is one in a million.. Love her...

Lucu kan.. masa neh, adik lelaki ika kata: senyum ibu nampak gigi... :)
Haaaa.. ni la adik lelaki ika yang kedua..  sekarang dah form 5 ..

Dah selesai isi perut, kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 3.00 petang. bismillah.. Faiz plak, awal-awal dah tidur, penat sangat....


Alhamdulillah.. Lepas perjalanan lebih kurang 3jam, finally we safely arrived... 6pm already.
 kalau nak tahu hotel yang memang terkenal dan selalu kami menginap kat sini adalah Seafest Hotel... Actually semporna neh banyak tempat menarik, tapi kena naik bot la ke pulau-pulau berdekatan untuk scuba diving & etc.. dekat semporna neh kalau nak mandi laut boleh p Tampi-Tampi, ada perkhidmatan Chalet jugak.. 

Mama & Ayah melaram lepas turun keta...

Muko ayah memang serius masa begambar... 



Lepas Check-In jom cari bilik... baby Leesya dah tired...


My Beautiful Princess Aqilah Eleesya...

Yeay... dah jumpa Bilik, so mama dah taksub nak begambar... abang sibok main tepon hotel, sampai orang dalam tepon tu bersuara.. faiz-faiz.. 



Dah nak balik dah, tak lama pun, semalam jak.. yang penting merasa tidur hotel... dan budak-budak dapat mandi kolam... gambar mandi kolam tak da snap pulak... sebab abang faiz meraung tak nak mandi, asyik tolak2 orang jak, tapi, bila masa masuk kolam, dia pon nak masuk sekali... dah masuk tak nak pulak keluar dari kolam tu... dah kesejukan bibir dah biru pon masih lagi nak mandi dalam tu... tadi bukan main lagi jual mahal...



This is my family, tapi masih ada kekurangan dua orang, adik lelaki ika sorang lagi, dengan kakak ika yang tinggal dekat ampang.. dia tak dapat balik tawau... Abah pulak ada meeting, tak dapat nak join.. so this is my greatest Family... Alhamdulillah...



Oppsss.. sebelum balik, request adik2 nak turun jalan-jalan dekat sini.. do disebabkan dorang tak pernah jalan dalam ni, kita pun turun, kat sini banyak kenangan masa ika masih kecil... lupa-lupa ingat, sebab tak silap masa umur 6 tahun.. tapi kat sini perasaan ika ada sedikit rindu.. emmm..




Keluarga Kecil Abang ... anak abang semua gegirl... :) 



Ibu, kakak ipar, Kak Sofi & me

Sayang Lelaki ini tau... Suami dunia akhirat.. Love you sayang...!!!!



My Handsome, Ammar Faiz Anaqi


Awat abang tutup mata.. kak sofi pandang je... 


Ceritanya suruh adik lelaki ika gambar, ala-ala candid... tapi tak jadi pulak... rasa lucu.. bila tengok gambar ada pulak abang sibuk dekat belakang.. dah memang candid la kan..



TERBAIKKKKKK!!! Jazakillahu khoiro ibu untuk vacation ini..



So, InsyaAllah sampai jumpa lagi @ other vacation.. 

Love by

Mama Fasya Anaqi
21th Jan, 2016

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts