Tuesday 17 April 2018

KOREAN FOOD REVIEW: MR DAKGALBI, IOI CITY MALL PUTRAJAYA




Siapa yang suka tengok cerita drama korea tuh mesti terasa nak makan makanan dorang kan. Apa lagi ika ni kalau dah tengok chanel TVN, rancangan ONE NIGHT FOOD TRIP atau drama LETS EAT, berjejeh air liur ni haaa. Tapi makanan korea tuh mestilah versi yang halal hokey. Bukan main hantam kromo aja ye korang! Tak pasal-pasal ada si pink2, haaaa nangesss. hik hik hik


Nak dipendekkan cerita, ika ni saja je la ikut kawan ofis gi makan. Tak rancang pun. Bila depa kata nak gi K-FRY IOI City Mall dekat Putrajaya. Ika pun ON je lah. Bak kata pelakon korea bila nak gi makan tuh "Call!!" Hahahah. Dah namanya nak makan makanan korea githu. Anyeong hasyeo! La Kannnn!

Tapi, bila sampai je dekat Restoran K Fry tuh.... Mak engko baris panjang you! Perghhhhhh, sanggup betul orang berbaris githu. Dah la hari jumaat, orang lelaki pun baris sama, tak gi solat ke cik abam, hehehe. Ika ni dah la sejenis yang jakun2, yang memang tak tahu ke pebenda la K-fry ni kan, sampai sefemes ituh. So kami pun baris sekali, sempat pulak kawan ika shopping baju dekat kedai sebelah, F.O.S.

Gambar sumber google, lupa nak ambil gambar.

Sudahnya disebabkan perut dah berkeroncong nyanyi lagu dangdut, kengkawan pun suggest pi restoran korea satu lagi, MR DAKGALBI. Ika pun ikut je la. Ye la, tak tahu apa2 kan. Janji halal. In shaa Allah. 😊 Nasib baik masa kami masuk, orang tak ramai lagi. Fuhhh, terasa macam dekat korea suasana gitew, eh pernah pergi ke? Hahaha. In shaa Allah next trip Korea SHOM gi Free Trip ya. Amiin.

Cantik tak Dekorasi dia, dekat tengah tu la tempat masak memasak. hehehe

Kalau korang nak tahu,  "DAKGALBI" ni bahasa korea maksud dia Daging Ayam. No wonder la kan kalau tengok logo dia gambar ayam. Tapi menu dia bukan hanya ayam je tau, daging lembu dan seafood pun ada jugak.

Apa yang bestnya Dakgalbi ni? Main menu dia daging ayam di perap dengan KOREAN CHILI PASTE dan wajib ada Dduk (Rice Cake), Pastu ada sayur mayur macam bawang, kubis dan kentang. Perghhh!! Memang terangkat masa makan, sedap giloz! 



So, kawan2 Ika pun mengorder la makanan, Kitorang share2 ambil dua set hidangan. SET CHEESE SOUP VOLCANO DAKGALBI dan SET MR DAKGALBI 2 PAX. Makan dekat sini best la jugak sebab dorang yang masakkan, kekekeke 

Haaaaa!!! Ni la set kitorang ambil, bahan-bahan dia sama je sebenarnya, just bezanya yang Volcano ada roti kat tengah dengan limpahan Cheese dan cream yang menggiurkan, nyum nyum. 




Ni pulak Ramen dan Cheese yang akan dicampur lepas Dakgalbi dan sayur dah masak.



Ni Side Dish, wajib ada tau, baru la masa makan ni terasa ala-ala Korea gittew.



Taa daa, ni rupa Volcano yang dah siap masak boleh dah ratah. dap nye dap nye.



Ni pulak rupa yang Dakgalbi 3 Pax yang dah siap masak, nom nom nom 


Layan video sat,


HARGA MR. DAKGALBI

 Hat ni la set yang kami makan, masih terasa dekat lidah ni rasanya, hehehe. Yang ni Set Cheese + Cream Soup Volcano Dakgalbi, Harga dia RM79, boleh la 3-4 orang makan.



Yang ni pulak Harga Set. Gambar ni ika ambil dekat efbi Mr. Dakgalbi, PORK FREE ye. Kami ambil Set Dakgalbi yang 2 pax tu, boleh makan dalam 2-3 orang. Jumlah kami makan masa tu RM146 bahagi 5 orang, so sorang bayar RM 29.20. Jimat tak? Makan sorang-sorang memang tak lah, hahahha.


Ni antara menu lain yang ada dekat MR DAKGALBI, IOI CITY MALL PUTRAJAYA.
Korang tinggal pilih nak makan yang mana. Tips nak jimat, bawak kawan-kawan makan sekali tau. 



MR. DAKGALBI HALAL?

Mr. Dakgalbi ni halal ke ika? Alhamdulillah, In Shaa Allah halal tau korang. Ika ada baca dekat komen efbi Mr Dakgalbi ni, ada sesetengah tempat masih dalam proses penghalalan. Tapi semestinya ayam Mr Dakgalbi ni HALAL SAH JAKIM. So, jangan ragu-ragu tau. 


Meh Ika tolong depa masakkan, awas air liur jatuh. hehehhe.



Dengan kak Mar tersayang, hehhee. Bila lagi kak mar nak gambar kenangan. 




KKM, KAWAN KAKI MAKAN!!! hehehe

Dayah, Kak Umi, Kak Lin (tgk hp sokmo), Ika, Kak Mar. 

Hokey la, perut pun dah kenyang, apa lagi balik la. Sat, kita ambil gambar satu kali. Next time pulak nak aim jugak gi K-Fry Urban Korean yang tak dapat tu. Jumpa lagi korang. 


Nota kaki: Jangan lupa sarung PREMIUM BEAUTIFUL FAZURA bila korang nak makan besar macam ni tau. Boleh space kan perut korang. 


MR. DAKGALBI OUTLET

Nak cari Mr. Dakgalbi di kawasan terdekat korang, boleh tengok dekat sini. Ni yang latest, ika ambil dekat efbi Mr. Dakgalbi.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Mr. Dakgalbi ni boleh usha dekat efbi or ig dorang, nah klik je bawah ni


2 comments:

  1. ada oppa hensem ok kat kedai ni...tokey rasanya...yang lain pekerja dia Bangla jer aku rasa...jadilaaa penyeri di kalangan abangla semuaaa...hehehe ok jom usha menu!dan nama pun Mr Dakgalbi kan, haruslah ada pelbagai jenis dakgalbi set...asalnya mr dakgalbi ioi tu bermaksud ayam yang grilled dalam pan tu, tapi kat sini diorang sediakan juga set untuk seafood, bulgogi, cheese, octopus dan bean sprout

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah siyes laaa? Tapi masa ni oppa tu belum ada kot. Dah balik Sabah ni, taktahu bila dapat pi lagi 😂

      Delete

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts