Tuesday, 26 May 2015

CHEESEKUT HOMEMADE


Terasa rajin plak nak buat Cheesekut... but this is too late to post... hik hik hik... nak share ibu ajar cara buat Cheesekut.. just simple je taw... tapi masa ibu datang sini nak buatkan ika cheesekut tpi tersalah beli susu segar.. ibu ingatkan susu HL yang biasa, smpai rumah nak buat terambil perisa strawberi plak. Sudahnya jadilah CHEESEKUT STARWBERI. kawan2 ofis ika suka taw, sebab xde la rasa bosan bila makan lain2 perisa. So, jom try... 
*pura-pura tersalah beli susu yah, baru menjadi.. hehheheh

Bahan-bahan:

1. Biskut Hup seng (deluxe cracker yang plain jew taw)
2. Cheese (ibu kata pakai cheese kotura, insyaAllah halal)
3. Susu pekat (kalau nak manis, letak byk2.. satu tin pon xpa.. kekekkek... 
    tapi ika pakai setengah tin susu neh)
4. Susu segar (ika pakai marigold HL)
5. Nestum 

Alat:
Blender or mixer
Tupperware atau bekas ada bertutup


ini jak sebenarnya bahan-bahan Cheesekut ^_^ 

Cara nak buat:

1. Campurkan cheese, susu pekat (1/2 tin), 5sudu makan atau secukupnya susu     segar. Sebab rumah ika  teda mixer, ibu cakap blender jew, pun boleh bha.       Blender smpai adunan sebati dan agak moist.

Cheese, susu pekat dan susu Segar (sebagai perasa)..
blender atau mixer bersama

2. Lepas tu letakkan dulu cheese tadi atas tupperware or bekas supaya lapisan       bawah pun terasa cheese dan biskut melekat. Tak payah banyak2.. tpi kalau     nak banyak pon xberdosa... kekekkee

3. Tuang susu segar tadu dalam mangkuk then ambil sekeping2 biskut celup         dalam susu kemudian susun cantik2.... lepas dh biskut tersusun sebagai           lapisan pertama then tuangkan cheese ratakan dan taburkan nestum. 
    (Kalau ika, ika suka bubuh cheese dn nestum banyak2) 
    Ulang setiap lapisan smpai cheese ckup untuk lapisan terakhir ... ika buat           kdg 2 atau 3 lapisan.. sebab ika pakai bekas besar bak hang.. hehehhe..           kalau kecil ikut la nak berapa lapisan.. tpi penat sendiri tanggung..                     kekekekkek..


Bekas besar banget... hik hik hik...
5. Jangan makan dulu taw masukkan peti sejuk. Kalau buat malam, esok dh         boleh makan. Kalau buat pagi, petang dah boleh makan.

Dah siap!!! lepas masuk perti sejuk baru boleh makan taw

So, senangkan. Boleh try kat rumah.. puas hati lagik. Hehe

Sekian. Muaccchhhiikkkeeedddd...




Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts