Monday 1 July 2019

SKRIP PENGACARA MAJLI S PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU MAHKAMAH SABAH 2019 BESERTA MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI MAHKAMAH TAWAU


SKRIP PENGACARA
MAJLI S PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU MAHKAMAH SABAH
BESERTA
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI MAHKAMAH TAWAU
27 Jun 2019 (Khamis)
Dewan Sri Tawau, Jalan Sin Onn, Tawau.


Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara
Diiringi oleh Yang Amat Arif Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Dimohon Para hadirin untuk berdiri.

Seiring madah pantun bersambut
Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut dipintu

Dipersilakan para hadirin untuk duduk.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Amat Arif 
Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat,
Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif
Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah,
Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan
Yang Berbahagia
Datin Seri Panglima Janet Wong Ying Kin

Yang Arif
Datuk Nurchaya binti Haji Arshad,
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

Yang Arif
Dr Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab,
Hakim Mahkamah Tinggi Tawau

Yang Arif
Puan Celestina Stuel Galid,
Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan


Yang Berbahagia
Datuk Insinyur Haji Amrullah bin Kamal,
Presiden Majlis Perbandaran Tawau

Yang Berusaha
Tuan Ahmad Terriruddin bin Mohamad Salleh,
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Yang Berusaha
Puan Amelati Parnell,
 Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Yang Berusaha
Puan Egusra binti Ali,
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

Yang Berusaha 
Tuan Awang Kerisnada binti Awang Mahmud,
Ketua Pusat Kos Mahkamah Tawau

Yang Berusaha
Penolong Komisioner Polis
Tuan Peter anak Umbuas,
Ketua Polis Daerah Tawau

Yang Berusaha 
Penolong Kanan Komisioner Penjara
Tuan Faizal bin Mohamad Noor, Pengarah Penjara Tawau              

Pegawai-pegawai Kehakiman dan Perundangan
Tetamu jemputan
Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kelab Rekreasi, Sosial dan Kebajikan Mahkamah Tawau
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kasih sayang dan izin-Nya jua dapat kita berhimpun bersama-sama bagi meraikan dan memeriahkan Majlis Makan Malam bersempena Perasmian Kejohanan Sukan 3 Penjuru Mahkamah-Mahkamah Sabah 2019 serta sambutan Hari Raya Aidilfitri Mahkamah Tawau.

Kami bagi pihak Yang Arif Hakim dan pegawai serta kakitangan Mahkamah Tawau mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Arif-Yang Amat Arif, Yang Arif-Yang Arif, Datuk-Datuk, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada malam ini.


BACAAN DOA

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan Zaini Fishir untuk membacakan doa. Dipersilakan tuan.

Amiin Amiin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Zaini di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.



UCAPAN ALU-ALUAN

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput dan dipersilakan Yang Arif Dr Hj Alwi bin Hj Abdul Wahab, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Arif.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Yang Arif itu tadi.


UCAPAN DAN PERASMIAN

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masanya bagi Majlis Perasmian Kejohanan Sukan 3 Penjuru Mahkamah-Mahkamah Sabah tahun 2019.

Oleh itu, majlis dengan segala sukacitanya menjemput Yang Amat Arif Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah juga diiringi oleh Yang Arif Dr Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab untuk menjemput dan mempersilakan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan 3 Penjuru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Arif.


**GIMIK PERASMIAN – melepaskan belon oleh YAA KHN diiringi oleh YAA CJSS dan YA Dr Hj Alwi)


Untuk melaksanakan perasmian ini, dijemput yang Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah serta Yang Arif Dr Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab untuk mengiringi Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat bagi melaksanakan gimik perasmian.


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada malam ini. Setinggi penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada Yang Amat Arif  Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat  di atas kesudian Yang Amat Arif merasmikan majlis kita pada malam ini. Terima kasih.



PERSEMBAHAN MAHKAMAH KOTA KINABALU

Ucapan sudah, Perasmian pun sudah. Kini tibalah masa acara yang ditunggu-tunggu, bak kata pepatah Sambil menyelam minum air, sambil kita menjamu selera, marilah kita saksikan Persembahan wakil daripada setiap Kontinjen.

Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Jamuan malam diiringi irama
Persembahan nyayian turut dipersembah.

Dan bagi pembuka acara majlis kita pada malam ini kita persembahkan Wakil Kontinjen Mahkamah Kota Kinabalu. Majlis mempersilakan.

Waaahhh! Rasa nak ikut nyanyi sekali dengar persembahan itu tadi kan abang / Mendayu-dayu persembahan itu tadi / Terus segar mata ini kan abang.

Baiklah, majlis makan malam ni tak kan meriah kalau tiada selingan cabutan bertuah. Betul tak dik? Abang tengok sebelah kanan/kiri kita penuh hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi. Siapa lah agaknya yang bertuah tu kan?



CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA

Betul bang. Ada hamper, ada peralatan untuk memasak, dan ada juga barangan elektronik. Paling best nanti kan abang ada cabutan bertuah Grand Prize , nama pun Grand mestilah hadiah dia besar. Kita Tunggu siapa yang bertuah tu. Baiklah. Pasti ramai yang tertunggu. Sebelum tu Jangan lupa keluarkan tiket cabutan bertuah tuan puan semua.

Dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Awang Kerisnada diiringi oleh Puan Puspawati Sangut untuk mencabut 9 tiket bertuah pertama terlebih dahulu, sekaligus menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah. Dipersilakan tuan.

Terima Kasih Tuan.

Seterusnya Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Egusra binti Ali yang terus diiringi oleh Puan Puspawati untuk mencabut 8 tiket bertuah yang kedua dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada yang bertuah. Dipersilakan puan.

Terima Kasih Puan.


PERSEMBAHAN MAHKAMAH TAWAU

Para hadirin sekalian, kalau tadi Persembahan dari Kontinjen Mahkamah Kota Kinabalu menghiburkan kita semua, kini tiba masanya Tuan Rumah pula. Saya dengar Mahkamah Tawau berduet dengan seorang artis kelahiran Tawau malam ini. Betul ke?

Haaaa, pasti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan artis itu kan. Dengan ini Kita persilakan wakil MahkamahTawau beserta pasangan duet nya dengan lagu SENJA NAN MERAHHH!!!

Terima Kasih Firman sudi menghadiri jemputan kami, mari kita berikan tepukan gemuruh sekali lagi.


CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA

Kita teruskan lagi dengan cabutan tiket yang seterusnya, untuk itu kita jemput Yang Berusaha Puan Amelati Parnell dan diiringi oleh Puan Ferhanshah untuk mencabut 9 tiket cabutan bertuah sekaligus menyampaikan hadiah tersebut kepada yang bertuah. Dipersilakan Puan.

Terima kasih Puan.

Kemudian Kita jemput pula Yang Berusaha Tuan Ahmad Terriruddin bin Mohamad Salleh dan terus saja diiringi oleh Puan Ferhanshah untuk mencabut juga 9 tiket cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan Tuan.

Terima Kasih Tuan.


PERSEMBAHAN MAHKAMAH SANDAKAN

Persembahan dari  Mahkamah Kota Kinabalu sudah, Tuan Rumah pun sudah, kini dipersilakan persembahan dari Mahkamah Sandakan pula. Dipersilakan

Diharap para hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.


CABUTAN BERTUAH SESI KETIGA

Baiklah, saya tengok masih banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang belum berpunya di sebelah kanan/kiri tu kan. Agak-agak ada challenge tak bertuah malam ni. Siapa yang beli banyak tiket tu, untungggg laaaa sebab In Shaa Allah ada rezeki kan. Tanpa membuang masa kita jemput Yang Arif Puan Celestina Stuel Galid yang diiringi oleh Puan Herlina Muse untuk menyampaikan hadiah-hadiah cabutan bertuah dengan mencabut 8 tiket yang bertuah.

Terima kasih Yang Arif.

Seterusnya kita jemput pula YA Dr Haji Alwi bin Hj Abdul Wahab yang diiringi oleh Tuan Amir Shah untuk mencabut tiket yang terakhir sebelum kita buat cabutan untuk GRAND PRIZE. Dipersilakan Yang Arif untuk mencabut juga 8 tiket dan menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada orang yang bertuah.

Terima Kasih Yang Arif.


PERSEMBAHAN NYANYI LAGU HARI RAYA

Para Hadirin yang saya sayangi,
Pernah dengar tak ayat didalam gelanggang kita lawan, diluar gelanggang kita lawan? Begitu jugalah kita semua yang berada di dalam satu dewan ni. Kalau tadi siang kita bertanding acara kejohanan sukan, malam ini kita duduk di bawah satu bumbung saling beramah mesra umpama bersaudara.

Betul tu. Sebab tu untuk mengekalkan persahabatan antara Mahkamah ni kita ada persembahan istimewa malam ni. Dengan gabungan dari setiap kontinjen. Kita persembahankan Trio Mahkamah dengan gabungan lagu raya. Dipersilakan.

Ewahhhh, kemain ada jugak ika tengok ikut nyanyi sekali kan. Yelah Raya kan sebulan.


CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE

Tibalah masa yang ditunggu. Saya pasti ramai yang tak sabar nak bawak pulang hadiah yang besar ni kan. Sudah sediakan tiket cabutan Bertuah Tuan Puan?

Baiklah, untuk Cabutan GRAND PRIZE yang pertama kita jemput sekali lagi Tuan Awang Kerisnada untuk mengiringi Yang Amat Arif Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah untuk mencabut 5 tiket sekaligus menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenangnya.

Terima kasih Yang Amat Arif Datuk Seri.

Seterusnya untuk cabutan GRAND PRIZE yang terakhir ni lagi istimewa. Macam saya katakan awal tadi ada Peti Sejuk Beku. Siapakah gerangan yang bawa pulang Peti sejuk beku itu? Untuk Cabutan Grand Prize yang istimewa ini kita jemput Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diiringi oleh Yang Arif Dr Haji Alwi untuk cabutan 5 tiket bertuah yang terakhir. Dipersilakan Yang Amat Arif Dato’.

Terima Kasih Yang Amat Arif Dato’.

Para hadirin sekelian,
Alhamdulillah kita sudah pun sampai kemuncak Majlis pada malam ini.


UCAPAN PENUTUP

Tuan puteri pergi ke Kuah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan esok hari bersua lagi


Selesailah sudah upacara Majlis PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU MAHKAMAH-MAHKAMAH SABAH 2019 beserta sambutan Hari Raya Aidilfitri Mahkamah Tawau.

Dengan itu

Saya ZULAIKAH AMAN dari Mahkamah Tawau, bagi pihak tuan rumah ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian para dif-dif kehormat dan jemputan serta hadirin dan hadirat sekalian kerana memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada malam ini.


Umpama berjalan dah sampai ke batas
Umpama berkayuh dah sampai ke pulau
Umpama memanjat dah sampai kepuncak
Entah sireh salah sorong
Entah kata salah tutur
Terimalah salam, salam bersantun
Salam yang mohon maaf
Salam yang mohon ampun


Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Majlis disudahi dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh dan selamat malam semua.


Skrip disediakan oleh,
Zulaikah Hj Fakih atau Zulaikah Aman
Premium Beautiful Tawau
Mahkamah Tawau

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts