Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, Ika dah pindah rumah baru, walaupun kuarters kerajaan, tapi merasa jugak rumah sendiri.. Dah seminggu lebih juga Ika pindah, baru dapat update. Sorry late.. So Ika just nak sharing pada uols cara menguruskan dokumen2 lepas dapat surat tawaran dari BPH. Tak sampai seminggu pun urusan dia kalau uols tak tangguh-tangguh...
Actually, Ika mohon kuarters ni dah 3 tahun lebih, since mengandungkan abam faiz. So uols bayangkanlah sekarang Ika dah pregnant anak ketiga baru dapat kuarters, orang kata Rezeki baby. Alhamdulillah la kannnn.. But this lately, Ika memang Keep update jugak dengan BPH, Ika call them untuk tanya giliran Ika dalam 2 bulan sekali macam tu lah.
Pastu, ada satu hari tu, Ika balik kerja, husband bagitau, ada Pegawai BPH call
(sebab husband pakai nombor Ika yang dulu, you know benefit Celcom S.O.X??) :)
So, That officer tanya, "Encik nak Kuarters?" husband masa tu menunggang just jawab "YA".. Tu je, lawak kan.. Dua hari kemudian, Pegawai BPH tu call lagi, bagitau Ika dapat blok berapa, presint berapa dan dia akan email surat berkaitan secepat petang tu juga.. dan sekali lagi husband masa tu kebetulan menunggang and tak dengar sangat.. Dia just dengar PRESINT 14 BLOK B.. Then on that weekend, Excited sangat, kitorang pun pergi usha2 Blok tu.. Serious, Chantekkkkkkkk sangat...
😂😂😂
Then isnin tu, Ika masih tak dapat Email dari BPH, Ika call pegawai incharge, En. Faiz... pastu beliau email Dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk dapatkan Surat Tawaran. Ingat tau, SURAT TAWARAN KENA AMBIL SENDIRI DEKAT BPH...
First, uols akan dapat email dari BPH, bawak dokumen2 ni untuk ambil surat tawaran.
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1.
|
1 salinan K/P
|
|
2.
|
1 salinan slip
gaji terkini
|
|
3.
|
1 salinan surat
perlantikan @ surat pengesahan jawatan
|
|
4.
|
1 salinan sijil
nikah @ kad nikah (jika telah berkahwin)
|
|
5.
|
1 salinan asal surat pengesahan
majikan yang terkini (dikeluarkan oleh Unit Sumber Manusia)
|
|
6.
|
1 salinan
asal surat kebenaran majikan untuk menduduki kuarters (jika
potongan gaji melebihi 60%)
|
|
7.
|
1 salinan S&P*
pembelian rumah melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan (jika telah membeli rumah)
*hanya salinan muka depan & muka surat yang menyatakan alamat rumah dalam S&P
|
Jadual 1 : Dokumen-dokumen Pengambilan Surat Tawaran Kuarters Kerajaan
Ika just bawak dokumen 1-5 saja. Sebab 6-7 tak berkenaan.. 😊
Tak tahu kat mana BPH?? 😁 ni alamat BPH 👉 Bahagian Pengurusan Hartanah, Aras 4, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
Untuk, pengetahuan uols, sebelum masuk ke Kompleks JPM ni, uols kena ambil Pas Pelawat tau, so kena lalu Polis Bantuan JPM yang akan periksa badan uols alaaa macam kat airport tu.. hehehehe..
So uols jangan pulak bawak benda tajam2 masuk ke Kompleks JPM ni, memang uols tak lepas.. 😆
Then Ika ke bangunan BPH, B3, Aras 4, untuk serahkan dokumen2 yang Ika bawa pada officers yang incharge, Dalam 10 minit kemudian dia keluar bawak sampul putih yang ada Surat tawaran dan borang-borang yang perlu diisi. so Ika ada share gambar2 dekat bawah ni. cukup banyak jugaaakkk.. Siap-siap jari jemari uols untuk menulis tau.. Takut Kremmmm nanti..
- CHECKLIST -
- SURAT TAWARAN -
- BORANG MAKLUMAT KELUARGA -
- SURAT AKUAN PATUH KEPADA PERATURAN -
**Perlukan Sign dan cop ketua jabatan ye**
- 3 HELAI SIJIL AKUAN MASUK RUMAH -
- 2 SURAT PERJANJIAN MENDUDUKI KUARTERS KERAJAAN -
Kedua-dua Surat perjanjian ni uols hanya perlu isi muka surat 1, 15 dan 16 sahaja.
M/s 16 tu Jangan lupa Sign & Cop Ketua jabatan ya..
Then perlu matikan Stamp di LHDN Cyberjaya (dekat Checklist atas ada alamat), Matikan stamp ni untuk satu buku sahaja tau, yang satu lagi hanya salinan tapi kena bagi depa dua-dua sekali, jangan lupa bawa SESALINAN SLIP GAJI tau. Bayaran nanti Ika jelaskan di bawah k...
So itu je la yang perlu diisi, dan dalam sehari Ika uruskan yang berkaitan dengan pejabat dulu, sebab nak kejar Ketua jabatan (bahagian Sumber Manusia) tak mudah.. 😭😭😭 makan dua hari jugak uols baru siap borang-borang di atas semua. Jangan lupa dalam masa yang sama photocopy Kad pengenalan dan surat tawaran untuk pembayaran deposit JABATAN AIR, TNB, RUMAH KUARTERS & LHDN sekali...
PEMBAYARAN DEPOSIT SYABAS, TNB DAN KUARTERS
Ok, untuk pembayaran deposit ni, Ika buat dalam setengahari jak tau. Husband Ika kerja half day, so jam 12 kami dah gerak. Mula-mula kami pergi buka akaun dan bayar deposit TNB dekat Galeria, kena isi borang dulu tau, nanti sertakan sekali salinan KP & Surat tawaran yang uols dah prepare awal2 tadi, Untuk pembayaran deposit ni, ikut unit yang uols dapat, kalau jenis Apartment macam Ika total semua sekali RM 263.18, kalau unit jenis Rumah teres lain pulak harga dia.. dalam setengah jam jugak masa ika buka akaun hari tu, sebab masa tu dorang tengah busy Key in something important, katanya...
Total bayaran Deposit TNB |
Lepas tu, Ika n husband pergi SYABAS dekat DENGKIL, yang ni tak lama sangat.. cuma perjalanan dari Putrajaya ke Dengkil ni ambil masa jugak. jangan risau time rehat dorang tak tutup kaunter, sebab Masa Ika sampai tu dah Jam 1 lebih. Deposit syabas ni pun ikut unit rumah yang macam TNB jugak, untuk jenis Apartment Total RM 134.60. Sebelum tu uols isi borang dulu, then sertakan jugak Salinan KP & Surat Tawaran sekali. lepas dia kira-kira dia akan bagi 4 resit macam dalam gambar ni:
Cagaran: RM70
Caj Pemasangan & GST: RM 42.40
Duti Stem: RM20.00
Processing Fee: RM 2.20
Next, Ika & husband pergi LHDN Cyberjaya sebab dah one way arahnya... LHDN Ika nak matikan Stem SURAT PERJANJIAN yang dua buku tadi, sertakan sekali surat tawaran dan slip gaji. sebab dia nak tengok Elaun apa yang uols dapat. untuk bayaran dia Ikut elaun uols, kalau Ika dapat EPW RM500 (Elaun perumahan Wilayah) so dia cas RM60, kalau Elaun KOLA ika tak pasti berapa, tapi uols boleh agak2 kan..mungkin dalam RM30 macam tu kot, dia cas untuk satu buku sahaja. Even kita bagi kedua-dua sekali. (JANGAN LUPA UOLS KENA PASTIKAN DAH ISI M/S 1, 15, 16 dan SIAP TANDATANGAN KETUA JABATAN BESERTA COP JABATAN.)
MATIKAN STEM MUKA SURAT 1 SAHAJA |
Akhir sekali, Ika ke BPH untuk bayar deposit Rumah kuarters. bayar bukan dekat kita ambil semua dokumen ni tau. Ada memang temoat khas untuk pembayaran kuarters di sebelah POS Malaysia dalam kawasan Kompleks JPM tu jugak. Kalau uols tak tahu, tanya je Polis Bantuan tu nanti... Jangan malu bertanya, nanti uols pusing2 keliling Kompleks tu. dah lah jalan kaki...
Untuk bayaran deposit Ika dapat Kelas G, so hanya bayar RM150 sahaja.
DEPOSIT RUMAH KUARTERS |
untuk jumlah deposit kelas-kelas lain, boleh tengok gambar dekat bawah ni...
bayaran deposit untuk sebulan saja ya...
Alhamdulillah semua pembayaran dah selesai dalam masa 4 jam sahaja. Tapi belum boleh ambil kunci lagi, sebab kawasan Kompleks JPM tiada perkhidmatan Photocopy tau. Jadi uols kena bawak balik semua resit2 tu copy sesalinan siap2 di ofis. Semua resit sekali, yang ori uol simpan. Esoknya serahkan borang-borang dan salinan resit-resit pembayaran deposit tu pada pegawai yang incharge tempat yang sama mula-mula uols ambil surat tawaran tu. Lepas dia semak semua, dia akan serah kunci. dan jelaskan cara pembayaran setiap bulan sekali. yang ni plak korang kena berurusan lagi dengan Admin kewangan di Office uols tau.
Yeaaaayyyy... dah dapat KUNCI... Alhamdulillah... |
emmmm, uols dapat tak apa yang Ika sharing ni?? hehheheh.. Penat tu memang penat, tapi bila dah dapat kunci perasaan penat tu rasa berbaloi-baloi tau.Ok, semoga dapat membantu dan dipermudahkan urusan uols. Amin....
SEKIAN...
Zulaikah Aman
Info yang berguna..berapa potongan bulanan kuarters kelas G..?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rasa dihargai lak. haha. Btw. baru baca selepas 3 tahun. Dan saya lah En. Faiz tu. hihihi
ReplyDeletehahahha. dah nak setahun baru saya reply.
DeleteTerima kasih En Faiz.
Saya dah balik Sabah. IN shaa Allah kalau diarahkan pindah ke PUtrajaya mohon balik Kuarters. Boleh ka macam tu? hahahha
Sama2 Puan. Nanti mohon la balik ye dalam sistem SBBPH. Hihihi. Wah bestnye balik kampung. Alhamdulillah. Moga semua urusan dipermudahkan Allah. Amin.
Deleteterima kasih atas perkongsian. saya baru je bph call tadi. alhamdulillah, penantian selama 3 tahun terjawab juga akhirnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah sy pun br dpt tawaran 26 November 2019
DeleteAlhamdulillah. Tahniah Puan.
DeleteMacam mana dah masuk kuarters?
Okay tak puan?
walaupun rumah kuarters tapi nak deko tu rasa seronok kan.
cuma nak renovate ja tak boleh.
Maaf bertanya...ada syabas ke di dengkil...sy puas cari yg terdekat..tp tgk website kat sepang. Dengkil area mana ye
ReplyDeleteDengkil xde, paling dekat rasanya dekat pejabat daerah sepang
DeleteSalam, boleh tahu x, macamana saya nk hubungi orang yg incharges utk kuaters bph? Saya kena call ofis bph putrajaya ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam puan. Boleh hubungi BPH bahagian kuarters.
DeleteAtau boleh hubungi en Faiz di atas. ehehhe
DeleteSalam puan boleh kongsi tak nombor giliran terakhir dalam sistem SBBPH sebelum puan dapat panggilan tawaran kuarters tersebut.
ReplyDeletesalam ika (ex-jiran)..lama tak dgr khabar..sya ddk dpn rumah ika sblm ni..hihi..wahh, best yer dpt blk kg sendiri :)
ReplyDeleteTq kak share, sekarang bph dah pindah di p1, saya baca cerita akak baru paham cara2 dia...
ReplyDeletesemoga dimudahkan segala urusan yaa
DeleteCool and that i have a swell offer you: How Many Houses Have Been Renovated On Hometown whole home remodel
ReplyDelete