Sunday, 6 October 2024

RESEPI KEK COKLAT KUKUS MOIST SUKATAN CAWAN

 Assalamualaikum awak semuaaa.. 

Tengah cari resepi kek coklat ke tu? Bhaaa jom ika share resepi Kek Kukus terpaling moist dan terpaling simple dan yang terpalinggg laaa..

Resepi  ni memang sesuai untuk mak mak yang super bizi tapi anak-anak request mo makan kek. Nak beli bepuluh ringgit atau beratus ringgit nak kena keluar. Kalau T20 tadi memang pejam mata je la, boleh beli terus, kannnnn..

Tapi kalau B40 macam ika ni dengan anak yang ramai .. (5orang) .. plus semua pencinta kek termasuk yang umur baru setahun jagung, tapi mama tak bagi lagi makanan manis2, mama selalu buatkan kek keladi, labu dan macam2 lagi. Next mama share pulak resepi kek untuk baby bawah setahun ya, In Shaa Allah...

Hari ni mama nak share RESEPI KEK KUKUS MOIST SUKATAN CAWAN yang paling mudah untuk mak mak buat.



First thing first kena sediakan bahan-bahan dulu, kalau tiada bahan kek tak jadik jugak kan? jadi kena pastikan list bahan semua ni ada di dapur korang, okehhh 😉


LIST BAHAN BUAT KEK & TOPPING COKLAT

TELUR

SUSU PEKAT

SUSU CAIR

MINYAK MASAK

GULA PASIR

ESEN VANILLA

TEPUNG GANDUM

SERBUK KOKO

SODA BIKARBONAT

BAKING POWDER


Okay itu jak laa bahan-bahan dia.. tak banyak mana pun kan. basic yang memang semua ada dekat rumah kitaaa.. dan Topping dia pun bahan yang sama juga..

Bhaaa jadi?? Jomlaahh kita start membuat.. 😍


Blendkan bahan-bahan di bawah dekat sukatan Cawan (guna cawan yang sama) :

3 biji telur

1 cawan gula pasir

1 cawan minyak susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1 sdk esen vanilla


Blendkan dalam 5 minit begitu...


Sambil-sambil tu panaskan pengukus ...


dengan cawan yang sama campurkan bahan-bahan kering:

1 1/4 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1sdk soda bikarbonat

1 sdk baking powder


Tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam campuran bahan kering...


Gaul atau kacau adunan kek bagi sebati...


Dah sebati macam ni...


Sediakan loyang ..  Ratakan minyak masak dan taburkan tepung. Supaya kek tak terlalu melekat bila sudah masak nanti.

yang ika pakai ni loyang besar.. kalau korang pakai loyang yang 6x6 atau 7x7 boleh dapat 2 kek.. tapi yang adunan ni pun ika boleh dapat 2 adunan. tapi tak tebal sangat laa, just nice jaa..


Lepastu tapiskan adunan ke dalam loyang tadi, supaya kek tak beketul-ketul..


Mama ada helper ehee...

Jazaakillahu khoiro kakak bantu mamaaa.. 💓



Dah siap masukkan adunan dalam loyang, pengukus pun dan panas..
Boleh kukus kek dalam 45 minit atau sampai kek tak melekit...



Rupa kek coklat kukus moist  kita ni bila dah siap masak... 😋



Okay sekarang Toping coklat pulak, korang boleh buat masa kek tengah kukus. sebab mau masukkan dalam peti sejuk kejap supaya dia jadi kental.. 

Bahan-bahan buat Topping Coklat:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 susu cair
1/2 susu pekat

campurkan semua bahan-bahan, pukul bagi sebati dan memekat. Then masukkan dalam peti sejuk..

Bila kek dah masak, tuangkan la topping coklat tadi..



ni kejadian topping dia masih belum pekat tapi anak-anak ndak sabar mo makan. Tapi pastikan kek sejuk dulu tau. baru tuang toping dia...



Sebab coklat rice tiada, ika ayakkan serbuk coklat malt anak-anak atas dia...



Pastu potong-potong kecil2 supaya ndak cepat habis.. eheee ndak bhaaa...



Ndak sampai 2 hari, buat malam petang nya dah habis... 😂



Topping coklat tu boleh sisakan juga untuk makan dengan roti.. Jimatttttt korang!
ni rupa dia kalau coklat tu lama dalam peti sejuk.. dah jadi macam jem coklat yang dijual dekat kedai. Dah boleh buat sendiri tauuuu 😍



SELAMAT MENCUBA RESEPI MAMA ANAK 5 NI KORANG!

JANGAN LUPA SAVE RESEPI NI DAN SHARE GAMBAR KEK KORANG TAU KALAU DAH BUAT...

💗💗💗

2 comments:

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts