Friday 18 December 2020

TESTIMONIAL 360 THERA SET!!!

 HAPPY CUSTOMER WITH A THERASETS!!!


Seronoknya memasing update gambar dah kurus bagai dengan 360 THERASET.


Apa tu 360 THERASET.?

Semestinya, 

360 THERAVEST & 360 THERAPANTS!


Jom ika belanja gambar THERA LOVER yang gembira dengan kesan pemakaian untuk masalah memasing.


Jom Baca sesama!















Friday 16 October 2020

PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA SERIES: 360 THERA CHALLENGE!

 Assalamualaikum everyone and all Premium Beautiful also Thera Lovers! 😍


360 THERA CHALLENGE

3hb Oktober 2020 baru baru ni Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) mengadakan kempen untuk mencari 20 orang yang inginkan transformasi diri dengan PREMIUM BEAUTIFUL 360 THERA VEST. In shaa Allah yang akan dilancarkan pada bulan NOVEMBER 2020 nanti!

Hadiah keseluruhan sebanyak RM50,000 untuk dimenangi! 20 orang pemenang HADIAH UTAMA SET THERA SERIES dan 250 orang lagi akan mendapat hadiah SAGUHATI voucher RM50. Wowweee! 😱

Kempen 360 THERA CHALLENGE ni start 3hb sehingga 10hb Oktober 2020 sahaja.


Bagaimana cara untuk menyertai kempen 360 THERA CHALLENGE ini?

Kempen ini terbuka kepada semua orang, sama ada sudah memiliki Premium Beautiful atau belum pernah miliki sama sekali!

So beruntung sesangat kalau belum mencuba mana-mana Premium Beautiful atau Therapants menjadi salah sorang pemenang 360 Thera Series ni nantikan. 🥰

Cara nak menang kempen ni Mudah sahaja, hanya perlu LIKE dan FOLLOW page facebook SAHAJIDAH HAI-O MARKETING.

Kemudian buat satu video berdurasi satu minit atau bersamaan 60 saat dan kongsikan 
"Kenapa anda ingin transformasi diri dengan PB 360 THERA SERIES?". 

Lalu muat naik video tersebut dengan Tag page SHOM dan sertakan Hashtag #360TheraChallenge dan #SHOM ke wall facebook masing masing dengan publickan video tersebut.

So 20 pemenang akan dipilih berdasarkan Video yang paling banyak LIKE, KOMEN dan SHARE!

Mudahkan?


SO, ZULAIKAH HJ FAKIH?

ARE YOU TAKE THAT CHALLENGE OR NOT?!

Hahahamboiiii!!! Dari hari pertamaaa tau ika Take Challenge! 

TAPIIIII... haaa ada Tapi nyaa... 😂

Ika frust nak buat video konten berkenaan apa. Malu sesangat kan. Dulu tahun 2017 pernah ikut juga contest Testimoni terbaik Premium Beautiful. Alhamdulillah terpilih antara 30 orang pemenang, dapatlah hadiah SHORT BRA PREMIUM BEAUTIFUL siap dapat Sign Miss Fazura lagi tau. 😍

Masa ni anak baru 3 orang. Hahha!



Tapi kali ni, dua hati nak ikut. Emm, Nak ikut ke tidak? Dari start kempen ni di buat, 3hb, mau di katakan hari hari ika stalker je orang lain punya video. Cari ilham. Kononnya lah 😂

Tapi still tak buat jugak. Kahhhhh!
Sampailah sehari sebelum Kempen ni berakhir, baru lah muncul idea Lifestyle yang memang ika hari hari hadapi. Aduhhh, kenapa tak terfikir awal awalkan? Last minit jugak baru muncul.

So petangnya, ika minta tolong adik untuk rakam video ika tu. Tapi kan korang, dari petang sampai ke malam lepas solat isya' bersambung tak siap siap. Kebetulan, malam tu pulak ada buat makan makan untuk kami sekeluarga ja. 😂

Tengok lah tu! 🤣



Allah, susahnye hanya buat sebuah video. Macam mana orang lain boleh buat? Boleh tengok, dah berapa banyak intake. Tak boleh langsung jadi pelakon 😜

Sampai si asben rupanya stalker apa bini dia buat di ruang tamu depan dah jam 10 ni haaa 🤣


Sorry la hambur sikit. 😁

Nak nak dekat jam 11 jugak laa baru siap buat rakaman. Tu baru rakaman, belum lagi edit mengedit. Dengan selingannya balik balik si baby Aafieyah terbangun. Mencabar jugak buat kerja last minit ni kan!

Jam 11.30 lebih baru ika ngepost ke wall facebook ika.

Memang bersekang mata, neves punya pasal.
Kot la ada yang tak tidur lagi kan 🤭

Alhamdulillah, ramai jugak sambutan. Even last minit, last day. Semua la lasttt. 😂

Ni link video contest ika tuh, 

"ZULAIKAH TAKE 360 THERA CHALLENGE"

Kot la korang nak tahu ika buat challenge apa 🤣


Alhamdulillah! 
Dapat sambutan jugak. Ehhe!

Terima kasih kawan kawan yang support video ika ni. Akhirnya, berjaya jugak si Ika take challenge ni kan.

Menang atau kalah tak pa, yang penting berusaha untuk mencuba. Siapa yang tak nak HADIAH SATU SET THERAVEST + THERAPANTS bernilai RM1,858? 😳

Alhamdulillah, So tinggal tunggu pengumuman daripada page SHOM 14hb OKTOBER 2020.

Aiii is Nevesss!


D-DAY!

14hb OKTOBER 2020!

Biasa pepaghi anak-anak bangun, siapkan sarapan diorang. Buat homework.

Jadi whatsapp apa semua tak buka lagi. Anak-anak dah siap buat PDPR.

Ika buka whatsapp group support, CDM Salleha Roslan dah share poster 20 orang pemenang. 

Hati ika kecewa sikit, sebab tak jumpa muka ika antara 20 orang tu. Istirjak sekejap.

Baru nak taip ucap TAHNIAH pada team yang dah berjaya, tiberrr terbaca "Congrats to CDM Sal, Ieka, Ika dan mimi"

Eh!! Apa ni? Apa ni?

Tak salah ke? Ye la, sebab dalam group tu memang ada dua orang nama sama. Yang kak ieka, ika memang tengok gambar dia. Pemenang kedua kut. 🤭

Ika? Siyes cari banyak kali tak jumpa!

Entah ke berapa kali tengok lagi, pejam mata siap lafaz BISMILLAH, buka mata...

Terusss panggg! Macam mimpi!

Mata terus on the spot nampak muka ika! 



Allahuuu!!!
Alhamdulillah! 
Nak nangis rasa! 
Tahniah Team CDM SALLEHA ROSLAN! 
WE MADE IT!

Ada 4 orang dalam Team WEAPON 35 antara pemenang 1 SET THERA SERIES, dan beberapa orang yang lain dapat voucher RM50 untuk pembelian THERAVEST ni nanti. 

Acerrr cari, manatau ada nama yang kamurang kenal. 😁



SYUKUR, ALHAMDULILLAH!
Tahniah semuaaa 
👏👏👏


360 THERA WONDER!

Fuhhh!!! Tak cukup hanya di situ gaisss!
Semalam 16hb Oktober 2020, HQ buat meeting thru ZOOM untuk 20 orang pemenang ni.


Debar nak tahu!
Rupanya perjalanan masih panjang!
Bukan sesaja jadi pemenang tau! 
Sebab 20 orang ni lah akan menjadi 
"DUTA THERAVEST."

Ada challenge untuk kami! 😱

Mula-mula kami dipecahkan menjadi 4 kumpulan. Setiap Team ada 5 orang dan ada sorang coach yang memantau.


Alhamdulillah, kami Protege CDM SALLEHA ROSLAN satu kumpulan bersama mentor kesayangan kami. Ehhe!
Thank you SHOM!

Korang nak tahu tak apa Challenge untuk kami 360 THERA WONDER ni? 😳

Haaa! Tunggu sehingga kamiurang dapat package SET THERA SERIES ni nanti! 😉

Taasyabbarrrrr!!!


22 Oktober 2020

Alhamdulillah! Yeayyy! Packaging dah terima!



Thank you Sahajidah Hai-o Marketing untuk Hadiah yang sangat sangat bernilai untuk ika! 

Nak tengok ika Unboxing boleh tekan sini tau,


Jangan lupa support video ika tu ya.

LIKE • KOMEN • SHARE

Sebab 20 finalis 360 Thera Challenge ni ada tasks lagi 😍

Mama dan baby belanja teaser gambar kotak 
360 THERAVEST & 360 THERAPANTS 
Siketttt 😳




Leleffff sangattt!

Tasyabbarrr nak pakai pulakkkk!


So stay tuned gaisss! 

Much Love,
Your 360 THERA WONDER! 💪❤️


Wednesday 14 October 2020

PREMIUM BEAUTIFUL TERENGGANU: KORSET UNTUK BAKAL PENGANTIN!

 Assalamualaikum semua Premium Beautiful Lovers.

Alhamdulilah, Ika doakan semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah dan berkat dapat beli satu set Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran kita. Amiin.

Dan Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kali ni ika dapat Premium Beautiful Cash Buyer daripada TERENGGANU.


BAKAL PENGANTIN

Gambar sumber google ✌️😁

Friday 9 October 2020

BABY AAFIEYAH DELISHAH FIRST FOOD!

Assalamualaikum mommies!

 Alhamdulillah, mama ika doakan semoga mommies dan babies sihat sihat hendakNya dan terlindung dari wabak penyakit yang melanda Negara kita saat ini.

Apapun Stay Safe and Stay At Home keh!

❤️


Entry mama kali ni sesaja nak share pemakanan baby ika number 4 ni. Tapi tulah mommies Dah anak 4 pun masih lagi nervous dan konpius nak bagi baby makan apa. Macam anak pertama pulak kan? Padahal gap anak-anak mama ika ni tak la jauh sangat. Ehhe!

Siapa geng dengan mama ika? 

😂

Wednesday 7 October 2020

RESEPI LEMPENG LEMBUT DAN RANGUP

Assalamualaikum awak semua selamat pagi.

Hokay la, sebab hari ni PKPDB hari ke 10 dekat Tawau ni. Ika terajin nak buat lempeng favorite anak-anak ika since stay dekat Putrajaya dulu.

Lempeng ni mudah je kan, tapi kalau nak tambah apa-apa ikut suka pun boleh. Tiada siapa larang. Ehhe, kita jugak yang makan nya nanti.

Jadi sama ada korang nak 100% ikut resepi ika ni atau ada nak tambah variasi sendiri pun boleh. Sebabnya ada juga yang suka lembut sebab nak cicah sambal bilis, sambal sardin atau apa-apa je kan.

Tapi sebab anak-anak ika suka lempeng macam ni, ika buat ikut tekak diorang. 🤭

Jom jom ika kongsikan apa je bahan yang ika guna untuk jadikan tepi tepi lempeng tu crunchy dan ranguk ranguk (kata anak ika no 3) 😂 


Saturday 3 October 2020

LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL x BREAST CANCER WOMAN AWARANESS (BCWA)

Assalamualaikum dan salam sayang teristimewa buat semua insan bergelar wanita. ❤️



Tak kira anda sudah berkahwin atau belum berkahwin, belia remaja atau meningkat dewasa, atau pun sudah lanjut usia,

Tak kira agama dan bangsa,

Posting ika kali ini sangat sangat berharga buat anda yang bergelar WANITA.

Sekiranya anda sangat Menjaga PAYUDARA anda untuk kekal sihat dan terjaga daripada kanser, Baca dan fahami posting ika ini sehingga habis.

Thank you in advance ❤️


DEAR ALL WOMAN,


From, IKA ❤️


MENGAPA PERLU MENJAGA PAYUDARA KITA?

Di MALAYSIA, Kanser Payudara telah diketahui terdapat pada usia yang lebih muda (Younger Age) dalam kalangan Wanita di Malaysia jika dibandingkan dengan wanita dari negara Kaukasia (wanita berkulit putih)



FAKTA TENTANG KANSER PAYUDARA 

Setiap 15 MINIT seorang wanita akan di diagnosis dengan Kanser Payudara di suatu tempat di seluruh dunia.

Nisbah 1:20 wanita di Malaysia mempunyai risiko untuk mendapatkan Kanser Payudara dalam seumur hidup mereka.

Sekitar 40% wanita di Malaysia hadir dengn kes Kanser Payudara di tahap ke 3 dan tahap ke 4.


BILA PERLU MEMERIKSA PAYUDARA KITA?

7 - 10 Hari selepas hari pertama Menstruasi (period / haid)

Bagi wanita yang tidak mengalami haid atau kitaran haid tidak teratur, boleh memilih satu hari yang tetap dalam sebulan sekali.


APAKAH TANDA COLI ATAU BRA YANG TIDAK SESUAI UNTUK KITA?

🙅 Payudara membonjol di bahagian atas, sisi dan bawah Coli atau Bra

🙅  Kawat besi menyucuk ke dalam kulit

🙅 Bahagian tengah Coli atau Bra tidak terletak dengan betul pada Dada 

🙅 Tali Coli atau Bra selalu jatuh ke bawah bahu

🙅 Cawan Coli atau Bra berkedut

🙅 Coli atau Bra menjauh atau lari dadi tempatnya ketika anda mengangkat tangan

🙅 Puting Payudara 'terpenyek' atau tenggelam


ADAKAH ANDA TAHU?

✓ Pemakaian Coli atau Bra yang tidak betul terutamanya yang  ketat akan menyekat dan mempengaruhi peredaran darah

✓ Bra yang mempunyai kawat besi bukan penyebab Kanser Payudara


BERMULA HARI INI!

Lakukan Pemeriksaan Payudara Kendiri setiap bulan dan Segera berjumpa dengan DOKTOR sekiranya anda mendapati sesuatu yang tidak biasa atau perubahan pada payudara anda.

OLEH SEBAB ITU, SENTIASA PILIH COLI ATAU BRA YANG SESUAI!

atau 




ISTIMEWA UNTUK ANDA!

Untuk menghargai kesihatan Payudara Wanita, kami memberikan anda Promosi ISTIMEWA LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL untuk mana-mana variasi. Sama ada CLASSIC ataupun ELEGANCE.

Normal price Long Bra Premium Beautiful

 RM790 - RM870 (Classic)
RM938 - RM1,030 (Elegance)
**harga tergantung Size badan

Tapi dengan Promosi ISTIMEWA ni 
SATU HARGA yang sama untuk SEMUA SIZE.



Harga Promosi 
LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL

Untuk SEHELAI Long Bra Premium Beautiful Hanya RM249 sahaja.

Nak lagi jimat?

BELI 2 HELAI hanya RM449 SAHAJA.

Dan setiap Pembelian 2 helai Long Bra dengan harga RM449 ini, korang akan dapat Voucher RM50 untuk PREMIUM BEAUTIFUL THERA VEST jika korang purchase Thera Vest ni dengan harga biasa yang akan dilancarkan bulan NOVEMBER 2020 nanti! 


Ohh yaaa! Dan BERITA BAIK lagi. 😍


Setiap Pembelian sehelai Long Bra Premium Beautiful, RM5 anda akan disumbangkan kepada 'BREAST CANCER WOMAN AWARANESS (BCWA)'

Alhamdulillah, Syukur!

😍🥰😘

Tunggu apa lagi?
Nak ika bantu kirakan size Long Bra Premium Beautiful anda yang betul dan selesa?

Boleh Whatsapp ika dekat sini,




Atau Nak Beli Premium Beautiful FULL SET,
Boleh tengok dekat sini,


Promosi ini sah sehingga 31 DISEMBER 2020 atau selagi Stok Masih Ada.


Together,
WE CARE FOR BREAST HEALTH 
Because
#WeareOnenita ❤️

Sahajidah Hai-O x BCWA

COMING SOON! PREMIUM BEAUTIFUL THERA VEST!


 COMING SOON!!!

Impian untuk 

LENGAN YANG LEBIH KECIL?

BADAN YANG LENTIK?

DADA YANG MONTOK?

Kini akan jadi KENYATAAN!!!

Sesuatu yang IKONIK akan menemui ika dan korang semua dan ia berkaitan DOTS - Sehingga membuatkan semua Wanita tidak senang duduk bila melihatnya!

Wahhhhh!!!

Something BIG is coming in NOVEMBER!
And We sure you will LOVE IT! 😍

Ika akan update later dekat sini.

Stay Tuned korang! 😘

Friday 10 July 2020

CRY CRY SEDAP VIRAL

Assalamualaikum, hi korang semua.

Alhamdulillah!
Akhirnya lunas craving ika dapat makan Swiss Roll Cake by Cry cry Sedap ni.

Eh! Kejap korang pernah dengar tak pasal
"CRY CRY SEDAP"?


Pernah muncul di TV3 dalam rancangan WANITA HARI INI (WHI) & NONA.
Rupanya pengusaha Cry Cry Sedap ni orang kampung Ika jugak.


Monday 6 July 2020

5 Tahun Berniaga Baru Hari Ni Dapat Terjual

 Customer Pertama BIOEVER PLUS!


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah.

Dah 5 Tahun ika berniaga bersama SHOM bukan tak ada orang wassap pasal Krim 1001 kegunaan ni, banyakkk. Tapi semua hanya bertanya dan cari yang 'trial'

Tapi maaf sesangat ika tak jual yang Trial. 🙏

.
.
.

Tapi....
Alhamdulillah, sabtu lalu sambil dodoikan si baby Aafieyah ada panggilan masuk.

Biasa nombor tak dikenali ni kan kalau bukan customer, insurans. Tapi tak mungkin la insurans kan sebab no handphone.

Sekali ika jawab, betul. Customer 😍

Mula-mula Beliau pun sama jugak nak yang trial. Beliau kata tinggal Lahad Datu, tapi dari Airport menuju ke bandar. 
Kalau ada stok trial, beliau singgah ambil.

Tapi ika jujur cakap. Ika tak jual yang TRIAL.
Sebabnya yang trial ni kena refill sendiri di bekas kecil. Ika tak berani nak buat, sebab takut terkena tangan masa nak refill. Tak tahu kalau ada kuman atau bakteria yang tercampur.

Sebab tu ika tak jual yang trial. 

Apa yang HQ keluarkan, itulah yang ika jual.

Jadi customer ika ni pun kata "Tidak apa lah"

.
.

Tapi tidak lama beberapa minit, beliau call balik. Kata jadi ambil Bio Ever Plus ni.
Kebetulan ready stock sekotak.

Ika pun bagilah alamat kedai ibu di sabindo, untuk beliau self pick up.

Lepas tu ika call ibu, customer dah datang ambil ka belum?

Ibu kata dah ambil. Pastu cakap customer ika tu polis, sebab lengkap beruniform.

Owh, mungkin la Polis Airport kan. 

.
.

Alhamdulillah, terima kasih tuan.
Tak dapat ambil gambar, sebab ika di rumah masa tu 😂

Kalau ada yang nak lagi Bio Ever Plus ni untuk Ikhtiar Kesihatan dan Kecantikan boleh whatsapp ika terus ke nombor yang tertera ya. 

Sunday 5 July 2020

New Babies: COZUMA LIQUID FOUNDATION



NEW PRODUCT LAUNCH JULY 2020



 Wowww! Cozuma ada babies baru. Selain CC Cream, cozuma keluarkan krim muka jenis foundation yang Terbaharu,

"COZUMA SOFT MATTE  NATURAL GLOW LIQUID FOUNDATION"


Didatangkan dengan 3 warna atau kod mengikut tona kulit wanita asia dengan formulasi dari ITALY.

Thursday 25 June 2020

10 Bahasa DOSA Dalam Berbicara ketika Membesarkan Anak

Assalamualaikum sahabat semua. Ika doakan semoga perkongsian Ika kali ni memberi manfaat untuk kita bersama terutama bagi Ibu bapa yang masih ada anak kecil macam ika atau ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Sebagai Mak Anak Empat macam ika, ika akui kadang juga pandai terbawa emosi terherdik anak-anak. Tapi lepas reda marah ika panggil anak. Ika peluk, ika minta maaf dekat diorang.

"Mama minta maaf ya nak. Mama marah tadi. Mama sayang abang/Kak Leesya/ Anieq"

Kadang ibu bapa ada ego sendiri kan. Tapi kita usahakan buanglah EGO dengan anak-anak. Diorang masih kecil. Perasaan bukan macam orang dewasa.

Ibu bapa SALAH bila anggap kononnya anak dah besar tapi belum pandai berfikir sedangkan Anak-anak masih inginkan perhatian dan kasih sayang.

Dalam membesarkan anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Sebab bagaimana acuan begitulah hasilnya. Bak kata pepatah orang putih, "Monkey See, Monkey Do"

Bukan nak kata anak-anak kita seperti kera. Tapi mereka buat apa yang ibu bapa buat. Sebab pendidikan pertama bermula dari rumah.

Sebab tu ika tertarik nak kongsikan dekat sini, daripada majalah Pa & Ma. 

Perkongsian ini daripada Puan Noraliza Alwi iaitu dalam bab membesarkan anak, ada "10 BAHASA DOSA DALAM BERBICARA", menurut Dr. azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Annur.

Wednesday 10 June 2020

Hari Pertama Bekerja Setelah Cuti Bersalin dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Assalamualaikum kesayangan semua. 
Semoga semua sihat-sihat hendaknya dan terlindung daripada Wabak penyakit Corona Virus 19

Syukur kita panjatkan terlebih dahulu kepada Ilahi kerana kita masih lagi diberi Nikmat bernafas dan kesihatan sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, hari ini Malaysia kita sangat-sangat membanggakan.
Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia, 
Terima Kasih Ketua Pengarah KKM, 
Terima Kasih barisan Frontliner,
Doktor, Jururawat, PDRM, ATM, Bomba, Rela
Terima kasih para kakitangan kesihatan
Para Sukarelawan Perubatan

Terima Kasih juga kepada Abam Grab Food dan Food Panda.

Terima kasih juga kepada Ustaz Ebit Lew dan kepada semua yang membantu Malaysia.

Di saat negara-negara besar masih lagi  dan sehingga kini berdepan dengan wabak pandemi Corono-19 kita di Malaysia sudah pun masuk ke fasa PEMULIHAN di Fasa ke 6.

Sedikit coretan dan ingatan buat kita semua sepanjang 3 bulan Malaysia menangani COVID-19,

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Fasa 1: 18 Mac -31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April - 14 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 3: 15 April - 28 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 4: 29 April - 3 Mei 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Fasa 5: 4 Mei - 12 Mei 2020 
Fasa 6: 13 Mei - 9 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Fasa 7: 10 Jun - 31 Ogos 2020
Merentas negeri dah diperbolehkan, Sektor pelancongan domestik dibuka.
alhamdulillah. Bersama kita kembali pulihkan Malaysia.

Tapi tetaplah berjaga walau dimana sahaja kita berada sentiasa Jaga Jarak, Sentiasa pakai perlindungan penutup muka (Face Mask), sentiasa basuh tangan dan gunakan Hand Sanitizer.


Fuhhhh, itu baru Muqaddimah. hahha!
Ika baru nak intro ni. Alhamdulillah sebab masih PKPP ika dijadualkan kerja setiap hari khamis sehingga 1 Julai nanti akan kembali berkerja seperti biasa.

Tapi bagi ibu yang baru habis bersalin macam ika ni, walaupun anak ke Empat, nak tinggalkan tu tak sampai hati. Alhamdulillah, ika tinggalkan dengan Kak Ipar yang memang lemah lembut orannya. Syukur dan bertuah ada kak Ipar yang baik.

Sebelum Jalan kerja tadi baby 'Aafieyah dah bangun. Sempat jugak Ika BF kan dia dulu.
Sampai ofis kak ipar hantar gambar helok je haa tidur anak baik ni.

Sebenarnya ika tak sampai bukan apa, Baby 'Aafieyah ika tak biasakan susu botol. Haa rasakan, salah siapa tu? hehehe. Bengkak susu sayang nak pam bagi direct je terus.
Tapi ada jugak la, bila baby dah kenyang ika buat pam buat stok.

Kak Ipar siap hantar gambar baby 'Aafieyah yang baik minum guna susu botol, lepas tu tidur.
Ya Allah behave anak mama.

Syukur Alhamdulillah, aktiviti harian kita hampir 100% kembali seperti sediakala.

Yang penting macam ika cakapkan tadilah.
Senitiasa Jaga Jarak!

Hokay gaisss.
Sebab Ika nak habiskan Puasa Syawal ika tak keluar lunch, 
Tapi ika nak uruskan Pengeposan ke Lahad Datu Min Kaffe 7 Kotak untuk Ahli Sahajidah Hai-O yang Baru.
Tahniah Tahniah.

#KitaJagaKita

Saturday 25 April 2020

HARGA PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MURAH 2020


 SPECIAL OFFER
Valid till 31 Jun 2020


2  pieces RM699 ONLY!!!!

So, DEFINE YOUR ELEGANCE AND CLASSIC 
NOW!!!!


Penjimatan sehingga 68%!!!

BUY 2 PIECES ANY SERIES 
ELEGANCE OR CLASSIC 
RM699 ONLY!!!


More info and details at here,


Get your SIZE by click this number 
👇👇👇



Tuesday 21 April 2020

Homemade Aiskrim McFlurry Oreo Ala Mekdi!



Hari ni Perintah Kawalan Pergerakan Hari ke 36.
Macam-macam resepi masakan tercipta.

😌😌😌

Hari ni pun hari ke 13 mama Berpantang!
Eh, habis tu siapa yang buat eskrim ni?

Haaa! Siapa lagi kalau bukan En. Hubby.
Mama tengah dalam pantang mana boleh makan eskrim 😌


En. Hubby dah datang rajin, mama eya kan je la. Bukan selalu dia masuk dapur. Teringin katanya, daripada beli sorang 1 dekat Mekdi rm4 lebih, buat sendiri lagi puas hati. 

Sebab bukan Mama yang buat jadi gambar step by step tu tiada la ye. Mama duk intai-intai je lah apa 3 org beranak tu buat dekat dapur dari jauh. Hahha!

Bahan pun tak banyak, 5 bahan je.

 Jom tengok apa bahan-bahan dan sukatannya sekali,

1 1/2 cawan susu full cream 
(Hubby beli susu Ducth Lady)

1/2 tin Susu pekat

1 sudu kecil Ovallete

1 sudu kecil Esen Vanilla

1  bungkus besar biskut Oreo.
(Nak pakai biskut Cream-O tu pun boleh. Rasa pun nak hampir sama dah)


Cara buatnya,

1. Hancurkan biskut oreo jadi serpihan macam kaca berderai. 
Lepas tu bahagikan Dua. 
(Sebab satu nak campur dalam adunan eskrim, satu lagi jadi topping)

2. Campurkan Susu dutch Lady, Susu pekat, Ovalette dan Esen Vanilla, pukul sampai gebu dan sebati. Guna Mixer atau nak Blend pun boleh.

3. Dah agak gebu, masukkan 1 bahagian biskut oreo yang di bahagi dua tadi. Pastu kacau la bagi sebati. Kacau pakai sudu je tau.

4. Dah sebati, masukkan dalam bekas yang korang Nak. Sebab kitorang banyak anggota T-rex jadi pakai bekas dadih supaya tak begaduh. Sorang satu dapat! 

5. Taburlah bunga di pusaraku. Hahha! Biskut oreo yang selebih tadi tabur atas eskrim jadi Topping.

Macam ni 👇


Dah siap! 
Bekukan dalam 2 jam, dah boleh makan.

En hubby suap sesudu je dekat mama.
Sesudu je tau 😭

Sedap gilossss! 
Alhamdulillah, Mr Hubby dah boleh open order lepas ni. 😂

Apapun STAY AT HOME!
Selamat Mencuba!  ❤️

SPECIAL OFFER RM699: PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR


CASH BUYER!!!


Alhamdulillah, Terima Kasih Puan Nazmin atas kepercayaan Puan.

Kalau nak tahu puan Nazmin ni dah lama berminat dengan Premium Beautiful sejak 2018 lagi.

Setiap kali ada Promo ika tak lupa untuk forward dekat beliau.

Tapi mungkin sebab promo yang ada masa tu, harga masih cecah RM1k, beliau tak grab lagi.

TAPI...

PROMO kali ni beliau tak fikir panjang, Terus buat PAYMENT!!!!

Mana taknya, Pilih 2 helai Mana-Mana bahagian hanya RM699!!!

Jimat dan murah Yakmatttt!!!!


Apa kata Puan Nazmin selepas sarung PREMIUM BEAUTIFUL?

Alhamdulillah, pengeposan pun cepat. 
HQ poskan hari Khamis, Isnin depan beliau dah dapat Set Premium Beautiful.

Beliau Purchase Premium Beautiful Classic, bahagian Waist Nipper dan Long Girdle. 



"Tadi masa test pun rasa SELESA je. 
Tak terlalu ketat dan sakit"

Dan beliau harap sangat ASBAB sarung Premium Beautiful ni dapat membantu masalah Period beliau yang tidak teratur.

Sebab beliau lihat sendiri testimoni depan mata, kawan beliau ada masalah yang sama. Lepas pakai Premium Beautiful, Period dah kembali teratur. Alhamdulillah. 

Kita Ikhtiar dan usaha dengan PREMIUM BEAUTIFUL!



Kalau awak pun ada masalah yang sama ataupun masalah kesihatan yang lain dan lama dah mengidam nak sarung PREMIUM BEAUTIFUL, ini lah masanya!!!

2 Helai mana-mana bahagian,
hanya RM699 sahaj!!!!

Sama ada awak nak,

PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC


Ataupun,


PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE



HARGA TETAP SAMA!


Nak tahu lebih lanjut, baca dekat sini


Atau awak boleh hubungi ika terus,
 tekan je no yang tertera di bawah 👇




Salam SIHAT dan CANTIK awak!!! ❤️

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts