Assalamualaikum semua...
Semoga sentiasa dibanyakkan rezeki yang berkat buat kita semua tak kira di mana kita berada.
Alhamdulillah, setiap hujung minggu. Ahad malam isnin lah kiranya. Husband dan ika akan bawa anak-anak soleh solehah kitorang makan dekat luar.
Yelah, mama ayah diorang ni kerja isnin jumaat. Dapat kira berapa jam jak bersua muka di rumah. Jadi salah satu bonding time dengan anak-anak, bawak diorang makan luar. Alhamdulillah, Diorang pun seronok dan Happy.
Biasanya ika tak buat review pun. Sebab restoran yang kami pergi, biasa-biasa ja. ehheee. Kadang tu pi mamak. Ada rezeki lebih asbab side income bawaklah diorang masuk Mekdi atau Kepci.
Tapi sebab semalam macam dah bosan pergi tempat yang sama. Kebetulan godek efbi jumpa page satu restoran ni, PEDDASSS CAFE nama dia.
Gambar ehsan Peddasss Page |
|
Ika pun stalker and terjumpa owner pun Melayu and muslim. Ni owner dia, NUUR NADIA NATASHA. Siap banyak review restoran ni. Menu dia pun banyak pilihan. Ika dah terliur dengan bihun Sup dia. Wak apa tah nama dia.
So taraaaa ika pun nak jugaklahhhh sibuk meriew. ehehhe. Walaupun tak banyak mana gambar diambil. hahah!
Jom jom tengok gelagat kami di PEDDASSS CAFE 🌶️🌶️🌶️!
Tapi macam biasa, sis hanya tukang photographer jahhhh.
Dah siap order, sambil menunggu makan sampai, ambil 📸 dulu
Kalau nak minta COD pun boleh.
hubungi je nombor dekat atas tu.
Dah habis PKP, Covid-19 ni dah dapat terkawal, kalau korang datang Tawau, singgahlah
PEDDASSS CAFE ni.
Highly Recommend tau!
Selamat menjamu selera korang!