Assalamualaikum kesayangan semua.
Semoga semua sihat-sihat hendaknya dan terlindung daripada Wabak penyakit Corona Virus 19
Syukur kita panjatkan terlebih dahulu kepada Ilahi kerana kita masih lagi diberi Nikmat bernafas dan kesihatan sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah, hari ini Malaysia kita sangat-sangat membanggakan.
Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia,
Terima Kasih Ketua Pengarah KKM,
Terima Kasih barisan Frontliner,
Doktor, Jururawat, PDRM, ATM, Bomba, Rela
Terima kasih para kakitangan kesihatan
Para Sukarelawan Perubatan
Terima Kasih juga kepada Abam Grab Food dan Food Panda.
Terima kasih juga kepada Ustaz Ebit Lew dan kepada semua yang membantu Malaysia.
Di saat negara-negara besar masih lagi dan sehingga kini berdepan dengan wabak pandemi Corono-19 kita di Malaysia sudah pun masuk ke fasa PEMULIHAN di Fasa ke 6.
Sedikit coretan dan ingatan buat kita semua sepanjang 3 bulan Malaysia menangani COVID-19,
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Fasa 1: 18 Mac -31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April - 14 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 3: 15 April - 28 April 2020 (2 Minggu)
Fasa 4: 29 April - 3 Mei 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Fasa 5: 4 Mei - 12 Mei 2020
Fasa 6: 13 Mei - 9 Jun 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Fasa 7: 10 Jun - 31 Ogos 2020
Merentas negeri dah diperbolehkan, Sektor pelancongan domestik dibuka.
alhamdulillah. Bersama kita kembali pulihkan Malaysia.
Tapi tetaplah berjaga walau dimana sahaja kita berada sentiasa Jaga Jarak, Sentiasa pakai perlindungan penutup muka (Face Mask), sentiasa basuh tangan dan gunakan Hand Sanitizer.
Fuhhhh, itu baru Muqaddimah. hahha!
Ika baru nak intro ni. Alhamdulillah sebab masih PKPP ika dijadualkan kerja setiap hari khamis sehingga 1 Julai nanti akan kembali berkerja seperti biasa.
Tapi bagi ibu yang baru habis bersalin macam ika ni, walaupun anak ke Empat, nak tinggalkan tu tak sampai hati. Alhamdulillah, ika tinggalkan dengan Kak Ipar yang memang lemah lembut orannya. Syukur dan bertuah ada kak Ipar yang baik.
Sebelum Jalan kerja tadi baby 'Aafieyah dah bangun. Sempat jugak Ika BF kan dia dulu.
Sampai ofis kak ipar hantar gambar helok je haa tidur anak baik ni.
Sebenarnya ika tak sampai bukan apa, Baby 'Aafieyah ika tak biasakan susu botol. Haa rasakan, salah siapa tu? hehehe. Bengkak susu sayang nak pam bagi direct je terus.
Tapi ada jugak la, bila baby dah kenyang ika buat pam buat stok.
Kak Ipar siap hantar gambar baby 'Aafieyah yang baik minum guna susu botol, lepas tu tidur.
Ya Allah behave anak mama.
Syukur Alhamdulillah, aktiviti harian kita hampir 100% kembali seperti sediakala.
Yang penting macam ika cakapkan tadilah.
Senitiasa Jaga Jarak!
Hokay gaisss.
Sebab Ika nak habiskan Puasa Syawal ika tak keluar lunch,
Tapi ika nak uruskan Pengeposan ke Lahad Datu Min Kaffe 7 Kotak untuk Ahli Sahajidah Hai-O yang Baru.
Tahniah Tahniah.
#KitaJagaKita