Monday 30 October 2023

DIARY ANAK KE 5: BABY AYDEEN FAWWAZ EL FATIH

31 Oktober 2023 | Selasa
7.04 am

Allahu akbar, tak terasa dah nak masuk 2 bulan Baby Aydeen. Alhamdulillahhh, sihat walafiat hendakNya. Mama pun dah nak masuk kerja. Lagi berapa hari ja.. cuti bersalin baki 2 bulan ja ni 😅

Tak tersambung diary Aydeen ni. Terputus tengah jalan. 😅


Aucakkkk! Ni lahh saya hari ni. Muka comel yang hari2 game mama...

Mana nya tak game, asal matahari terbit elok bagi nyusu terus mata pejam suara tangisan hilang. Mata pejam dia ni, sampai bunyi bising dia buka mata pastu tidur balik. Nanti lepas bagi mandi, elok tidur balek. 

Anak baik ni dia game mama sampai jam 10 jam 11 malam, terus good morning dia... Wallahu A'alam macam kena dera... nangis pastu diam. Menyusu Muntah berak berganti2... sampai ke subuh, dia buat mama dia. Ya Allahhhhh...

Anak ke 5 ni peel dia lagu ni. Mashaa Allahhh..
Mama kadang geram rasa nak gigitttt gigittt, jam 2 pagi sampai subuh  dia nangis2 macam tersakiti bethollllll! 👻

Papun hari ni dah hari ke 46 dia, Alhamdulillah... 😍

Diary ni, mama tambah sikit2 mana yang tertinggal ya. In shaa Allah ❤️


Okay semua, baby Aydeen nak sambung mimpi. Mama pun palagi baru nak pejam mata. Sampai tengahari 😌

1 November 2023 | Rabu
7.26 pm

Allahhh Allahhh, Bulan baru Angin baru... Ingatkan macam semalam dan hari2 sebelumnya, Helok matahari terbit, terus tidur... rupanya TIDAK! 


Booolattt mata diaaa! Segarrrr..

Tidur tak sampai 10 minit tebangun. Asal lena, diletak, gerak2 bangun nangis tersakiti...

Sampai jam 10 mama bagi mandi. Sudah harum comel. Bagi susu, buang angin tidur.. tapi kejap jak. Dia nangis tersakiti lagi. 😅


Tapi syukur sangat, masuk waktu zuhur, Aydeen faham. Lena jak, mamq letak atas baby rocker dia. Mama cepat2 pi mandi dan solat zuhur. Tapi Dan2 mama nak siapkan lunch, dia bangun nangis lagi. 😅

Adehhh anakkk, Bagi tidur dulu, biar la kejap asal mama isi tangki minyak. mama makan pun macam tak kunyah, terus telan. senak perut nakkk oiiii! 😅

And finally jam 2.30pm dia betul2 lena, sekali mama pun ikut lena. Jam 5pm mama tebangun, kemas rumah, kemas dapur, mandi solat asar. Tunggu maghrib sekali. 

Ayah, kakak abang pun balik, baby Aydeen masih lagi tidur. Lepas kakak abg semua mandi, baby Aydeen pulak mo mandi. 

Dahhh harummm comel mama. Terus lenaaa lagi 😴

Hokaylah, Mama pun nak siap solat isya' pastu tidur. Takut malam bergadang lagi 👻

Jumpa esok in shaa Allah ❤️

PENGALAMAN ANAK KE 5: OVERDUE DAN INDUCE & DIARY BABY AYDEEN

Assalamualaikum wwb...

Alhamdulillah masa mula menaip entry ini, ika tengah berbaring di katil 6, wad PAC Hospital Tawau, jam 7.41 pagi Jumaat (15.9.2023) selepas di pasangkan Folley Ballon Catheter (induce belon) ...

Tapi sebelum tu ika nak cerita sikit la kan, macam mana akhirnya ika d pasangkan induce menggunakan belon ni...

Ika masuk wad disebabkan overdue, 40 minggu 6 hari ...

Patutnya due sabtu, 9.9.2023, tarikh dah cantik dah tapi baby pulak tak nak keluar. Dan ini adalah pengalaman pertama ika dari 4 kandungan sebelum ini which is baby ika awal sehari dua dari tarikh due. Dan baby yang ke 5 ni mungkin kerana terlalu selesa dalam perut mama dia, sudahnya  terlebih hari... 😌

Terpaksalah mama serah diri selepas 6 hari dari tarikh due yang telah ditetapkan iaitu khamis, 14.9.2023.

Lepas asar ika dan husband terus ke Wad PAC, Hospital Tawau untuk check in. Tapi sayang sampai jak di sana, wad penuh, tiada katil kosong. Wahhhh, ramai ibu2 bersalin bulan 9 ni 😂

Jadinya ika dan husband menunggu di luar wad PAC ni dari jam 4ptg sampai jam 7.30 malam. Sambil Melihat ibu2 yang sudah mau bersalin masuk, alhamdulillah r3zeki dorang mudah bersalin, syukurrrr... 

Jam 7.30 malam baru ada katil kosong dekat wad PAC, patutnya mama di Wad 1, tapi sebab katil full mama check in dekat sini ja. 

Lepas tukar baju pink, hantar keluar baju kotor dekat husband. Peluk cium sayang husband, masuk balik. Terus di suruh baring, cek CTG baby sampai 8.30 malam. Patut cek CTG ni 20 minit ja, tapi sebab bacaan jantung baby tak cantik jadi sejam. 😂

Tak cantik bukan sbb jantung masalah. Tapi susah nak bacaan dia. Pandai tidur dekat dalam, dan bacaan jantung hilang2... aduhhh babyyy!

Lepas dapat bacaan yang cantik, pindah bilik untuk details scanning baby. Alhamdulillah, semua okay. Cuma baby belum nak keluar jaa kata dokter... 😂

Lepas scanning pulak, sambung buat CTG lagi sampai jam 10.30 malam.. ngantuk sis. Dah okay, cuba untuk tidur... tapi tak lena, sebab baby dekat sebelah katil ni sian asyik nangis. Masuk angin mengkali... 🥺


15.9.2023, Jumaat - jam 5.15 pagi... 
Bangun subuh ku terus mandi, pakai sabun dan gosok gigi... (eheee ternyanyi pulakkk)..
Alhamdulillah, syukur masih dapat menjalani tanggungjawab sebagai Hamba Allah dengan menunaikan solat subuh...

Jam 6.30 pagi, nurse dah suruh beberapa mama termasuk ika untuk sarapan, minum air sejuk dan berjalan2 supaya baby dalam peyut bangun untuk buat CTG lagi...

As usual bacaan CTG baby pandai lari2 😂
Tapi kejap ja dia main2, dalam setengah jam bacaan dah cantik. 

Masa buat CTG tu dokter cantik terangkan sekali lagi dekat ika. Procedure pagi ni ika terima bukanlah induce masuk ubat, tapi masukkan Tiub belon nama omputeh dia Folley Ballon Catheter...

Gini rupa dia 🙈


Tujuan dia supaya dapat bantu lembutkan bukaan pangkal rahim. Sebab bukaan ika masih lagi 2 cm, dan rahim masih tebal...

Begini rupa dia di dalam rahim...


Kenapa tak masuk ubat? Sebabnya ika pregnant anak ke 5, dan perut ika asyik mengeras dari semalam. Jadi ubat tu kalau masuk, akan menambahkan lagi kekerasan di pangkal rahim, boleh buatkan baby distress dan risiko czer.

Lepas dokter cantik discuss dgn pakar, so pakar sarankan guna tiub belon saja...

Jam 7.30 pagi, dokter cantik pun masukkan tiub belon tu. Syukur duty dari semalam para dokter wanita... ❤️

Jam 10.55 pagi ika dah rasa mo buang air besar, dalam tandas ika meneran tapi tekeluar pulak tiub belonnya. Mau tak terkejut. Lepas membuang segala isi perut, ika cuci tiub belon tu, lapor dekat misi. 

Semua misi teriak gembira, ada jugak yang tepuk tangan, ada juga bagi thumbs up... hahaha comel ja misi2 PAC ni.. 

Then dokter shift pagi ni, suruh baring dan Cek bukaan dah 5 cm. Alhamdulillah, Ika pun Kemas2 barang, sebab ika kena naik ke labour room tingkat 1 untuk bersalin. Tapi sayang, handphone tak boleh bawak sekali, jadi tiada gambar kenangan.

Husband ika pulak, masih dirumah urus anak2 untuk bersekolah dan dah nak solat jumaat, Sudahnya tak berteman laaa lagi untuk bersalin anak ke 5 ni 🙈

"Boleh jaa lepas solat jumaat masuk..." sudah ika tnya, tapi procedure isi borang ni kena awal2 masa ika di wad PAC. Dah masuk LR kiranya lambat dah nak isi borang bagai...

(9.31 pm)
To be continued...


16.9.2023, jam 2.06 pagi, 
Di saat mama mama lain bangun menyusukan baby, aku tebangun semata untuk buang air kecil, sambung tulis blog dan cuba tidur semula... dengan mata bengkak 😭


Katil baby ku kosong... 😭
Kenapa? Nanti ika cerita...

5 JAM PENANTIAN DAN PERASAAN YANG MENYESAKKAN...

5 jam??? Yaa, betul... ika dalam labour room tu bukan sekejap.. bukan masuk jak terus delivery. Serius ika ingat jatuh ja tiub belon tu, dokter dkat PAC kata 5cm dah. Syukur sangat2, ika ingat tak lama lagi...

Rupanya sampai atas jam 11.30, dokter perempuan india seluk baru 4 cm. Allahu akbar! Dan rasa sakit menekan2 dekat rahim pun dah berkurang. Babyyyy, jangan nak selesa sangat... mama sesak dalam LR ni. Terus teringat kejadian melahirkan abam faiz 10 tahun lepas. Walaupun dalam bilik LR yg sama, tapi mama dalam kurungan bilik nun.. nak bagi gambar, hp tak boleh bawak. 

Tapi hampir sama kejadiannya, cuma beza jam, masa bampaiz mama dipecahkan ketuban dekat PAC (yg dulunya wad ABC) jam 8 pagi, masuk LR jam 9, jam 3.11 ptg baru dpt lahirkan. Anak pertama... bak kata orang belum ada pengalaman. Tapi lebih kurang jugak macam skrg ni kurang sejam ja menunggu delivery...

Sbb tiada bukaan lagi, bacaan baby mengeras pun kurang, dokter bagi IV drip sekali ubat dalam tu untuk bantu lagi proses bukaan..

Dan dalam 5 jam tu, mama mama sebelah katil silih berganti selamat melahirkan. Ada yang masuk tak sampai 10 minit melahirkan. Ada yang terpaksa tolak dalam dewan bedah untuk czer, ada yang tak sempat masuk LR dah melahirkan dalam wad. Tolak masuk LR untuk keluarkan placenta (uri) dan darah kotor ja.. ya allah mudahnya mereka semua.. dan mulut ika zikir terkumat kamit tanpa henti. Tak henti2 doa.. minta pengampunan 😭

Allah Allah... jam 2ptg dah mula ada contraction tapi tak kuat. Dktr naikkan lagi jumlah kemasukkan iv drip yang ada campuran ubat tu. Dari 40 ke 45 smpai ke 60...

Jam 2.30 petang... nurse periksa lagi perut untuk bacaan baby mengeras. Makin kerap 5 5 minit. Alhamdulillah tak lama lagi. 

Jam 3 petang mama dah mula rasa contration yang kuat. Tapi masih boleh tahan. Tahap kesakitan 1-10? Mama bagi 7... tapi setiap 5 minit mama tengok jam.. jam 3.15 tahap sakit dah 9..
Tapi still cuba untuk bertahan.. tarik nafas hembus relax sambil selawat. 

Jam 3.30 petang, mama dah tak menahan. Sakit pinggang yang terlampau, nak teberak pun ada. Dokter dan nurse terus siapkan besi kekuda dan pegangan tangan..

Tapi cubaan meneran mama yang pertama, gagal. Baby tiba2 tak mengeras.. terpksa turun kaki semula. Mama terus baring mengiring... masa tu kebetulan doktor pakar tgh round. Sampai katil ika, dia cek perut ika. Panggil balik nurse dokter semua, suruh cuba bantu ika, dia sndiri tengok ika sengsara menahan. Dan ika rasa betul betul nak berak kerasssss...

Sekali teran keluar kepala,
2 kali teran keluar badan
3 kali teran bluppp keluar kaki...

Tak lama dengar suara baby nangis, baru ika ucap Alhamdulillah, Allahu Akbar! 😭😭😭

3.56 petang, sayang mama yang ke 5 akhirnya keluar juga, Alhamdulillahirobbil Alamin 😭
Terima kasih yAa Allah, terima kasih dokter nurse.. tak henti2 mulut bersyukur...

Tapi... ikaaa... baru terlepas azab yang pertama. Bermulalahhh azab yang seterusnya. Proses mengeluarkan placenta, darah kotor dan juga jahitan akibat koyakan masa bersalin. 😭

Kalau ditanya, Contraction atau lepas keluarkan baby, mana lebih sakit??? Yaa Allah lepas keluarkan baby lagi sakit.. kalau mama lain yang tiada koyakan syukurlah, sebab tiada jahitan. Hanya perlu menahan sakit keluarkan placenta (uri) dan darah kotor ja..

Dan Di sinilah bermulanya hampir sejam yang menyiksakan. Betullah kan, pengorbanan seorang isteri, kalau si sang suami langsung tak hargai, cari bala lain, tau nak sedap jaa.. palagi tau buat anak ramai jaaa bagus dia terjun laut jadi umpan ikan joshhh sana atau buang ke sungai yang ada buayanyaaa... hahahahhaha... 😂

2.37am
To be continued...
Okay Nak Sambung tidur dulu...


16.9.2023, Sabtu 8.58 am...


Gambar ni ika ambil jam 2.01 am.. masa buat entry semalam.

.
.
.

To be continued...

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts