Assalamualaikum sahabat semua. Ika doakan semoga perkongsian Ika kali ni memberi manfaat untuk kita bersama terutama bagi Ibu bapa yang masih ada anak kecil macam ika atau ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.
Sebagai Mak Anak Empat macam ika, ika akui kadang juga pandai terbawa emosi terherdik anak-anak. Tapi lepas reda marah ika panggil anak. Ika peluk, ika minta maaf dekat diorang.
"Mama minta maaf ya nak. Mama marah tadi. Mama sayang abang/Kak Leesya/ Anieq"
Kadang ibu bapa ada ego sendiri kan. Tapi kita usahakan buanglah EGO dengan anak-anak. Diorang masih kecil. Perasaan bukan macam orang dewasa.
Ibu bapa SALAH bila anggap kononnya anak dah besar tapi belum pandai berfikir sedangkan Anak-anak masih inginkan perhatian dan kasih sayang.
Dalam membesarkan anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Sebab bagaimana acuan begitulah hasilnya. Bak kata pepatah orang putih, "Monkey See, Monkey Do"
Bukan nak kata anak-anak kita seperti kera. Tapi mereka buat apa yang ibu bapa buat. Sebab pendidikan pertama bermula dari rumah.
Sebab tu ika tertarik nak kongsikan dekat sini, daripada majalah Pa & Ma.
Perkongsian ini daripada Puan Noraliza Alwi iaitu dalam bab membesarkan anak, ada "10 BAHASA DOSA DALAM BERBICARA", menurut Dr. azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Annur.