Friday, 10 July 2020

CRY CRY SEDAP VIRAL

Assalamualaikum, hi korang semua.

Alhamdulillah!
Akhirnya lunas craving ika dapat makan Swiss Roll Cake by Cry cry Sedap ni.

Eh! Kejap korang pernah dengar tak pasal
"CRY CRY SEDAP"?


Pernah muncul di TV3 dalam rancangan WANITA HARI INI (WHI) & NONA.
Rupanya pengusaha Cry Cry Sedap ni orang kampung Ika jugak.


Monday, 6 July 2020

5 Tahun Berniaga Baru Hari Ni Dapat Terjual

 Customer Pertama BIOEVER PLUS!


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah.

Dah 5 Tahun ika berniaga bersama SHOM bukan tak ada orang wassap pasal Krim 1001 kegunaan ni, banyakkk. Tapi semua hanya bertanya dan cari yang 'trial'

Tapi maaf sesangat ika tak jual yang Trial. 🙏

.
.
.

Tapi....
Alhamdulillah, sabtu lalu sambil dodoikan si baby Aafieyah ada panggilan masuk.

Biasa nombor tak dikenali ni kan kalau bukan customer, insurans. Tapi tak mungkin la insurans kan sebab no handphone.

Sekali ika jawab, betul. Customer 😍

Mula-mula Beliau pun sama jugak nak yang trial. Beliau kata tinggal Lahad Datu, tapi dari Airport menuju ke bandar. 
Kalau ada stok trial, beliau singgah ambil.

Tapi ika jujur cakap. Ika tak jual yang TRIAL.
Sebabnya yang trial ni kena refill sendiri di bekas kecil. Ika tak berani nak buat, sebab takut terkena tangan masa nak refill. Tak tahu kalau ada kuman atau bakteria yang tercampur.

Sebab tu ika tak jual yang trial. 

Apa yang HQ keluarkan, itulah yang ika jual.

Jadi customer ika ni pun kata "Tidak apa lah"

.
.

Tapi tidak lama beberapa minit, beliau call balik. Kata jadi ambil Bio Ever Plus ni.
Kebetulan ready stock sekotak.

Ika pun bagilah alamat kedai ibu di sabindo, untuk beliau self pick up.

Lepas tu ika call ibu, customer dah datang ambil ka belum?

Ibu kata dah ambil. Pastu cakap customer ika tu polis, sebab lengkap beruniform.

Owh, mungkin la Polis Airport kan. 

.
.

Alhamdulillah, terima kasih tuan.
Tak dapat ambil gambar, sebab ika di rumah masa tu 😂

Kalau ada yang nak lagi Bio Ever Plus ni untuk Ikhtiar Kesihatan dan Kecantikan boleh whatsapp ika terus ke nombor yang tertera ya. 

Sunday, 5 July 2020

New Babies: COZUMA LIQUID FOUNDATION



NEW PRODUCT LAUNCH JULY 2020



 Wowww! Cozuma ada babies baru. Selain CC Cream, cozuma keluarkan krim muka jenis foundation yang Terbaharu,

"COZUMA SOFT MATTE  NATURAL GLOW LIQUID FOUNDATION"


Didatangkan dengan 3 warna atau kod mengikut tona kulit wanita asia dengan formulasi dari ITALY.

Thursday, 25 June 2020

10 Bahasa DOSA Dalam Berbicara ketika Membesarkan Anak

Assalamualaikum sahabat semua. Ika doakan semoga perkongsian Ika kali ni memberi manfaat untuk kita bersama terutama bagi Ibu bapa yang masih ada anak kecil macam ika atau ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Sebagai Mak Anak Empat macam ika, ika akui kadang juga pandai terbawa emosi terherdik anak-anak. Tapi lepas reda marah ika panggil anak. Ika peluk, ika minta maaf dekat diorang.

"Mama minta maaf ya nak. Mama marah tadi. Mama sayang abang/Kak Leesya/ Anieq"

Kadang ibu bapa ada ego sendiri kan. Tapi kita usahakan buanglah EGO dengan anak-anak. Diorang masih kecil. Perasaan bukan macam orang dewasa.

Ibu bapa SALAH bila anggap kononnya anak dah besar tapi belum pandai berfikir sedangkan Anak-anak masih inginkan perhatian dan kasih sayang.

Dalam membesarkan anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Sebab bagaimana acuan begitulah hasilnya. Bak kata pepatah orang putih, "Monkey See, Monkey Do"

Bukan nak kata anak-anak kita seperti kera. Tapi mereka buat apa yang ibu bapa buat. Sebab pendidikan pertama bermula dari rumah.

Sebab tu ika tertarik nak kongsikan dekat sini, daripada majalah Pa & Ma. 

Perkongsian ini daripada Puan Noraliza Alwi iaitu dalam bab membesarkan anak, ada "10 BAHASA DOSA DALAM BERBICARA", menurut Dr. azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Annur.

Wednesday, 10 June 2020

Hari Pertama Bekerja Setelah Cuti Bersalin dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Assalamualaikum kesayangan semua. 
Semoga semua sihat-sihat hendaknya dan terlindung daripada Wabak penyakit Corona Virus 19

Syukur kita panjatkan terlebih dahulu kepada Ilahi kerana kita masih lagi diberi Nikmat bernafas dan kesihatan sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, hari ini Malaysia kita sangat-sangat membanggakan.
Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia, 
Terima Kasih Ketua Pengarah KKM, 
Terima Kasih barisan Frontliner,
Doktor, Jururawat, PDRM, ATM, Bomba, Rela
Terima kasih para kakitangan kesihatan
Para Sukarelawan Perubatan

Terima Kasih juga kepada Abam Grab Food dan Food Panda.

Terima kasih juga kepada Ustaz Ebit Lew dan kepada semua yang membantu Malaysia.

Di saat negara-negara besar masih lagi  dan sehingga kini berdepan dengan wabak pandemi Corono-19 kita di Malaysia sudah pun masuk ke fasa PEMULIHAN di Fasa ke 6.

Sedikit coretan dan ingatan buat kita semua sepanjang 3 bulan Malaysia menangani COVID-19,

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Fasa 1: 18 Mac -31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April - 14 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 3: 15 April - 28 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 4: 29 April - 3 Mei 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Fasa 5: 4 Mei - 12 Mei 2020 
Fasa 6: 13 Mei - 9 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Fasa 7: 10 Jun - 31 Ogos 2020
Merentas negeri dah diperbolehkan, Sektor pelancongan domestik dibuka.
alhamdulillah. Bersama kita kembali pulihkan Malaysia.

Tapi tetaplah berjaga walau dimana sahaja kita berada sentiasa Jaga Jarak, Sentiasa pakai perlindungan penutup muka (Face Mask), sentiasa basuh tangan dan gunakan Hand Sanitizer.


Fuhhhh, itu baru Muqaddimah. hahha!
Ika baru nak intro ni. Alhamdulillah sebab masih PKPP ika dijadualkan kerja setiap hari khamis sehingga 1 Julai nanti akan kembali berkerja seperti biasa.

Tapi bagi ibu yang baru habis bersalin macam ika ni, walaupun anak ke Empat, nak tinggalkan tu tak sampai hati. Alhamdulillah, ika tinggalkan dengan Kak Ipar yang memang lemah lembut orannya. Syukur dan bertuah ada kak Ipar yang baik.

Sebelum Jalan kerja tadi baby 'Aafieyah dah bangun. Sempat jugak Ika BF kan dia dulu.
Sampai ofis kak ipar hantar gambar helok je haa tidur anak baik ni.

Sebenarnya ika tak sampai bukan apa, Baby 'Aafieyah ika tak biasakan susu botol. Haa rasakan, salah siapa tu? hehehe. Bengkak susu sayang nak pam bagi direct je terus.
Tapi ada jugak la, bila baby dah kenyang ika buat pam buat stok.

Kak Ipar siap hantar gambar baby 'Aafieyah yang baik minum guna susu botol, lepas tu tidur.
Ya Allah behave anak mama.

Syukur Alhamdulillah, aktiviti harian kita hampir 100% kembali seperti sediakala.

Yang penting macam ika cakapkan tadilah.
Senitiasa Jaga Jarak!

Hokay gaisss.
Sebab Ika nak habiskan Puasa Syawal ika tak keluar lunch, 
Tapi ika nak uruskan Pengeposan ke Lahad Datu Min Kaffe 7 Kotak untuk Ahli Sahajidah Hai-O yang Baru.
Tahniah Tahniah.

#KitaJagaKita

Saturday, 25 April 2020

HARGA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MURAH 2020


 SPECIAL OFFER
Valid till 31 Jun 2020


2  pieces RM699 ONLY!!!!

So, DEFINE YOUR ELEGANCE AND CLASSIC 
NOW!!!!


Penjimatan sehingga 68%!!!

BUY 2 PIECES ANY SERIES 
ELEGANCE OR CLASSIC 
RM699 ONLY!!!


More info and details at here,


Get your SIZE by click this number 
👇👇👇



Tuesday, 21 April 2020

Homemade Aiskrim McFlurry Oreo Ala Mekdi!



Hari ni Perintah Kawalan Pergerakan Hari ke 36.
Macam-macam resepi masakan tercipta.

😌😌😌

Hari ni pun hari ke 13 mama Berpantang!
Eh, habis tu siapa yang buat eskrim ni?

Haaa! Siapa lagi kalau bukan En. Hubby.
Mama tengah dalam pantang mana boleh makan eskrim 😌


En. Hubby dah datang rajin, mama eya kan je la. Bukan selalu dia masuk dapur. Teringin katanya, daripada beli sorang 1 dekat Mekdi rm4 lebih, buat sendiri lagi puas hati. 

Sebab bukan Mama yang buat jadi gambar step by step tu tiada la ye. Mama duk intai-intai je lah apa 3 org beranak tu buat dekat dapur dari jauh. Hahha!

Bahan pun tak banyak, 5 bahan je.

 Jom tengok apa bahan-bahan dan sukatannya sekali,

1 1/2 cawan susu full cream 
(Hubby beli susu Ducth Lady)

1/2 tin Susu pekat

1 sudu kecil Ovallete

1 sudu kecil Esen Vanilla

1  bungkus besar biskut Oreo.
(Nak pakai biskut Cream-O tu pun boleh. Rasa pun nak hampir sama dah)


Cara buatnya,

1. Hancurkan biskut oreo jadi serpihan macam kaca berderai. 
Lepas tu bahagikan Dua. 
(Sebab satu nak campur dalam adunan eskrim, satu lagi jadi topping)

2. Campurkan Susu dutch Lady, Susu pekat, Ovalette dan Esen Vanilla, pukul sampai gebu dan sebati. Guna Mixer atau nak Blend pun boleh.

3. Dah agak gebu, masukkan 1 bahagian biskut oreo yang di bahagi dua tadi. Pastu kacau la bagi sebati. Kacau pakai sudu je tau.

4. Dah sebati, masukkan dalam bekas yang korang Nak. Sebab kitorang banyak anggota T-rex jadi pakai bekas dadih supaya tak begaduh. Sorang satu dapat! 

5. Taburlah bunga di pusaraku. Hahha! Biskut oreo yang selebih tadi tabur atas eskrim jadi Topping.

Macam ni 👇


Dah siap! 
Bekukan dalam 2 jam, dah boleh makan.

En hubby suap sesudu je dekat mama.
Sesudu je tau 😭

Sedap gilossss! 
Alhamdulillah, Mr Hubby dah boleh open order lepas ni. 😂

Apapun STAY AT HOME!
Selamat Mencuba!  ❤️

SPECIAL OFFER RM699: PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR


CASH BUYER!!!


Alhamdulillah, Terima Kasih Puan Nazmin atas kepercayaan Puan.

Kalau nak tahu puan Nazmin ni dah lama berminat dengan Premium Beautiful sejak 2018 lagi.

Setiap kali ada Promo ika tak lupa untuk forward dekat beliau.

Tapi mungkin sebab promo yang ada masa tu, harga masih cecah RM1k, beliau tak grab lagi.

TAPI...

PROMO kali ni beliau tak fikir panjang, Terus buat PAYMENT!!!!

Mana taknya, Pilih 2 helai Mana-Mana bahagian hanya RM699!!!

Jimat dan murah Yakmatttt!!!!


Apa kata Puan Nazmin selepas sarung PREMIUM BEAUTIFUL?

Alhamdulillah, pengeposan pun cepat. 
HQ poskan hari Khamis, Isnin depan beliau dah dapat Set Premium Beautiful.

Beliau Purchase Premium Beautiful Classic, bahagian Waist Nipper dan Long Girdle. 



"Tadi masa test pun rasa SELESA je. 
Tak terlalu ketat dan sakit"

Dan beliau harap sangat ASBAB sarung Premium Beautiful ni dapat membantu masalah Period beliau yang tidak teratur.

Sebab beliau lihat sendiri testimoni depan mata, kawan beliau ada masalah yang sama. Lepas pakai Premium Beautiful, Period dah kembali teratur. Alhamdulillah. 

Kita Ikhtiar dan usaha dengan PREMIUM BEAUTIFUL!



Kalau awak pun ada masalah yang sama ataupun masalah kesihatan yang lain dan lama dah mengidam nak sarung PREMIUM BEAUTIFUL, ini lah masanya!!!

2 Helai mana-mana bahagian,
hanya RM699 sahaj!!!!

Sama ada awak nak,

PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC


Ataupun,


PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE



HARGA TETAP SAMA!


Nak tahu lebih lanjut, baca dekat sini


Atau awak boleh hubungi ika terus,
 tekan je no yang tertera di bawah 👇




Salam SIHAT dan CANTIK awak!!! ❤️

Monday, 20 April 2020

PREMIUM BEAUTIFUL PROMOSI 2020 MURAH DAN JIMAT!!!



Biaqqq Betuiiiii??!!!

Betullll la ni cik puan, cik adik, hakak semua!!!

Penjimatan LEBIH sehingga 68%!!!

Tapi...

Promosi Jimat Gila ni sah sehingga 
Akhir JUN 2020!

Maksudnya,

Sempat lagi nak KURUSSS dan SIHATTT kan badan dalam bulan puasa ni.

Dapatlah BODY SHAPING idaman masa RAYA nanti!

Kannnnn!!!


Apa yang bestnya PROMOSI kali  ni sampai buat awak tak tidur nyenyak. Haaaa gittew!!!

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts