Monday 30 October 2023

DIARY ANAK KE 5: BABY AYDEEN FAWWAZ EL FATIH

31 Oktober 2023 | Selasa
7.04 am

Allahu akbar, tak terasa dah nak masuk 2 bulan Baby Aydeen. Alhamdulillahhh, sihat walafiat hendakNya. Mama pun dah nak masuk kerja. Lagi berapa hari ja.. cuti bersalin baki 2 bulan ja ni 😅

Tak tersambung diary Aydeen ni. Terputus tengah jalan. 😅


Aucakkkk! Ni lahh saya hari ni. Muka comel yang hari2 game mama...

Mana nya tak game, asal matahari terbit elok bagi nyusu terus mata pejam suara tangisan hilang. Mata pejam dia ni, sampai bunyi bising dia buka mata pastu tidur balik. Nanti lepas bagi mandi, elok tidur balek. 

Anak baik ni dia game mama sampai jam 10 jam 11 malam, terus good morning dia... Wallahu A'alam macam kena dera... nangis pastu diam. Menyusu Muntah berak berganti2... sampai ke subuh, dia buat mama dia. Ya Allahhhhh...

Anak ke 5 ni peel dia lagu ni. Mashaa Allahhh..
Mama kadang geram rasa nak gigitttt gigittt, jam 2 pagi sampai subuh  dia nangis2 macam tersakiti bethollllll! 👻

Papun hari ni dah hari ke 46 dia, Alhamdulillah... 😍

Diary ni, mama tambah sikit2 mana yang tertinggal ya. In shaa Allah ❤️


Okay semua, baby Aydeen nak sambung mimpi. Mama pun palagi baru nak pejam mata. Sampai tengahari 😌

1 November 2023 | Rabu
7.26 pm

Allahhh Allahhh, Bulan baru Angin baru... Ingatkan macam semalam dan hari2 sebelumnya, Helok matahari terbit, terus tidur... rupanya TIDAK! 


Booolattt mata diaaa! Segarrrr..

Tidur tak sampai 10 minit tebangun. Asal lena, diletak, gerak2 bangun nangis tersakiti...

Sampai jam 10 mama bagi mandi. Sudah harum comel. Bagi susu, buang angin tidur.. tapi kejap jak. Dia nangis tersakiti lagi. 😅


Tapi syukur sangat, masuk waktu zuhur, Aydeen faham. Lena jak, mamq letak atas baby rocker dia. Mama cepat2 pi mandi dan solat zuhur. Tapi Dan2 mama nak siapkan lunch, dia bangun nangis lagi. 😅

Adehhh anakkk, Bagi tidur dulu, biar la kejap asal mama isi tangki minyak. mama makan pun macam tak kunyah, terus telan. senak perut nakkk oiiii! 😅

And finally jam 2.30pm dia betul2 lena, sekali mama pun ikut lena. Jam 5pm mama tebangun, kemas rumah, kemas dapur, mandi solat asar. Tunggu maghrib sekali. 

Ayah, kakak abang pun balik, baby Aydeen masih lagi tidur. Lepas kakak abg semua mandi, baby Aydeen pulak mo mandi. 

Dahhh harummm comel mama. Terus lenaaa lagi 😴

Hokaylah, Mama pun nak siap solat isya' pastu tidur. Takut malam bergadang lagi 👻

Jumpa esok in shaa Allah ❤️

PENGALAMAN ANAK KE 5: OVERDUE DAN INDUCE & DIARY BABY AYDEEN

Assalamualaikum wwb...

Alhamdulillah masa mula menaip entry ini, ika tengah berbaring di katil 6, wad PAC Hospital Tawau, jam 7.41 pagi Jumaat (15.9.2023) selepas di pasangkan Folley Ballon Catheter (induce belon) ...

Tapi sebelum tu ika nak cerita sikit la kan, macam mana akhirnya ika d pasangkan induce menggunakan belon ni...

Ika masuk wad disebabkan overdue, 40 minggu 6 hari ...

Patutnya due sabtu, 9.9.2023, tarikh dah cantik dah tapi baby pulak tak nak keluar. Dan ini adalah pengalaman pertama ika dari 4 kandungan sebelum ini which is baby ika awal sehari dua dari tarikh due. Dan baby yang ke 5 ni mungkin kerana terlalu selesa dalam perut mama dia, sudahnya  terlebih hari... 😌

Terpaksalah mama serah diri selepas 6 hari dari tarikh due yang telah ditetapkan iaitu khamis, 14.9.2023.

Lepas asar ika dan husband terus ke Wad PAC, Hospital Tawau untuk check in. Tapi sayang sampai jak di sana, wad penuh, tiada katil kosong. Wahhhh, ramai ibu2 bersalin bulan 9 ni 😂

Jadinya ika dan husband menunggu di luar wad PAC ni dari jam 4ptg sampai jam 7.30 malam. Sambil Melihat ibu2 yang sudah mau bersalin masuk, alhamdulillah r3zeki dorang mudah bersalin, syukurrrr... 

Jam 7.30 malam baru ada katil kosong dekat wad PAC, patutnya mama di Wad 1, tapi sebab katil full mama check in dekat sini ja. 

Lepas tukar baju pink, hantar keluar baju kotor dekat husband. Peluk cium sayang husband, masuk balik. Terus di suruh baring, cek CTG baby sampai 8.30 malam. Patut cek CTG ni 20 minit ja, tapi sebab bacaan jantung baby tak cantik jadi sejam. 😂

Tak cantik bukan sbb jantung masalah. Tapi susah nak bacaan dia. Pandai tidur dekat dalam, dan bacaan jantung hilang2... aduhhh babyyy!

Lepas dapat bacaan yang cantik, pindah bilik untuk details scanning baby. Alhamdulillah, semua okay. Cuma baby belum nak keluar jaa kata dokter... 😂

Lepas scanning pulak, sambung buat CTG lagi sampai jam 10.30 malam.. ngantuk sis. Dah okay, cuba untuk tidur... tapi tak lena, sebab baby dekat sebelah katil ni sian asyik nangis. Masuk angin mengkali... 🥺


15.9.2023, Jumaat - jam 5.15 pagi... 
Bangun subuh ku terus mandi, pakai sabun dan gosok gigi... (eheee ternyanyi pulakkk)..
Alhamdulillah, syukur masih dapat menjalani tanggungjawab sebagai Hamba Allah dengan menunaikan solat subuh...

Jam 6.30 pagi, nurse dah suruh beberapa mama termasuk ika untuk sarapan, minum air sejuk dan berjalan2 supaya baby dalam peyut bangun untuk buat CTG lagi...

As usual bacaan CTG baby pandai lari2 😂
Tapi kejap ja dia main2, dalam setengah jam bacaan dah cantik. 

Masa buat CTG tu dokter cantik terangkan sekali lagi dekat ika. Procedure pagi ni ika terima bukanlah induce masuk ubat, tapi masukkan Tiub belon nama omputeh dia Folley Ballon Catheter...

Gini rupa dia 🙈


Tujuan dia supaya dapat bantu lembutkan bukaan pangkal rahim. Sebab bukaan ika masih lagi 2 cm, dan rahim masih tebal...

Begini rupa dia di dalam rahim...


Kenapa tak masuk ubat? Sebabnya ika pregnant anak ke 5, dan perut ika asyik mengeras dari semalam. Jadi ubat tu kalau masuk, akan menambahkan lagi kekerasan di pangkal rahim, boleh buatkan baby distress dan risiko czer.

Lepas dokter cantik discuss dgn pakar, so pakar sarankan guna tiub belon saja...

Jam 7.30 pagi, dokter cantik pun masukkan tiub belon tu. Syukur duty dari semalam para dokter wanita... ❤️

Jam 10.55 pagi ika dah rasa mo buang air besar, dalam tandas ika meneran tapi tekeluar pulak tiub belonnya. Mau tak terkejut. Lepas membuang segala isi perut, ika cuci tiub belon tu, lapor dekat misi. 

Semua misi teriak gembira, ada jugak yang tepuk tangan, ada juga bagi thumbs up... hahaha comel ja misi2 PAC ni.. 

Then dokter shift pagi ni, suruh baring dan Cek bukaan dah 5 cm. Alhamdulillah, Ika pun Kemas2 barang, sebab ika kena naik ke labour room tingkat 1 untuk bersalin. Tapi sayang, handphone tak boleh bawak sekali, jadi tiada gambar kenangan.

Husband ika pulak, masih dirumah urus anak2 untuk bersekolah dan dah nak solat jumaat, Sudahnya tak berteman laaa lagi untuk bersalin anak ke 5 ni 🙈

"Boleh jaa lepas solat jumaat masuk..." sudah ika tnya, tapi procedure isi borang ni kena awal2 masa ika di wad PAC. Dah masuk LR kiranya lambat dah nak isi borang bagai...

(9.31 pm)
To be continued...


16.9.2023, jam 2.06 pagi, 
Di saat mama mama lain bangun menyusukan baby, aku tebangun semata untuk buang air kecil, sambung tulis blog dan cuba tidur semula... dengan mata bengkak 😭


Katil baby ku kosong... 😭
Kenapa? Nanti ika cerita...

5 JAM PENANTIAN DAN PERASAAN YANG MENYESAKKAN...

5 jam??? Yaa, betul... ika dalam labour room tu bukan sekejap.. bukan masuk jak terus delivery. Serius ika ingat jatuh ja tiub belon tu, dokter dkat PAC kata 5cm dah. Syukur sangat2, ika ingat tak lama lagi...

Rupanya sampai atas jam 11.30, dokter perempuan india seluk baru 4 cm. Allahu akbar! Dan rasa sakit menekan2 dekat rahim pun dah berkurang. Babyyyy, jangan nak selesa sangat... mama sesak dalam LR ni. Terus teringat kejadian melahirkan abam faiz 10 tahun lepas. Walaupun dalam bilik LR yg sama, tapi mama dalam kurungan bilik nun.. nak bagi gambar, hp tak boleh bawak. 

Tapi hampir sama kejadiannya, cuma beza jam, masa bampaiz mama dipecahkan ketuban dekat PAC (yg dulunya wad ABC) jam 8 pagi, masuk LR jam 9, jam 3.11 ptg baru dpt lahirkan. Anak pertama... bak kata orang belum ada pengalaman. Tapi lebih kurang jugak macam skrg ni kurang sejam ja menunggu delivery...

Sbb tiada bukaan lagi, bacaan baby mengeras pun kurang, dokter bagi IV drip sekali ubat dalam tu untuk bantu lagi proses bukaan..

Dan dalam 5 jam tu, mama mama sebelah katil silih berganti selamat melahirkan. Ada yang masuk tak sampai 10 minit melahirkan. Ada yang terpaksa tolak dalam dewan bedah untuk czer, ada yang tak sempat masuk LR dah melahirkan dalam wad. Tolak masuk LR untuk keluarkan placenta (uri) dan darah kotor ja.. ya allah mudahnya mereka semua.. dan mulut ika zikir terkumat kamit tanpa henti. Tak henti2 doa.. minta pengampunan 😭

Allah Allah... jam 2ptg dah mula ada contraction tapi tak kuat. Dktr naikkan lagi jumlah kemasukkan iv drip yang ada campuran ubat tu. Dari 40 ke 45 smpai ke 60...

Jam 2.30 petang... nurse periksa lagi perut untuk bacaan baby mengeras. Makin kerap 5 5 minit. Alhamdulillah tak lama lagi. 

Jam 3 petang mama dah mula rasa contration yang kuat. Tapi masih boleh tahan. Tahap kesakitan 1-10? Mama bagi 7... tapi setiap 5 minit mama tengok jam.. jam 3.15 tahap sakit dah 9..
Tapi still cuba untuk bertahan.. tarik nafas hembus relax sambil selawat. 

Jam 3.30 petang, mama dah tak menahan. Sakit pinggang yang terlampau, nak teberak pun ada. Dokter dan nurse terus siapkan besi kekuda dan pegangan tangan..

Tapi cubaan meneran mama yang pertama, gagal. Baby tiba2 tak mengeras.. terpksa turun kaki semula. Mama terus baring mengiring... masa tu kebetulan doktor pakar tgh round. Sampai katil ika, dia cek perut ika. Panggil balik nurse dokter semua, suruh cuba bantu ika, dia sndiri tengok ika sengsara menahan. Dan ika rasa betul betul nak berak kerasssss...

Sekali teran keluar kepala,
2 kali teran keluar badan
3 kali teran bluppp keluar kaki...

Tak lama dengar suara baby nangis, baru ika ucap Alhamdulillah, Allahu Akbar! 😭😭😭

3.56 petang, sayang mama yang ke 5 akhirnya keluar juga, Alhamdulillahirobbil Alamin 😭
Terima kasih yAa Allah, terima kasih dokter nurse.. tak henti2 mulut bersyukur...

Tapi... ikaaa... baru terlepas azab yang pertama. Bermulalahhh azab yang seterusnya. Proses mengeluarkan placenta, darah kotor dan juga jahitan akibat koyakan masa bersalin. 😭

Kalau ditanya, Contraction atau lepas keluarkan baby, mana lebih sakit??? Yaa Allah lepas keluarkan baby lagi sakit.. kalau mama lain yang tiada koyakan syukurlah, sebab tiada jahitan. Hanya perlu menahan sakit keluarkan placenta (uri) dan darah kotor ja..

Dan Di sinilah bermulanya hampir sejam yang menyiksakan. Betullah kan, pengorbanan seorang isteri, kalau si sang suami langsung tak hargai, cari bala lain, tau nak sedap jaa.. palagi tau buat anak ramai jaaa bagus dia terjun laut jadi umpan ikan joshhh sana atau buang ke sungai yang ada buayanyaaa... hahahahhaha... 😂

2.37am
To be continued...
Okay Nak Sambung tidur dulu...


16.9.2023, Sabtu 8.58 am...


Gambar ni ika ambil jam 2.01 am.. masa buat entry semalam.

.
.
.

To be continued...

Monday 11 September 2023

"DAH GUNA THERAPANTS 2 TAHUN. NAK TAMBAH FULL SET?"


1 September 2023 | Late Post 🤭

Alhamdulillah, Rezeki Awal bulan September. Syukur ke hadrat Ilahi  Kerana telah menggerakkan hati seorang Premium Beautiful dan Therapants Lover dari Beranang, Selangor telah memberikan kepercayaan pada ika untuk jadi Thera Expert beliau. ❤️

Mengapa ika kata Pn Ain ni Premium Beautiful dan Therapants Lover? 

Sebabnyaaa...

Yehhzaaa beliau dah sarung Therapants dah 2 tahun bersama Premium Beautiful Long Bra. Dan dalam masa 2 tahun tu, Pn Ain bukan hanya ada sehelai Therapants je tau, tapi 2 helai! Which is beliau dah bertukar size dari 76 ke 70!

Wowwww sangattt kannn? Dah mengecik! 
Jangan2 ukuran size therapants pn Ain kali ni pun  mungkin mengurang satu size lagi kannn? 😍

Pn Ain ni customer repeat order ika ke?
Ehhh! Bukan bukan... Pn Ain client baru ika. Sebelum ni beliau beli set Therapants tu dengan agent lain. Macam ika kata awal tadi Ika syukur sangat Allah menggerakkan hati Pn Ain untuk beri kepercayaan pada ika yang nun jauh di Sabah ni. Alhamdulillahhhh...

Dan lebih happy lagi bila Pn Ain kata nak beli FULL SET 360 THERA! Macam nak lompat sampai ke bulan! Syukur Alhamdulillah... kalau dah memang Fall in love dengan Therapants mesti nak jugak sarung sekali dengan Theravest dan Thera Short Bra sekali kannnn! Serius korang, Love terukkkk dengan Pakaian Dalam Slimming Body ni 😍

Lepas ika bagi gambar cara ukur macam ni, 

Ika terus kirakan size beliau untuk Full Set 360 Thera iaitu Theravest, Thera Short Bra dan juga Therapants.


Ini ukuran yang Pn Ain bagi dekat ika. Nampak macam therapants dah kena tukar size lagi ni...

Lepas ika kirakan ukuran Pn Ain and yessss! Beliau TERPAKSA bertukar size yang lebih kecil lagi untuk Therapants! Wowwwwww sangat! Dalam diam Therapants buat kerja dia 😍

Syukur dapat customer yang senang dan mudah berurusan, setuju dengan size yang ika berikan, Pn Ain terus buat bayaran untuk FULL SET 360 THERA 😍

Jangan terkejut dengan Harga MURAHHHH tu tauu! Harga Asal untuk FULL SET 360 THERA ni hampir sama macam FULL SET PREMIUM BEAUTIFUL dulu (RM2,400-2,700 ikut size) dan Premium Beautiful korset pun tak dapat harga JIMAT terukkk macam ni. 😍

Jangan risau bila ika di sabah dan anda dekat Semenanjung, Singapore, Brunei, Labuan, Arab Saudi, Australia atau di mana saja anda berada, In Shaa Allah ika bantu berikan konsultan PERCUMA kerana sekarang semuanya mudah. Hanya dihujung jari sahaja! 

Anda boleh pilih nak Walk in untuk Fitting boleh atau Pengeposan pun boleh. Macam pn Ain, beliau Prefer Pengeposan, sebab walk in fitting ni dekat Shah Alam, beliau pulak dekat Beranang. Nak hadap jammed lagi kan. Tapi Mana2 yang mudah dan senang untuk anda in shaa Allah ika bantu. 


2 September 2023 | Submit order dan Pengeposan

Alhamdulilllah, Dah siap submit order dan postage semua untuk Puan Ain di Beranang, Selangor. Tinggal tunggu beliau terima dan update. In shaa Allah ika akan ajar pula cara sarung Full Set 360 Thera ni dengam betul. 

Terima kasih Puan Ain ❤️


4 September 2024 | Terima Parcel


5 September 2023 | FEEDBACK 😍

Mula-mula Pn Ain tanya macam mana nak ke toilet dengan Theravest sebab pantang Theravest kalau lipat takut tetulang dia lama2 akan patah.

Ikut keselesaan si pemakai sama ada nak buka hook atau tak perlu buka. Sebabnya Theravest tak macam Waist Nipper Premium Beautiful yang perlu buka kalau nak ke tandas. Theravest very Toilet Friendly! 

Macam tu jugak Therapants, awal2 akan rasa susah nak ke toilet. Tapi dah lama sarung, akan biasa dah. Kalau tak macam mana nak dapatkan bentuk badan yang ideal macam puan Ain ni kan! Trim body sangat Therapants tau 😍

Terima kasih sekali lagi Puan Ain. Kalau ada kenalan yang nak sarung sekali mana-mana bahagian 360 Thera atau Full Set macam Pn Ain bagitau ika tau. Really Appreciate it! 😍

Alhamdulillah...

Your Truly Thera Expert Malaysia,
Zulaikahj Hj Fakih

Thursday 27 July 2023

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023


 HAIII, AWAAKKK! 

ANDA TERCARI CARI PREMIUM BEAUTIFUL PROMOTION?

TAHNIAHHHHH!!!

Awakkk dah sampai Blog ika ni... 😍


Dukacita ika nak bagi tau.. PREMIUM BEAUTIFUL Corset sudah tidak dikeluarkan lagi. Jadi hanya size terhad sahaja yang tinggal... TAPI JANGAN LAHH SEDIHH...



Kini Anda bukan sahaja boleh kempiskan perut dan kecikkan peha, anda juga boleh kecilkan lengan dan betis sekali...

Jom ika kenalkan anda semua dengan Premium Beautiful yang terbaru iaitu
PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES!!!


Box Theravest dan Therapants ni sangat-sangat exclusive, dalam dia lagi laaaa tersangat exclusive dan lebih UPGRADE! WOWWWWWW!!!

Taa daaa... Kenalkan bentuk dan rupa PREMIUM  BEAUTIFUL 360 THERASERIES,

THERAVEST DAN THERAPANTS...



PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA VEST


PREMIUM BEAUTIFUL 360 TEHRAPANTS


THERA SERIES ni sama macam PREMIUM BEAUTIFUL CORSET, if bajet anda tak mencukupi boleh try mana2 part dulu ikut keperluan dan masalah utama yang kita hadapi...


Tapi kalau nak sarung terus 3 part Thera Series ni, why not kan 😍

Berapa HARGA PB 360 THERA SERIES ni?
Harga dia SANGATTTT MURAHHHH berbanding 1 set PREMIUM BEAUTIFUL CORSET!

Untuk HARGA FULL SET THERA SERIES
THERAPANTS + THERAVEST + THERA SHORT
Dari RM 2,253 ikut size korang...

eh! Mahalnya, ika kata murahhh..
Sabar jap, belum habis lagi..

Ika nak bagitau BERITA GEMBIRA, anda boleh dapatkan FULL SET THERA SERIES ni dengan harga serendah dari RM1,627 je tauuuu... 😍
and opkoz laaa ikut size...


atau kalau awak tak nak FULL SET boleh dapatkan BXTRA ESSENTIAL dengan KOMBO SET THERA di bawah ni dengan harga seperti yang tertera...
dan harga ni untuk size 98 ke bawah je tau, untuk yang lebih dari itu kena tambah sikit je...
tapi still akan dapat CASH REBATE


Macam mana nak dapatkan HARGA MURAH MERIAH 360 THERA SERIES ni???

Jomlahhhh WHATSAPP ika dengan PANTAS di sini

👇 👇 👇



0105030497


SEBELUM TU....

Boleh tolong ika ambil ukuran badan awak sesiap seperti gambar di bawah...

Senang ika terus kirakan SIZE THERA SERIES yang sesuai dan selesa untuk awak pakai dengan lebih lamaaaa...

CARA UKUR PB 360 THERA SERIES...



TERIMA KASIH AWAK...
SALAM MAINTAIN KURUS DAN SIHAT 💖

Monday 26 June 2023

DAFTAR AHLI SAHAJIDAH HAI-O MARKETING (SHOM) 2023

PROMOSI!!!!!

PROMOSI!!!!!

PROMOSI!!!!!

JOM DAFTAR HARI INI!!!!

PENDAFTARAN HANYA RM10 SAHAJA!




DAFTAR BARU, REJOIN DAN RENEW HANYA RM10 SAHAJA!

dan SETIAP PEMBELIAN BARANG BOLEH DAPATKAN PRODUK TERPILIH DENGAN HANYA RM 1 SAHAJA!!!! 

*(Limit Hanya 1 produk untuk 1 member baru/renew)*


Register terus dekat sini,

DAFTAR ONLINE SHOM

ATAU BOLEH HUBUNGI IKA TERUS DEKAT SINI,

0105030497

0105030497

0105030497


PROMO NI VALID SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2023 SAHAJA TAU!!!

CEPATTT REGISTER SEKARANG!

Wednesday 14 June 2023

PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES FOR ALL WOMEN!

Assalamualaikum, hai hai hai....

Dah lama rasanya ika tak update dekat sini pasal Premium Beautiful kan. Just nak inform sikit dekat korang yang baru berminat nak sarung Premium Beautiful, ada berita sedih, in shaa Allah stok Premium Beautiful tidak akan dikeluarkan lagi. Jadinya sekarang ni HQ hanya ada size yang sangat-sangat limited untuk korang. "alaaaaa, baru teringin nak sarung Premium Beautiful...."


Ehhh.. kejap kejap, ika belum habis cakap lagi. Dan sebagai gantinya HQ keluarkan another Body Shaping Lingerie, yang lagi mantoppppp dan cover terus lengan dan satu kaki korang.

Haaaa! Nak tahu takkkk???

Kenalah baca sampai habissss... 😍


BENTUK BADAN IDAMAN DENGAN THERA SERIES

Body Shaping Lingerie terbaru keluaran SAHAJIDAH HAI-O kali ini dinamakan THERAVEST dan juga THERAPANTS

Haaa, jangan SKIP dulu, baca sampai habis tau. 😉

Semoga banyak info yang bermanfaat untuk membantu selesaikan masalah korang dengan 

PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES ni nanti.



PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES! 😍


Wahhhh!!!

MENAWANNYAAA...

Lagi Menawan kalau dah melekap di badan korang tau!


Sebelum ika cerita lebih lanjut tentang 360 Thera ni, ika nak jawab dulu soalan femes yang selalu ika dapat macam di bawah ni,


APA BEZA KORSET PREMIUM BEAUTIFUL DENGAN 

PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES NI?

Premium Beautiful Korset ada 3 helai iaitu Long Bra, Waist Nipper, Long Girdle.

Manakala, Premium Beautiful 360 Thera Series ada 3 bahagian  iaitu, 

1. THERA SHORT BRA



2. THERAVEST 



3. THERAPANTS

Premium Beautiful 360 Thera Series perlu pakai Short Bra tapi tak perlu pakai bengkung dah. Any brand of Short Bra pun boleh, tapi kalau nak lebih menjaga Breast sistur lebih baik pakai Thera Short Bra. 😉

Sama seperti Premium Beautiful Thera Series juga ada JAMINAN BAIKPULIH SEUMUR HIDUP dengan PERCUMA sahaja. Anda hanya perlu tanggung cas postage hantar dan pengembalian kepada anda selepas dibaik pulih.

Jom WHATSAPP ika sekarang untuk ika bantu dapatkan HARGA DAN SIZE anda yang betul dan selesa.

0105030497

0105030497

0105030497

Wednesday 25 January 2023

FOOD HUNTER: OFFICE MATE "LUNCHEON" DI SAWITHAI MEGAH, TAWAU

Assalamualaikum sahabat Blogger ... 💓

สวัสดีทุกคน 


Kalini nak cerita baling belakang (throwback) ja, ngedate bareng Boss dan officemate di Sawithai, Tawau. Kalau korang nak tahu, Sawithai di Tawau ni ada 3 branch. 

1. Sawithai Apas, Jalan Wakuba (Restoran)

2. Sawithai Megah, Jalan Tiku (Restoran)

3. Sawithai Fajar (Jajan Food Thailand)

Kami pergi branch yang kedua, Sawithai Megah, Jalan Tiku... 😊


Masuk jaa kita terus kenak 'great'... "Sawadikhaaa.." oleh semua writers dalam tu.. 
Mesra Pelanggan 👍⭐⭐⭐⭐⭐
Serasa mcam sampai sudah kamu sanaaa di phuket, Thailand... ihik!

Masa kami masuk ni, belum ada orang lagi, kiranya diorang buka ja, kami orang pertama datang. Dah pilih tempat, ambil gambar jap dekat background tulisan "SAWITHAI"...
Deko dia sangat cantik dan menarik. 👍👍👍


Lepas tu kami balik duduk tempat asal, dan gambar lagi. ehek!
Biasalah.. Wanita dan gambar berpisah tiada... 😂


Lepas tu, Selfie satu kali...😍


Service pun cepat, Thorbaekkkk!
Alhamdulillah, Muka semua happy dapat makanan... 😂


MENU VIRAL...

Sebenarnya kami datang sini mo makan Nasi goreng Thai yang dalam buah nenas tu... Tapi bukan rezeki kami, sebab buah nenas diorang masa ni abis stok.. haihlaaa Napa tak bagitau awal-awal kan, boleh lah kami singgah beli buah nenas sebiji dua sebelum datang... hahahha.
Gurau gurau... 😂
In shaa Allah next time datang lagi dapat merasa nasi goreng dalam buah nenas, "Kaow Phad Sapparad" nama dia...

Sudahnya Nasi goreng atas piring biashe biashe je lah kami pun, beza dia. feel ja tak sama laaa.. kikiki

Ika makan ni THAI FRIED RICE SEAFOOD - RM10.90
Pedas dia menyengat, yang suka pedas memang jadi favourite. Dia hidang sekali Sup Thai Jernih...
siyesss banyak, ika sorang tak habis, boleh makan 2 orang.. 😌



TOM YAM SOUP (Clear base) - 2 pax Seafood RM 22.90

Yang ni boleh pilih jugak, nak kuah dia jernih ataupun Merah menyala. Kalau ada kanak-kanak atau yang tak makan pedas, ika prefer order yang jernih. Tapi kalau sejenis makan pedas, pilih yang kuah merah... harga sama ja..

Order untuk 2 pax ni, tapi cukup sampai semua dapat rasa, sebab dia bagi mangkuk kecil untuk kami.. buat raso-rasooo.. 😋



DEEP FRIED THAI OMELLETE - RM10.90
Jangan tertipu dengan gambar tau. Nampak ja kecil, sekali sampai.. haaakauu.. Besar, dia size macam Pizza Regular.. dapat potong 9 bahagian. Besar yak amatttt!



STIR FRIED EGGPLANT WITH SHRIMP PASTE - RM10.90
Mahal tapi siyessss shedapppp! Berbaloi laaa order...



PAPAYA SALAD WITH CRISPY DRIED SHRIMP - RM12.90
Tak ingat dah rasa dia cam mana. Tapi sedap jugak, macam kerabu mangga. 



Air dia pun menarik dan sedap...

THAI ICE GREEN TEA & THAI ICE TEA


DAH HABISSS MAKAN??? apa lagi... Begambar laaaa.. 
Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut senang hati...
lalalalaaa....😍




MENU SAWITHAI...
(Ika share sikit Gambar menu ehsan dari Google... Khop Khun 🙏...)








Ohhh ramai yang bertanya SAWITHAI ni HALAL kaaa??
IN Shaa Allah Halalan Toyyiban gais, Owner pun Malay, asal Sandakan, 

Chefkuk pun muslim, sorang asli Phuket Thailand dan satu lagi orang Tawau...
Jadi No Worries yaaa.. ndak payah sudah pi jauh2 di Thailand craving food kunun, sini kamu makan di SAWITHAI... 😂😋

LOKASI:

1. SAWITHAI JALAN APAS WAKUBA (Restoran)

2. SAWITHAI MEGAH, JALAN TIKU (Restoran)


Happy Tummy, Happy Me! 😋🍲

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts