Saturday 8 December 2018

Premium Beautiful Tawau: Fitting Client di Taman Bukit Bintang, Sin Onn

Assalamualaikum, hai awakkk. Ye awak laa yang sudi singgah blog ika ni. Tenkiu tau 😍


Ekceli ika hepi sangat bila ada client dari Tawau dah mula tanya pasal Premium Beautiful, means ika pun dah mula masuk pasaran Sabah! In shaa Allah! Eh jap, awak yang baca entry ika ni dari mana ye? Alhamdulillah sampai jugak ika ke tempat awak. Terima kasih ❤️

FITTING CLIENT PREMIUM BEAUTIFUL 
(Taman Bukit Bintang, Jalan Sin Onn) 


Pendek cerita ika set appoinment dengan client ika ni hari Jumaat masa lunch. Beliau ajak terus jumpa di rumahnya dekat Taman Bukit Bintang, Jalan Sin Onn.

Masa jumpa tu beliau tersangatlah peramahnya, rupanya beliau ni asal Negeri Sembilan. Kerja dekat Tawau sini sebagai Nurse Pergigian di Hospital Tawau, tinggal Tawau sini adala dalam setahun lebih githu. Macam ika jugak la dulu hidup di rantauan.

Beliau kata lagi sebenarnya kawan-kawan Nurse dia dekat Semenanjung kebanyakan dah sarung Premium Beautiful ni dan ada juga yang buat bisnes jual Premium Beautiful. Beliau nak beli dengan kawan tu tapi jauh, nak ukur sendiri susah dia tak reti kan. So beliau pun search dekat Instagram "Premium Beautiful Tawau" maka keluar lah IG ika, Alhamdulillah! Ada jugak rupanya Premium Beautiful di Tawau ni, katanya. Hehehe! 

Lepas fitting beliau, ika terus balik. Sebab masa tu Hujan lebat selebatnya. Allahumma Soyyiban! 

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Ika hari ni. 

PERKAHWINAN ZULAIHA X AZMAN
(Dewan Sri Tawau, Jalan Sin Onn) 

Tapi ika bukan nak share pasal Fitting client je sebenarnya. Ekceli Hari ni rupanya ada jemputan Kahwin. Salah seorang kenalan merangkap cuzzy bestfriend ika sendiri!

Majlis Sanding diadakan di Dewan Sri Tawau, masuk je dewan tu Ika terus teruja "Wahhhhh" cantiknya dia. Macam Princess in Fairytale! Tapi memang adik ni tanpa Make up pun aslinya cantik. Untung cik abam tau!

Nah Ika belanja gambar-gambar syantik majlis sanding adik Zulaiha x Azman.

Zulaiha dan Zulaikah, nama kitorang hampir sama 😍



Bestfriend Ika dari sejak lahir sampai sekarang ❤️

Tak boleh gambar berdua, Dak tecik nak sibuk jugak 😂

Masa ni dak tecik tu baik sangatttt... 

Pahtu tak tahu sejak bila dia dah pun naik atas pentas sana 😱😂


Maka berlari laa Mak Anak Tiga ni mengejar dia sampai ke pelamin orang! Aduhhhh adikkk oiii! Ber kuch kuch hotta hei kita atas pelamin tuh! Bukan majlis kita sayang 🤣

Ni haaa muka budak baek tu! 😍



Premium Beautiful legakan sakit pinggang! 

Kalau korang perasan la kan, Ika tak sempat nak tukar baju pun 😭

Masa ni kan hari bekerja, tengahari Fitting Client balik kerja stay ofis ibu dengan hubby dan anak-anak, Lepas selesai solat Isya' baru kami balik rumah. Sampai rumah tak sempat nak tukar baju, anak-anak je ika siapkan. Maka dengan baju kerja laaa ika ke persandingan hari ni. 😜

Tak penat ke ika? Hmmm, tipu lah kalau tak penat! Sebab lepas fitting client tu balik rumah jaga anak-anak sebab husband nak solat jumaat, then masuk kerja balik. Tapi Ika enjoy apa yang ika buat ni.

Lebih-lebih lagi bila seharian sarung Premium Beautiful, melekap je di badan. Tak rasa sakit pinggang! Tak rasa sakit belakang! Eh, lupa pulak! Nak makan pun tak berlebihan di majlis orang sebab pemakanan dapat terkawal walaupun lauk pauk menyelerakan! Fuhhh, selamat!

Terima Kasih Premium Beautiful! Kerana buat hari ku ceria dan cergas sentiasa! ❤️


Okay laaa awakk, terima kasih tau sudi baca sampai sini. In shaa Allah jumpa lagi! Kalau nak sarung Premium Beautiful roger jah Ika, In shaa Allah berdasss dasss Ika balas. Hahha! 

Taa taa tii tii tuu tuu, sampai sini dulu
Muachikeddddd 💋

Thursday 29 November 2018

Taukey Ezigrow Hai-O Tawau, Sabah

Hai ebribadi, Okay tak hari ni? In shaa Allah ika doakan semua baik-baik saja kan. Ika just nak share kegembiraan ika hari ni. Nak tulis ni pun masih bergegar tangan tau.

Belanja gambar dengan Baby Asyraf! 

Okay, Ekcelikan ada sorang kasteme ni dari bulan lalu kata nak beli Ezigrow. Nak suruh ika daftarkan. Lastly senyap cam tu jah. Sedih jugak la, sebab bukan rezeki ika kot kan. Status wasap ika tengok jah dia upload gambar tanaman sayur-sayurannya. Dalam hati ika, Madam ni dah beli Ezigrow dengan orang lain kot. So Ika pun Move on je la kan. Sokay  😁

Tapi semalam ika terima mesej dari beliau, minta tolong. Siap Voice Note dari awal sampai habis. Ehhe! 


Rupanya beliau nak minta Tolong daftarkan ahli. Katanya dia dah ke Stokis sendiri tapi daftar dekat stokis Rm70 something. Mahal sikit la kan. Kalau Ika daftarkan RM47 jurrrrr. Balik rumah anak dia nama Mei mei try daftarkan online tapi still tak dapat. Sebab tu wasap ika balik 😍
Tenkiu madam.

So pendek cerita, kami pun set appoinment jumpa esok, which is hari ni di Stokis Sahajidah Hai-O Marketing cawangan Tawau.


Then kitorang pun bertemu mata di stokis SHOM. Dari luar ika tengok suami dan anak-anak beliau ada sekali. Dah tunggu ika. Sambil ika Registerkan madam thru online Ika share jugak dekat beliau cara pengiraan bonus dengan Ezigrow!

Madam tu terus kata "Kalau saya jual dengan kawan-kawan saya lagi banyak untung kan?"

"Nanti saya bagitau kawan-kawan saya beli dengan saya saja, sebab stokis sudah dekat. Dulu beli dari Semenanjung, kos postage lagi. Sampai sini baru bahagikan kos postage. Mahal oooo"

Okay Madam dah official jadi Supplier Ezigrow Gudang 4. Yuppp, Kebun Sayuran Madam Chong ni di Gudang 4 sana, katanya menghala ke Merotai. Walaupun ika orang Tawau tapi masih tak tahu dekat mana tu Gudang 4. Hahha!

Nahhh lanje gambar sekeping dengan Madam! Husband dan anak2 mdm tak nak masuk sekali. Tak pa nanti banyak sales Ezigrow masuk, kompom gambar tak henti!


Mareee ika share dekat korang TIPS dan kebaikan Baja Ezigrow yang dikongsikan oleh kasteme ika ni. Menurut husband madam Chong Ezigrow ni semua ada, RACUN PEROSAK, BAJA, VITAMIN! So, dengan baja Ezigrow jimat kos dan tenaga untuk sembur berulang kali. 

Nak guna pun senang, sembur Baja Ezigrow ni masa tunas dah mula naik. Jangan sembur masa sayuran atau tanaman sudah berbuah atau berbunga. Nanti tumbuh tak cantik. Serangga pun datang serang. 

