Saturday, 8 December 2018

Premium Beautiful Tawau: Fitting Client di Taman Bukit Bintang, Sin Onn

Assalamualaikum, hai awakkk. Ye awak laa yang sudi singgah blog ika ni. Tenkiu tau 😍


Ekceli ika hepi sangat bila ada client dari Tawau dah mula tanya pasal Premium Beautiful, means ika pun dah mula masuk pasaran Sabah! In shaa Allah! Eh jap, awak yang baca entry ika ni dari mana ye? Alhamdulillah sampai jugak ika ke tempat awak. Terima kasih ❤️

FITTING CLIENT PREMIUM BEAUTIFUL 
(Taman Bukit Bintang, Jalan Sin Onn) 


Pendek cerita ika set appoinment dengan client ika ni hari Jumaat masa lunch. Beliau ajak terus jumpa di rumahnya dekat Taman Bukit Bintang, Jalan Sin Onn.

Masa jumpa tu beliau tersangatlah peramahnya, rupanya beliau ni asal Negeri Sembilan. Kerja dekat Tawau sini sebagai Nurse Pergigian di Hospital Tawau, tinggal Tawau sini adala dalam setahun lebih githu. Macam ika jugak la dulu hidup di rantauan.

Beliau kata lagi sebenarnya kawan-kawan Nurse dia dekat Semenanjung kebanyakan dah sarung Premium Beautiful ni dan ada juga yang buat bisnes jual Premium Beautiful. Beliau nak beli dengan kawan tu tapi jauh, nak ukur sendiri susah dia tak reti kan. So beliau pun search dekat Instagram "Premium Beautiful Tawau" maka keluar lah IG ika, Alhamdulillah! Ada jugak rupanya Premium Beautiful di Tawau ni, katanya. Hehehe! 

Lepas fitting beliau, ika terus balik. Sebab masa tu Hujan lebat selebatnya. Allahumma Soyyiban! 

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Ika hari ni. 

PERKAHWINAN ZULAIHA X AZMAN
(Dewan Sri Tawau, Jalan Sin Onn) 

Tapi ika bukan nak share pasal Fitting client je sebenarnya. Ekceli Hari ni rupanya ada jemputan Kahwin. Salah seorang kenalan merangkap cuzzy bestfriend ika sendiri!

Majlis Sanding diadakan di Dewan Sri Tawau, masuk je dewan tu Ika terus teruja "Wahhhhh" cantiknya dia. Macam Princess in Fairytale! Tapi memang adik ni tanpa Make up pun aslinya cantik. Untung cik abam tau!

Nah Ika belanja gambar-gambar syantik majlis sanding adik Zulaiha x Azman.

Zulaiha dan Zulaikah, nama kitorang hampir sama 😍



Bestfriend Ika dari sejak lahir sampai sekarang ❤️

Tak boleh gambar berdua, Dak tecik nak sibuk jugak 😂

Masa ni dak tecik tu baik sangatttt... 

Pahtu tak tahu sejak bila dia dah pun naik atas pentas sana 😱😂


Maka berlari laa Mak Anak Tiga ni mengejar dia sampai ke pelamin orang! Aduhhhh adikkk oiii! Ber kuch kuch hotta hei kita atas pelamin tuh! Bukan majlis kita sayang 🤣

Ni haaa muka budak baek tu! 😍



Premium Beautiful legakan sakit pinggang! 

Kalau korang perasan la kan, Ika tak sempat nak tukar baju pun 😭

Masa ni kan hari bekerja, tengahari Fitting Client balik kerja stay ofis ibu dengan hubby dan anak-anak, Lepas selesai solat Isya' baru kami balik rumah. Sampai rumah tak sempat nak tukar baju, anak-anak je ika siapkan. Maka dengan baju kerja laaa ika ke persandingan hari ni. 😜

Tak penat ke ika? Hmmm, tipu lah kalau tak penat! Sebab lepas fitting client tu balik rumah jaga anak-anak sebab husband nak solat jumaat, then masuk kerja balik. Tapi Ika enjoy apa yang ika buat ni.

Lebih-lebih lagi bila seharian sarung Premium Beautiful, melekap je di badan. Tak rasa sakit pinggang! Tak rasa sakit belakang! Eh, lupa pulak! Nak makan pun tak berlebihan di majlis orang sebab pemakanan dapat terkawal walaupun lauk pauk menyelerakan! Fuhhh, selamat!

Terima Kasih Premium Beautiful! Kerana buat hari ku ceria dan cergas sentiasa! ❤️


Okay laaa awakk, terima kasih tau sudi baca sampai sini. In shaa Allah jumpa lagi! Kalau nak sarung Premium Beautiful roger jah Ika, In shaa Allah berdasss dasss Ika balas. Hahha! 

Taa taa tii tii tuu tuu, sampai sini dulu
Muachikeddddd 💋

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts