Hai Semua, hari ni Ika dapat satu Testimoni Premium
Beautiful yang menakjubkan tau. Uols Nak tahu tak bagaimana Premium Beautiful
ni dapat membantu Pesakit PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) ?? Sebelum tu, Ika
nak sharing serba sedikit yang Ika tahu tentang PCOS ni...😊
Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian
Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di
kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu
faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses
bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan.
Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan
dalam badan wanita turut menjadi punca.
PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal
iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil,
tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.
Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus
wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih
daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan
PCOS." - © Utusan Melayu (M) Bhd