Kekerapan tu tengok cuaca. Jangan sembur Baja Ezigrow ni masa awan dah mulai mendung. Nanti Ezigrow hilang kena hujan. Jadi sembur masa cuaca cantik terik, sebab ezigrow mudah meresap bila tanah lembap dan cuaca panas. Seimbang la kan? 😍

Okay la, kalau ada pekebun kelapa sawit ke, pokok buah-buahan ke atau sawah padi nak cuba Baja Ezigrow ni boleh hubungi Ika sendiri ataupun Agent Ika yant berdekatan korang. Ika listkan senarai Agent Ika di bawah ni ya. Selamat Berkebun semua 😍


Hubungi Ika, 

Atau

Senarai Agent Ezigrow Hai-O berdekatan korang,

Agent Ezigrow Hai-O Sabah,

Pn Kasmia: 014-9587884
Madam Chong: 014-6715789

Agent Ezigrow Hai-O Kedah,

Pn Siti Aisyah: 016-3486093

Agent Ezigrow Hai-O Kelantan,

Puan Hana: 014-8323811

Agent Ezigrow Hai-O Terengganu,

Puan Hana: 014-8323811

Agent Ezigrow Hai-O Sarawak,

Pn Siti Aisyah: 016-3486093

Agent Ezigrow Hai-O Johor,

Pn Ranjiny: 012-6733790


Agent Ezigrow Hai-O Kuala Lumpur,

Pn Ranjiny: 0126733790


Agent Ezigrow Hai-O Mantin-Bangi,

Pn Suhaini: 016-5872610

Agent Ezigrow Hai-O Selangor,

Pn Emiy: 011-33256206

Agent Ezigrow Hai-O Putrajaya-Dengkil-Sepang,

Pn Lydia: 016-9010912

Agent Ezigrow Hai-O Pahang,

Pn Ida: 014-5325949

Agent Ezigrow Hai-O Singapore,

Pn Ranjiny: 0126733790

Masih ada beberapa negeri yang tiada Agent, kalau berminat boleh hubungi Ika untuk Daftar sebagai Agent Ezigrow Sahajidah Hai-O Marketing! See ya! ❤️

Thursday 22 November 2018

Kek Viral 2 bahan: Chipsmore dan Susu Coklat Good Day!


Helokkkk! Kek 2 bahan yang tengah viral ni ika memang tak rancang pun nak buat. Duk mikir apa nak bawak gi sekolah abam. Cikgu suh bawak makanan apa-apa je untuk Hari Waris, 19hb hari tu. Eh, sebelum tu nak cakap dulu laa, entry mama ni lambat sikittt. Ampuunnnn 😁

Haaa, malam tu jugak ika angkut kak Cha dan anieq ke Giant beli bahan! Abam faiz? Tinggal dekat rumah je sebab kami berempat meracing, tak muat kalau abam ikut sama. 


Kak Leesya sonok aaa, tak da kawan gaduh angkat bakul. Rajin beno anak dara ika ni. Tak perlu suh angkat dia dah tarik bakul dari tangan Ika. Maka mama pun goyang tangan je la ye kak cha. Baik anak mama ❤️


Dah habis belanja pi bayar, ika just agak je, satu bungkus Chipsmore ni pakai 200ml susu Goodday. So ika pun beli 4 bungkus Chipsmore more choc chips. Dan Sebab susu Goodday 200ml tak nampak bayang dekat Giant, Ika ambil la yang 1 liter. Pandai-pandai la ika agak nanti masa nak buat. Kalau terlebih susu, hampun! Salahkan Giant sebab tak jual susu yang 200ml! Kah kah kah! Yang sekotak lagi tu buat minum abam faiz dan kak cha! 


Hokay dah sampai rumah. Kejap je we alls beli barang. Nah hasil tangkapan dekat giant! 

4 bungkus Chipsmore (Giant)
1 liter Goodday Coklat (giant)
2 balang Cupcake (Mr Diy)

Total semua tak sampai RM30 pun. Jimat kan 😍


Alamak lupa nak bagitau, bekas cupcake ni ika beli dekat MR DIY, tu pun kak ipar yang bagitau. Kalau tak tanya kak ipar memang pusing duk cari dekat giant! Mur mur je, 25 pcs RM3.68, ika beli 2 so total RM7.36 la kan. Banyak Pilihan sebenarnya, Rambang mata pilih!

So, tunggu apa lagi jom mula buat Kek Viral ni! 


Mula-mula Pecah-pecahkan biskut chipsmore, pecah 4 ke berapa ke yang penting jadi kecik-kecik. Sebabnya mudah nak blender dan juga cukup ruang bila campak dalam blender. Memula Ika try masukkan 4 bungkus sekali dalam blender tuh, rupanya muat 2 bungkus jah. Nasib baik tak pecahkan lagi yang 2 bungkus Chipsmore.

Nah Susu 1 liter, Ingat tau 1 bungkus Chipsmore hanya 200ml susu Goodday. 

Kak Cha duk sibuk susun bekas Cupcake!

So Ika dah masukkan 2 bungkus dalam blender tu. Macam mana Ika sukat 1 liter susu tu? Adududu, mommies gunalah penyukat ni, sukat 400ml ya (sebab ika masukkan 2 bungkus chipsmore dulukan). Kalau tiada penyukat macam ni pakai botol susu anak-anak pun boleh bha, heheheh. Dah siap sukat, tuang susu dalam blender, lebih sikit dak pa kut. 


Dah Siap blender, gini lah rupanya. Jangan tanya ika blender berapa lama tau. Blender la sampai dah betul-betul hancur dan sebati.


Pahtu tuang dalam cupcake! Comelkan!


Lepas dah kosong blender tu ika tak cuci pun. Suh anak dara pecahkan lagi chipsmore yang 2 bungkus tu. Ulang lagi macam yang first tadi, masukkan dalam blender, campur susu, blender lagi. Pastu tuang dalam bekas cupcake! Dapat lah 40 bekas Cupcakes. Ada sisa 10 lagi yang kosong. Tak pa simpan je, bila-bila boleh buat lagi. kannnnn!

Rajin kan Kak Cha.
Sebelum Masukkan dalam Pengukus panaskan dulu ya kukusan tu dalam 10 minit pun okay. Pastu susun elok, Ika guna pengukus karan ni, muat dalam 32 cupcake. Gambar bawah ni cupcake yang tertinggal tak dapat naik kapal sekali. hahha! Kukus dalam 30 minit jurrrr. 


Taa daaa!!! Dah Siap! Cantikkan. Ekceli dia tak gebu gebas pun. Dia padat je. Ika isi setengah bekas Cupcakes, So Okay lah untuk anak-anak kan, sebab budak-budak ni kalau isi penuh kadang tak habis kan lagipun Ika nak buat topping atas dia. So okay lah. 


Ni Bila dah siap letak hiasan! Topping  dia mudah je,

1/2 gelas minyak masak
Susu Pekat (secukupnya)
Serbuk Coklat campur Milo

Gaul semua sekali sampai dia mengkilat! Kalau tak kilat dan tak manis, tambah lagi susu pekat!
Pastu Tabur la Choclate Rice kesukaan anak-anak



Okay lah kan, Selamat Mencuba!

Tuesday 13 November 2018

New Products: PELANCARAN KIDIVO KIDS AND BABIES SAHAJIDAH HAI-O MARKETING (SHOM)


New Babies of Sahajidah Hai-O Marketing! Produk Orang dewasa from Head To Toe semua dah ada, sekarang Sahajidah Hai-O Marketing Keluarkan Produk untuk Kanak-kanak pula!


Woowweeee!!! Bestnya rangkaian produk penjagaan bayi dan kanak-kanak, KIDIVO KIDS AND BABIES, telah dilancarkan baru-baru ni di Majlis Ulang Tahun Sahajidah Hai-o Marketing yang Ke-26 Tahun pada 10 November 2018
bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC) Shah Alam sekaligus meraikan para Usahawan yang berjaya membuat jualan terkumpul sebanyak RM2,000,000.00. Wowww! Banyaknya angka kosong!!! Yeee uols, 2 Juta Sales! Dengan Pangkat Crow Diamond Manager atau CDM. Doakan Ika juga tau dapat capai CDM tak lama lagi. In shaa Allah!

SIAP MASUK BERITA HARIAN LAGI UOLS! BANGGA MAK!

Malam tu pun ada Kak Fazura sekali tau! Its a wrap! 
Thank You Puan Haryani Ngah for the Write up!


Ok dah habis baca Berita Harian balik la ke sini, heheh. Ika belum habis cerita lagi pasal produk baru tu. hahha! 

Produk Baru yang dilancarkan ni memang khas dan sesuai untuk Bayi dan Kanak-kanak.
Ada 3 Produk semuanya,

1.KIDIVO Natural Head to Toe Wash
2. KIDIVO Natural Moisturizer Lotion
3. Junior KIDIVO Gummy Bears (Suplement and Multivitamins)

Semua Produk penjagaan diri bayi dan kanak-kanak di atas diperbuat daripada Bahan Semula jadi dan Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak. So Mommies No Worries hokey! Tengok je gambar bawah ni pun dah tau KIDIVO ni memang sesuai sangat untuk anak-anak kita.


MENGAPA KIDIVO SESUAI UNTUK ANAK-ANAK KITA?



1. BAHAN-BAHAN SEMULA JADI

KIDIVO diperbuat daripada bahan-bahan Semulajadi yang dirumus tanpa bahan kimia yang berbahaya.

2. BEBAS DARI KERADANGAN KULIT 

KIDIVO juga sesuai untuk bayi kerana kandungannya Tanpa Paraben, Tanpa SLES, Tanpa Phthalates, Tanpa Petroleum dan juga Tanpa Silikon. Sesuai untuk bayi yang ada masalah kulit seperti kulit Sensitif dan Ekzema.

3. ANTI-MIKROBIK, ANTI-KERADANGAN

KIDIVO mempunyai bahan-bahan Antimikrob yang dapat membina tumbesaran kanak-kanak dan juga dapat mengelakkan kulit bayi atau kanak-kanak dari kesan Alergik atau alahan.

4. MELEMBAPKAN, MELEGAKAN DAN MELINDUNGI

KIDIVO tidak memedihkan mata dan juga mempunyai Ekstrak yang lembut, kurang berbuih atau sabun, sesuai untuk Bayi yang baru lahir (Newborn). Mempunyai PH yang seimbang sesuai untuk kulit Bayi yang sensitif.




KEUNIKAN KIDIVO KIDS AND BABIES


KIDIVO NATURAL HEAD TO TOE WASH 
KIDIVO NATURAL MOISTURIZER LOTION

✔ Dirumus khas dengan Bahan-bahan Semulajadi
✔ Tidak memedihkan mata dengan rumusan Ekstrak Lembut
 ✔ Bebas Sabun
Hypoallergenic - yang menyebabkan reaksi alahan
✔ pH yang seimbang
✔ 100% Bahan boleh urai
✔ Selamat untuk alam sekitar




KIDIVO JUNIOR GUMMY BEAR
(Suplement and Multivitamins)

Dirumus istimewa dengan Omega-3 (DHA & EPA), Lutein dan Multivitamin serta mineral untuk membekalkan khasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

1. OMEGA 3 (DHA & EPA)

✔ Membantu membina Komponen utama Otak
✔ Menyokong Pertumbuhan Sihat dan Fungsi Otak Kanak-kanak
✔ Menyokong kesihatan jantung
✔ Membantu tidur lebih lena


2. LUTEIN

✔ Meningkatkan penglihatan dan membantu melindungi mata daripada gelombang cahaya biru yang berbahaya
✔ Mencegah Katarak
✔ Memperkuat Retina
✔ Mencegah Mata daripada Rabun
✔ Menjaga Kesihatan Mata


3. MULTIVITAMIN 

KIDIVO Junior Gummy Bear diperkuat dengan Vitamin A, Vitamin B5, B6 dan B12, Asid Folik, Biotin, Vitamin D3, Vitamin E, Iodin, Zink untuk memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak, Melancarkan Sistem Peredaran Darah dan Saraf serta memberbaiki Sistem Imun dan Pengeluaran Tenaga Kanak-Kanak.

 VITAMIN A - Memainkan peranan penting  dalam fungsi mata dan tumbesaran Tulang. Ia membantu menyihatkan rambut, kuku dan kulit.

 VITAMIN B5, B6 dan BIOTIN - Menggalakan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membekalkan tenaga berterusan kepada kanak-kanak.

VITAMIN B5, B6, BIOTIN, ASID FOLIK & B16 -  Menggalakkan sistem saraf yang sihat

ASID FOLIK & B16 - Membantu pembentukan Sel darah merah

VITAMIN D3 - Memudahkan Penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat.

VITAMIN E - Sebagai antioksidan yang kuat membantu menyingkirkan radikal bebas dan meningkatkan imuniti.

IODIN - Penting dalam sintesis hormon tiroid untuk tumbesaran dan perkembangan terutamanya perkembangan otak.

ZINK- adalah mineral penting untuk tumbesaran kerana ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel.




Wahhhhh! Ika tulis pepanjang ni pun rasa tak sabar nak beli untuk anak-anak ika tau tak. Stok akan keluar awal bulan Disember nanti! Nak book boleh hubungi Ika sekarang. Nasib baik ika tak belikan lagi Supplement dan vitamin dekat luar. Fuhhhh! Beli KIDIVO untuk anak-anak, Mak Manyak senang Hati! Yelah, Bukan takat anak-anak sihat dengan KIDIVO, Mak Pak pun boleh dapat Bonussss!!! Wehoooo!!!

Best sangat Sahajidah Hai-O Marketing ni kan! Okay lah, ika nak buka peluang kepada korang yang nak jadi STOKIS ATAU AGENT SETIAP NEGERI untuk Produk KIDIVO ni boleh hubungi Ika sekarang!
Modal pun Mampu Milik!
Jom Jana Income bersama dengan KIDIVO KIDS AND BABIES!!!
Kachinggg Kachingggg!!! ❤❤❤

HOTLINE:

010-5030497

010-5030497
010-5030497


Thursday 8 November 2018

PREMIUM BEAUTIFUL: YEAR END SALES 2018!!!



DAH TAHU PREMIUM BEAUTIFUL TU APA?
NAK BELI JER TERUS ?

Ok, kalau uols dah tahu Premium Beautiful tu apa dan nak tahu LATEST PROMOHARGA PREMIUM BEAUTIFUL MURAH or nak UKUR SIZE PREMIUM BEAUTIFUL, boleh terus Whatsapp Ika 010-5030497 ...
FREE CONSULTATION untuk semua pembaca blog Ika tau.
Jangan risau sangat pasal harga, Semuanya boleh dirundingkan.
Bukan tu saja, Ika akan bagi FREEGIFT, so uols boleh choose salah satu freegift dibawah ni yang bernilai RM100++:
✔ Sekotak Herba Maharani 
✔ Sekotak Shake Me Soy 

✔ Set Kempis Perut (2 kotak Min Kaffe + Garlic)

So, bila ada sale macam ni, Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Premium Beautiful untuk diri sendiri! Berbaloi-baloi tau. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh tekan no ika di bawah ni,


Haaa, sempat lagi nak capai Azam yang lagi 2 bulan nak habes tahun 2018 ni. Kan Kan Kan

Saturday 27 October 2018

NEW PRODUK - BB PLUS GLO FAZURA


Weehoooo, Lepas Teh Tarik Min Cha, Miss Fazura jadi Duta BB Plus Glo Pulak.
Uols yang dah memang amalkan BB Plus Collagen wajib rasa BB Plus Glo ni tau. Apa yang bestnya BB Plus Glo ni uols? Jom Ika share dekat bawah ni.

BB PLUS GLO ATAU BB + GLO
KEJELITAAN DARI DALAM


BB PLUS GLO merupakan Campuran Minuman Kolagen Dengan Blackcurrent yang dapat membantu untuk mencantikkan dalaman dan luaran kita. PENUAAN boleh merosakkan Kolagen sehingga merosakkan kulit.  Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber Protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan Kolagen adalah faktor penyebab terjadinya proses PENUAAN KULIT. 


APAKAH KOLAGEN?


Kolagen Membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia merupakan bahan utama dalam kulit, tulang rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut. Sebab tu Ika Suggestkan orang yang kerap sakit lutut dan sendi untuk amalkan BB plus atau BB Plus Glo ni sebagai alternatif untuk mengurangkan sakit lutut dan sendi so boleh la beribadah dan beraktiviti seperti biasa.

KOLAGEN bertindak sebagai "SIMEN" yang memegang kuat struktur kulit

Binaan asas TERPENTING dalam tubuh badan

Menyumbang 30% daripada protein dalam tubuh

● Memegang jaringan setiap sel hidup dan memastikan kekuatan, keanjalan dan penjanaan semula kulit, tulang rawan dan tulang.


KELEBIHAN BB PLUS GLO


● Penstrukturan Kolagen

● Meningkatkan Kelembapan Kulit

● Mengurangkan Kedutan di wajah

● Mengandungi Kolagen yang lebih padat

● Menghasilkan kulit yang lebih halus dan anjal


KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN BB PLUS GLO 
UNUTUK WANITA


● FORMULA DIPERBAHARUI dengan penambahan BIO-Aktif

Disokong oleh KAJIAN KEBERKESANAN

5,000mg PEPTIDA KOLAGEN marin dari PERANCIS 

Serbuk BLACKCURRENT yang dipatenkan dari DENMARK

ExGrape TOTAL GRAPE EXTRACT, dituai dari PERANCIS

● L-CYSTEIN untuk PENCERAHAN KULIT.


SERBUK BLACKCURRENT DALAM BB PLUS GLO



Serbuk Blackcurrent dari DENMARK di mana "bio-aktif"nya tersimpan secara unik. Sebatian Aktif dikekalkan dengan menggunakan teknologi yang dipatenkan seperti buah beri segar. Serbuk blackcurrent yang ada di pasaran tidak sama seperti yang ada di dalam BB Plus Collagen, kerana yang ada di pasaran mudah musnah dan rosak serta mengakibatkan kehilangan Nutrien.


KEBAIKAN SERBUK BLACKCURRENT DALAM BB PLUS GLO



Diperkaya dengan Polifenol, bioflavonoid & Vitamin C

● Bioflavonoid - hanya boleh diperolehi daripada sumber semulajadi. TIDAK BOLEH DIPEROLEHI daripada sumber sintetik.

● VITAMIN C - Tinggi antioksidan & Kesan Pencerahan

●  Memperbaiki penjanaan semula kulir

Tinggi Antioksidan, bersifat ANTI PENUAAN

ANTI KERADANGAN


KEISTIMEWAAN ExGRAPE TOTAL GRAPE EXTRACT 
DI DALAM BB PLUS GLO



Diperbuat daripada buah anggur yang di tuai eksklusif dari Perancis

Diperkaya dengan POLIFENOL, OPC, ANTHOCYANINS, TRANS-RESVERATROL

● ORAC = 10,000 umol TE/g

● The French Paradox -  Komuniti Masyarakat Perancis mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah walaupun diet mereka tinggi dengan lemak. Mengapakah ini berlaku? Kerana mereka lebih mengamalkan buah anggur dalam pemakanan seharian.

● 100 % HALAL 

CARA MINUM BB PLUS GLO


Campurkan 1 Sachet ke dalam 500ml air, kacau dan minum segera.

Ambil 1-2 Sachet setiap hari (Sebelum makan/sebelum tidur) untuk kesan terbaik.


Tuesday 22 May 2018

PREMIUM BEAUTIFUL 2018: CARA MERAWAT SAKIT BELAKANG DAN SLIP DISC DENGAN BENGKUNG PREMIUM BEAUTIFUL

"BACKPAIN, SLIP DISC DAN SCIOLISIS" Sakit yang berkaitan dengan tulang belakang. Cara merawatnya pun Ika dah ngeri, mana taknya bila sakitnya datang makan "Pain Killer", ulang alik pulak pergi Hospital, Appoinment dengan pakar Orthopedic... 

 So far mungkin u all dah tau dan pernah dengar tentang Premium Beautiful ni kan? Entries Ika sebelum ni pun banyak ceritakan Premium Beautiful ni banyak manfaatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Sama ada nak  pakai masa berpantang atau pun untuk merawat Cancer dan cyst/Fibroid. Tapi kali ni, Ika nak share pada u all yang Premium Beautiful juga jadi Alternatif untuk merawat Sakit Belakang, Slip Disc, Sciolisis atau pun Bongkok sejak lahir.

So, Ika nak share dengan awak semua yang berkaitan dengan SAKIT BELAKANG!


Awak tahu tak Tulang belakang yang menyokong badan kita ni mempunyai 33 tulang vertebrata berasingan yang dipisahkan oleh pelapik Kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot dan saraf. Tak Tercapai akal, besarnya ciptaan Tuhan dalam tubuh badan kita kan. Tapi bagaimana Sakit belakang berlaku???

Ok, Sakit belakang ni terjadi apabila tulang belakang tersebut 'teralih' atau menggelongsor dari kedudukan asal disebabkan gel antara tulang yang berfungsi unutk menyerap hentakan telah bocor dan seterusnya mengakibatkan tulang menekan saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Sakit belakang juga berkait rapat dengan sakit pinggang.


Siapa yang paling berisiko untuk mengalami Sakit Tulang Belakang dan Sakit Pinggang ni?

✔ Pemakai kasut tumit tinggi
✔ Wanita Mengandung
✔ Aktif aktiviti Sukan lasak 
✔ Berat badan berlebihan
✔ Orang yang selalu travel jauh (Driving)
✔ Kerja pejabat 
✔ Selalu Angkat Berat
✔ Orang yang kurang dan tidak suka bersenam

Ehhh, Awak ada termasuk dalam senarai 👆👆👆 ke???

BAGAIMANA SAKIT BEAKANG BERLAKU?


Ika pernah baca tentang sakit belakang ni ada bermacam punca. Salah satu punca ialah postur yang salah ketika berdiri, duduk dan baring semasa buat aktiviti harian. Bila hari-hari buat aktiviti yang sama dengan postur badan yang sama akan menyebabkan stress pada tulang belakang. Tu yang terjadi lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Badan kita ni penat nak menampung tau.

Sakit belakang juga boleh terjadi bila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba. Terlalu banyak tekanan dan bebanan apabila mengangkat atau membawa barang berat, atau posisi badan yang lemah atau kemalangan. Walaupun biasanya masalah ni tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit Pelvik dan Abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

Okay, awak dah faham kan? Now ada beberapa punca yang boleh menyebabkab Sakit belakang:-

1- MASALAH PERGERAKAN


Masalah pergerakan atau Masalah Mekanikal badan boleh dikesan sekiranya u all merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang. Pergerakan tersebut boleh merangkumi semasa u all berbongkok untuk mengangkat barang yang berat. Kebiasaanya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang u all sudah haus atau sudah tua.

Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanannya dan hilang flexibility. So hal ni yang membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya u all melakukan pergerakan yang berat dan kuat.

CARA YANG BETUL MENGANGKAT BARANG BERAT

2 - KECEDARAAN

Kecederaan  tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit tulang belakang samada bersifat sementara atau kronik. Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau mengangkat secara tidak wajar. Vertebrae yang patah sering berlaku akibat Osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah tulang poros. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh kecedaraan yang lebih teruk akibat kemalangan dan jatuh.






APA PUNCA SAKIT BELAKANG???


BAGAIMANA WAIST NIPPER MERAWAT SAKIT BELAKANG DAN SLIP DISC?





Dan paling bestnya bila, Premium Beautiful di disarankan oleh Doktor Pakar Orthopedic.


Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts