Wednesday, 14 October 2020

PREMIUM BEAUTIFUL TERENGGANU: KORSET UNTUK BAKAL PENGANTIN!

 Assalamualaikum semua Premium Beautiful Lovers.

Alhamdulilah, Ika doakan semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah dan berkat dapat beli satu set Premium Beautiful untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran kita. Amiin.

Dan Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kali ni ika dapat Premium Beautiful Cash Buyer daripada TERENGGANU.


BAKAL PENGANTIN

Gambar sumber google ✌️😁

Friday, 9 October 2020

BABY AAFIEYAH DELISHAH FIRST FOOD!

Assalamualaikum mommies!

 Alhamdulillah, mama ika doakan semoga mommies dan babies sihat sihat hendakNya dan terlindung dari wabak penyakit yang melanda Negara kita saat ini.

Apapun Stay Safe and Stay At Home keh!

❤️


Entry mama kali ni sesaja nak share pemakanan baby ika number 4 ni. Tapi tulah mommies Dah anak 4 pun masih lagi nervous dan konpius nak bagi baby makan apa. Macam anak pertama pulak kan? Padahal gap anak-anak mama ika ni tak la jauh sangat. Ehhe!

Siapa geng dengan mama ika? 

😂

Wednesday, 7 October 2020

RESEPI LEMPENG LEMBUT DAN RANGUP

Assalamualaikum awak semua selamat pagi.

Hokay la, sebab hari ni PKPDB hari ke 10 dekat Tawau ni. Ika terajin nak buat lempeng favorite anak-anak ika since stay dekat Putrajaya dulu.

Lempeng ni mudah je kan, tapi kalau nak tambah apa-apa ikut suka pun boleh. Tiada siapa larang. Ehhe, kita jugak yang makan nya nanti.

Jadi sama ada korang nak 100% ikut resepi ika ni atau ada nak tambah variasi sendiri pun boleh. Sebabnya ada juga yang suka lembut sebab nak cicah sambal bilis, sambal sardin atau apa-apa je kan.

Tapi sebab anak-anak ika suka lempeng macam ni, ika buat ikut tekak diorang. 🤭

Jom jom ika kongsikan apa je bahan yang ika guna untuk jadikan tepi tepi lempeng tu crunchy dan ranguk ranguk (kata anak ika no 3) 😂 


Saturday, 3 October 2020

LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL x BREAST CANCER WOMAN AWARANESS (BCWA)

Assalamualaikum dan salam sayang teristimewa buat semua insan bergelar wanita. ❤️



Tak kira anda sudah berkahwin atau belum berkahwin, belia remaja atau meningkat dewasa, atau pun sudah lanjut usia,

Tak kira agama dan bangsa,

Posting ika kali ini sangat sangat berharga buat anda yang bergelar WANITA.

Sekiranya anda sangat Menjaga PAYUDARA anda untuk kekal sihat dan terjaga daripada kanser, Baca dan fahami posting ika ini sehingga habis.

Thank you in advance ❤️


DEAR ALL WOMAN,


From, IKA ❤️


MENGAPA PERLU MENJAGA PAYUDARA KITA?

Di MALAYSIA, Kanser Payudara telah diketahui terdapat pada usia yang lebih muda (Younger Age) dalam kalangan Wanita di Malaysia jika dibandingkan dengan wanita dari negara Kaukasia (wanita berkulit putih)



FAKTA TENTANG KANSER PAYUDARA 

Setiap 15 MINIT seorang wanita akan di diagnosis dengan Kanser Payudara di suatu tempat di seluruh dunia.

Nisbah 1:20 wanita di Malaysia mempunyai risiko untuk mendapatkan Kanser Payudara dalam seumur hidup mereka.

Sekitar 40% wanita di Malaysia hadir dengn kes Kanser Payudara di tahap ke 3 dan tahap ke 4.


BILA PERLU MEMERIKSA PAYUDARA KITA?

7 - 10 Hari selepas hari pertama Menstruasi (period / haid)

Bagi wanita yang tidak mengalami haid atau kitaran haid tidak teratur, boleh memilih satu hari yang tetap dalam sebulan sekali.


APAKAH TANDA COLI ATAU BRA YANG TIDAK SESUAI UNTUK KITA?

🙅 Payudara membonjol di bahagian atas, sisi dan bawah Coli atau Bra

🙅  Kawat besi menyucuk ke dalam kulit

🙅 Bahagian tengah Coli atau Bra tidak terletak dengan betul pada Dada 

🙅 Tali Coli atau Bra selalu jatuh ke bawah bahu

🙅 Cawan Coli atau Bra berkedut

🙅 Coli atau Bra menjauh atau lari dadi tempatnya ketika anda mengangkat tangan

🙅 Puting Payudara 'terpenyek' atau tenggelam


ADAKAH ANDA TAHU?

✓ Pemakaian Coli atau Bra yang tidak betul terutamanya yang  ketat akan menyekat dan mempengaruhi peredaran darah

✓ Bra yang mempunyai kawat besi bukan penyebab Kanser Payudara


BERMULA HARI INI!

Lakukan Pemeriksaan Payudara Kendiri setiap bulan dan Segera berjumpa dengan DOKTOR sekiranya anda mendapati sesuatu yang tidak biasa atau perubahan pada payudara anda.

OLEH SEBAB ITU, SENTIASA PILIH COLI ATAU BRA YANG SESUAI!

atau 




ISTIMEWA UNTUK ANDA!

Untuk menghargai kesihatan Payudara Wanita, kami memberikan anda Promosi ISTIMEWA LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL untuk mana-mana variasi. Sama ada CLASSIC ataupun ELEGANCE.

Normal price Long Bra Premium Beautiful

 RM790 - RM870 (Classic)
RM938 - RM1,030 (Elegance)
**harga tergantung Size badan

Tapi dengan Promosi ISTIMEWA ni 
SATU HARGA yang sama untuk SEMUA SIZE.



Harga Promosi 
LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL

Untuk SEHELAI Long Bra Premium Beautiful Hanya RM249 sahaja.

Nak lagi jimat?

BELI 2 HELAI hanya RM449 SAHAJA.

Dan setiap Pembelian 2 helai Long Bra dengan harga RM449 ini, korang akan dapat Voucher RM50 untuk PREMIUM BEAUTIFUL THERA VEST jika korang purchase Thera Vest ni dengan harga biasa yang akan dilancarkan bulan NOVEMBER 2020 nanti! 


Ohh yaaa! Dan BERITA BAIK lagi. 😍


Setiap Pembelian sehelai Long Bra Premium Beautiful, RM5 anda akan disumbangkan kepada 'BREAST CANCER WOMAN AWARANESS (BCWA)'

Alhamdulillah, Syukur!

😍🥰😘

Tunggu apa lagi?
Nak ika bantu kirakan size Long Bra Premium Beautiful anda yang betul dan selesa?

Boleh Whatsapp ika dekat sini,




Atau Nak Beli Premium Beautiful FULL SET,
Boleh tengok dekat sini,


Promosi ini sah sehingga 31 DISEMBER 2020 atau selagi Stok Masih Ada.


Together,
WE CARE FOR BREAST HEALTH 
Because
#WeareOnenita ❤️

Sahajidah Hai-O x BCWA

COMING SOON! PREMIUM BEAUTIFUL THERA VEST!


 COMING SOON!!!

Impian untuk 

LENGAN YANG LEBIH KECIL?

BADAN YANG LENTIK?

DADA YANG MONTOK?

Kini akan jadi KENYATAAN!!!

Sesuatu yang IKONIK akan menemui ika dan korang semua dan ia berkaitan DOTS - Sehingga membuatkan semua Wanita tidak senang duduk bila melihatnya!

Wahhhhh!!!

Something BIG is coming in NOVEMBER!
And We sure you will LOVE IT! 😍

Ika akan update later dekat sini.

Stay Tuned korang! 😘

Friday, 10 July 2020

CRY CRY SEDAP VIRAL

Assalamualaikum, hi korang semua.

Alhamdulillah!
Akhirnya lunas craving ika dapat makan Swiss Roll Cake by Cry cry Sedap ni.

Eh! Kejap korang pernah dengar tak pasal
"CRY CRY SEDAP"?


Pernah muncul di TV3 dalam rancangan WANITA HARI INI (WHI) & NONA.
Rupanya pengusaha Cry Cry Sedap ni orang kampung Ika jugak.


Monday, 6 July 2020

5 Tahun Berniaga Baru Hari Ni Dapat Terjual

 Customer Pertama BIOEVER PLUS!


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah.

Dah 5 Tahun ika berniaga bersama SHOM bukan tak ada orang wassap pasal Krim 1001 kegunaan ni, banyakkk. Tapi semua hanya bertanya dan cari yang 'trial'

Tapi maaf sesangat ika tak jual yang Trial. 🙏

.
.
.

Tapi....
Alhamdulillah, sabtu lalu sambil dodoikan si baby Aafieyah ada panggilan masuk.

Biasa nombor tak dikenali ni kan kalau bukan customer, insurans. Tapi tak mungkin la insurans kan sebab no handphone.

Sekali ika jawab, betul. Customer 😍

Mula-mula Beliau pun sama jugak nak yang trial. Beliau kata tinggal Lahad Datu, tapi dari Airport menuju ke bandar. 
Kalau ada stok trial, beliau singgah ambil.

Tapi ika jujur cakap. Ika tak jual yang TRIAL.
Sebabnya yang trial ni kena refill sendiri di bekas kecil. Ika tak berani nak buat, sebab takut terkena tangan masa nak refill. Tak tahu kalau ada kuman atau bakteria yang tercampur.

Sebab tu ika tak jual yang trial. 

Apa yang HQ keluarkan, itulah yang ika jual.

Jadi customer ika ni pun kata "Tidak apa lah"

.
.

Tapi tidak lama beberapa minit, beliau call balik. Kata jadi ambil Bio Ever Plus ni.
Kebetulan ready stock sekotak.

Ika pun bagilah alamat kedai ibu di sabindo, untuk beliau self pick up.

Lepas tu ika call ibu, customer dah datang ambil ka belum?

Ibu kata dah ambil. Pastu cakap customer ika tu polis, sebab lengkap beruniform.

Owh, mungkin la Polis Airport kan. 

.
.

Alhamdulillah, terima kasih tuan.
Tak dapat ambil gambar, sebab ika di rumah masa tu 😂

Kalau ada yang nak lagi Bio Ever Plus ni untuk Ikhtiar Kesihatan dan Kecantikan boleh whatsapp ika terus ke nombor yang tertera ya. 

Sunday, 5 July 2020

New Babies: COZUMA LIQUID FOUNDATION



NEW PRODUCT LAUNCH JULY 2020



 Wowww! Cozuma ada babies baru. Selain CC Cream, cozuma keluarkan krim muka jenis foundation yang Terbaharu,

"COZUMA SOFT MATTE  NATURAL GLOW LIQUID FOUNDATION"


Didatangkan dengan 3 warna atau kod mengikut tona kulit wanita asia dengan formulasi dari ITALY.

Thursday, 25 June 2020

10 Bahasa DOSA Dalam Berbicara ketika Membesarkan Anak

Assalamualaikum sahabat semua. Ika doakan semoga perkongsian Ika kali ni memberi manfaat untuk kita bersama terutama bagi Ibu bapa yang masih ada anak kecil macam ika atau ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Sebagai Mak Anak Empat macam ika, ika akui kadang juga pandai terbawa emosi terherdik anak-anak. Tapi lepas reda marah ika panggil anak. Ika peluk, ika minta maaf dekat diorang.

"Mama minta maaf ya nak. Mama marah tadi. Mama sayang abang/Kak Leesya/ Anieq"

Kadang ibu bapa ada ego sendiri kan. Tapi kita usahakan buanglah EGO dengan anak-anak. Diorang masih kecil. Perasaan bukan macam orang dewasa.

Ibu bapa SALAH bila anggap kononnya anak dah besar tapi belum pandai berfikir sedangkan Anak-anak masih inginkan perhatian dan kasih sayang.

Dalam membesarkan anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Sebab bagaimana acuan begitulah hasilnya. Bak kata pepatah orang putih, "Monkey See, Monkey Do"

Bukan nak kata anak-anak kita seperti kera. Tapi mereka buat apa yang ibu bapa buat. Sebab pendidikan pertama bermula dari rumah.

Sebab tu ika tertarik nak kongsikan dekat sini, daripada majalah Pa & Ma. 

Perkongsian ini daripada Puan Noraliza Alwi iaitu dalam bab membesarkan anak, ada "10 BAHASA DOSA DALAM BERBICARA", menurut Dr. azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Annur.

Wednesday, 10 June 2020

Hari Pertama Bekerja Setelah Cuti Bersalin dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Assalamualaikum kesayangan semua. 
Semoga semua sihat-sihat hendaknya dan terlindung daripada Wabak penyakit Corona Virus 19

Syukur kita panjatkan terlebih dahulu kepada Ilahi kerana kita masih lagi diberi Nikmat bernafas dan kesihatan sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, hari ini Malaysia kita sangat-sangat membanggakan.
Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia, 
Terima Kasih Ketua Pengarah KKM, 
Terima Kasih barisan Frontliner,
Doktor, Jururawat, PDRM, ATM, Bomba, Rela
Terima kasih para kakitangan kesihatan
Para Sukarelawan Perubatan

Terima Kasih juga kepada Abam Grab Food dan Food Panda.

Terima kasih juga kepada Ustaz Ebit Lew dan kepada semua yang membantu Malaysia.

Di saat negara-negara besar masih lagi  dan sehingga kini berdepan dengan wabak pandemi Corono-19 kita di Malaysia sudah pun masuk ke fasa PEMULIHAN di Fasa ke 6.

Sedikit coretan dan ingatan buat kita semua sepanjang 3 bulan Malaysia menangani COVID-19,

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Fasa 1: 18 Mac -31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April - 14 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 3: 15 April - 28 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 4: 29 April - 3 Mei 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Fasa 5: 4 Mei - 12 Mei 2020 
Fasa 6: 13 Mei - 9 Jun 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Fasa 7: 10 Jun - 31 Ogos 2020
Merentas negeri dah diperbolehkan, Sektor pelancongan domestik dibuka.
alhamdulillah. Bersama kita kembali pulihkan Malaysia.

Tapi tetaplah berjaga walau dimana sahaja kita berada sentiasa Jaga Jarak, Sentiasa pakai perlindungan penutup muka (Face Mask), sentiasa basuh tangan dan gunakan Hand Sanitizer.


Fuhhhh, itu baru Muqaddimah. hahha!
Ika baru nak intro ni. Alhamdulillah sebab masih PKPP ika dijadualkan kerja setiap hari khamis sehingga 1 Julai nanti akan kembali berkerja seperti biasa.

Tapi bagi ibu yang baru habis bersalin macam ika ni, walaupun anak ke Empat, nak tinggalkan tu tak sampai hati. Alhamdulillah, ika tinggalkan dengan Kak Ipar yang memang lemah lembut orannya. Syukur dan bertuah ada kak Ipar yang baik.

Sebelum Jalan kerja tadi baby 'Aafieyah dah bangun. Sempat jugak Ika BF kan dia dulu.
Sampai ofis kak ipar hantar gambar helok je haa tidur anak baik ni.

Sebenarnya ika tak sampai bukan apa, Baby 'Aafieyah ika tak biasakan susu botol. Haa rasakan, salah siapa tu? hehehe. Bengkak susu sayang nak pam bagi direct je terus.
Tapi ada jugak la, bila baby dah kenyang ika buat pam buat stok.

Kak Ipar siap hantar gambar baby 'Aafieyah yang baik minum guna susu botol, lepas tu tidur.
Ya Allah behave anak mama.

Syukur Alhamdulillah, aktiviti harian kita hampir 100% kembali seperti sediakala.

Yang penting macam ika cakapkan tadilah.
Senitiasa Jaga Jarak!

Hokay gaisss.
Sebab Ika nak habiskan Puasa Syawal ika tak keluar lunch, 
Tapi ika nak uruskan Pengeposan ke Lahad Datu Min Kaffe 7 Kotak untuk Ahli Sahajidah Hai-O yang Baru.
Tahniah Tahniah.

#KitaJagaKita

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts