Saturday, 18 April 2020

KISAH MAMA MELAHIRKAN ANAK KE-4 DISAAT RMO!


"BABY PKP"



Gelaran buat para Babies yang lahir di saat seluruh dunia sedang berperang melawan dan merawat Wabak Pandemi Corona Virus atau COVID-19 yang mula sejak Disember 2019 yang berasal dari Wuhan, China.

Saat mama coretkan kisah ini, mama berpantang hari ke-9. Alhamdulillah mama dah pun  melahirkan "Baby PKP", gegirl dalam keadaan Sihat, selamat dan dalam perlindungan Allah.



18.3.2020 - Hari pertama Bermulanya PKP di Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 dan PM yang baru dilantik pada 1.3.2020 selepas Tun M letak jawatan. Pada saat ini kandungan mama dah genap 38 Minggu.

Tipulah kalau mama tak risau dan stress bila memikirkan bagaimana dan macam mana mama nak melahirkan di hospital nanti.

Okay kah? Selamat kah? Hmmm...
Hanya mampu berdoa semoga mama dan baby sentiasa dalam perlindungan Allah S.w.t. amiin.

2.4.2020 - Due mama sepatutnya. Dijangkakan baby akan keluar dari rahim mama. Tapi betul lah, kita hanya mampu merancang, menebak, meneka. Tapi yang menentukan hanya DIA, Sang Pencipta, iaitu Allah yang Esa.

Di sinilah bermulanya kisah Overdue anak ke-4 Mama 😌

Ni anak pertama yang overdue tau, mungkin sebab PKP kot, mama kurang bergerak. Nama pun PKP, mama dekat rumah kurang bergerak. Baring, duduk makan solat. Tu jelah kerja mama. Nak jalan dekat luar rumah tak berani. Dapat keluar rumah pun sebab gi check up KKIA.

Pengalaman abang-abang dan kakaknya sebelum ni awal 2 atau 3 hari dari tarikh due.

Haaaaa!
Mau tak risau. Mama kira tepat tauuuu. 😂


6 April 2020 - Isnin

Macam lain je tarikh ni. Ha ah, sebab hari ni dah masuk hari ke-4 mama overdue. 😂

Suka sangat baby dalam perut mama sampai tanak keluar. Mama pun dah naik risau. Alhamdulillah, baby dalam perut okay je. Jantung dan tendangan aktif. Doktor scan pun kata baby tiada masalah, siap tendang masa doktor scan nak bagi tengok jantina.

Tapi baby tak bagi nampak jugak. Orang kata kalau macam tu biasanya perempuan. Tapi memang mama agak je perempuan, sebab perut mama tak lebaw ke tepi. 🤭


Taa daaaa. Ni la mama dan baby yang overdue tu. Dah la overdue, overweight jugak. Naik 20kg!!!! Dari 55kg sampai lah 75kg! Hahha!

 Check up dah start 5 hari.

Mask mama cantikkan? Homemade by Ibu tersayang untuk mama pi klinik check up. Tau tak da safety, tapi tawakal dan doa ibu sentiasa mengiring mama setiap kali pi klinik untuk check up. 
Jazakillahu khoiro Ibu. ❤️

Lepas klinik ni nurse dah mula bagi temujanji 3 hari kemudian, 9.4.2020. Sebelum mama pulang Nurse siap cakap mudah-mudahan mama melahirkan sebelum 9hb. 😌


8 April 2020, Rabu.
(Overdue hari ke6)

Pagi ni kebetulan mama gi hantar 2 kotak Min Kaffe ke jiran sebelah. Dah alang-alang diluar rumah mama ajak la husband jenjalan hujung ke hujung. Eh bukan, jauh tau. Tengah PKP ni haaa, naya naik lori kang. 😂


Setakat hujung sana, sampai tempat ika ambil gambar cinta hati di depan nun. Cik abang Laju-laju nak pi mana??? Nak bini melahirkan berdiri ke apa. Hahha!! Gurau-gurau. 

Rumah ibu sebelah rumah oren tu je, belah kiri husband. Belah kanan tu masjid. Alhamdulillah, rumah depan masjid. Tapi masa PKP ni masjid kena seal. Jadi solat dekat rumah je lah. Nasib baik azan je boleh dilaungkan. Dan Alhamdulillah, abah Hj Fakih, muadzin yang dilantik sepanjang PKP ni. 

Sepanjang jalan santuy ni, mama bercakap dekat baby, semoga malam ni atau esok baby sayang dah boleh keluar. Amiin.

Detik Kecemasan! 

Haaa gittew! Tak la cemas sangat. Malamnya mama masuk tidur jam 11. Tapi mama dah start rasa pinggang mama ngilu. Dalam hati dah debarrr, "Ni tanda-tanda ni". Naluri seorang ibu kan mommies. 😌


9 April 2020, Khamis

Jam 2 am, terbangun nak buang air kecil. Serius dua rius, pinggang dan belakang mama dah mula rasa sakit. Dah tu buang air kecil pun dah ada lendir sekali darah. Alhamdulillah!!! Nampaknya, mama akan melahirkan esok. In shaa Allah.

Tapi dalam rasa gembira nak melahirkan tu, takut dan sakitnya tu bercampur baur Hanya Allah yang tahu. 😭

Sama macam anak mama kedua dan ketiga, mama tanak pi hospital awal-awal. Selagi boleh tahan mama tahan. Mama tunggu buang air besar dulu. 

Sebabnya pengalaman anak pertama, sakit je terus gi hospital. Bayangkan Jam 1 pagi pi serah diri, jam 3 petang baru selamat melahirkan abam faiz. Mommies ghase??? Memang kena selok2 je la. 😂

Sebab tu anak yang seterusnya kalau boleh mama tahan sakit, jangan pergi hospital dulu. Dah betul2 tak tahan terus pi. Bak kata doktor dan nurse masa kita nak teran. "Mama je yang tau kalau rasa sakit, Teran!"

Jadi belum nak rasa sakit yang betul2 nak baby tekeluar mama tanak pi hospital dulu. But dont try this at home ya mommies. Apalagi kalau anak pertama, tiada pengalaman jangan berani2 tau. BAHAYA!

Mama buat macam ni sebab anak-anak mama, tanda nak melahirkan semua sama. Sakit pinggang dan belakang, kemudian  kencing keluar sekali lendir darah. 

Lain orang lain tandanya. Ada yang pecah ketuban terus. Ada jugak tumpah darah. So kalau mommies ada tanda macam ni, MOHON cepat-cepat pergi Hospital. Takut baby lemas. 

Ok jom sambung!

Jam 7.30 pagi esoknya, mama dah siap mandi bagi harum sikit. Hehhe! Lepas tu jam 8 dah ajak husband gerak pi hospital.

Allahu, sebab Tawau ni dah Zon Merah. Petang semalam Jalan utama dah tutup. Hanya dua jalan dibuka, tu pun siap road block. Mau tak mau sejam jugak mama layan sakit contraction dalam kereta. Sambil mengucap dan berdoa "Allahu Akbar, Lahaula Wala Kuwwata Illa Billah" setiap kali sakitnya datang. 

Sambil tu mama kira jugak detik sakitnya. 
8 minit!


SAMPAI HOSPITAL TAWAU!

Dalam jam 9, dah nampak pagar hospital. Cakap dekat husband tanak masuk dulu wad bersalin, Gi carik parking. Dalam setengah jam husband round ntah berapa kali, Allah satu parking pun tiada. Apa orang buat dekat hospital ni ramai-ramai. 😂

Ingatkan PKP duk rumah jah. Takkan orang sakit yang drive kereta. 😳

Pendekkan cerita, 9.45 am dah suruh husband pusing balik ke pagar depan. Senang sikit, bila tak tahan sakit terus drop off je mama di wad bersalian ABC. 

Sambil kira detik sakit selang 5 minit macam tu. 

9.50 am. Fuhhh cepatttt. Sakit dah selang 5 minit. 

9.55 am, terus suruh husband drive masuk. 
10.00 am drop off depan wad bersalin. 
Pak Guard tekan lonceng.
Mama pun masuk dengan perasaan debar dan sakit yang memang rasa nak bersalin!

Sampai mama lupa, nak salam pelok cium, mintak maaf dekat husband. 😭

Dah siap tukar baju hospital, timbang dan sambil tu kena soal siasat oleh nurse, kenapa sakit baru nak datang. Jam brapa mula rasa sakit. Hahhambek! Mama kena leterrr. 🤭

Pastu mama disuruh baring untuk check bukaan. Dah 4cm. Nurse yang sambut mama depan pintu, baik sesangat. Sambil pasang tali strap untuk kiraan detak jantung baby sambil usap2 perut mama. Siap suruh mama cakap dekat baby "Jangan bagi mama sakit nakkk". Nangis mama. Terima kasih Nurse. 

Tapi dalam masa yang sama, mama pun ke kanan ke kiri tak tertanggung. Nurse yang periksa bawah cek lagi, bukaan dah 7cm. Tekejut diorang, Nurse baik tu tanya, "ko memang cepat melahirkan ka dik". Mama angguk jak, tak terdaya nak jawab. Sakittt oit. 

Sambil tu, Nurse lain dah sound labour room sebelah get ready. Sebab mama nak kena pindah masuk. 

Tak pasti jam berapa dah. Sekali lagi selok, dah bukaan 9cm. 

Kaki mama dah naik besi, badan mama dah mengengsot ke bawah. Nurse dah capaikan tangan mama pegang besi dekat kaki. 

"Rasa Sakit Nak Berak, Teran mama!!!"

Alhamdulillah, dalam 3-4 kali teran, jam 11.11 a.m mama selamat lahirkan BABY GEGIRL. Tapi sebab baby dah berak sikit, tak dapat la baby diletak atas perut mama, bagi sentuhan mak anak dan bf selama sejam. Sobb sobbb 😭 


Alhamdulillah, It's A girl. Kak cha dah ada kawan. Dan anak-anak mama, SELANG BUNGA.  😍


Tunggu Pindah Wad Bersalin.

Disebabkan wad bersalin penuh! Haa penuhh?? Same goes tu me mommies, tekejut. Kalau penuh, maksudnya banyak la baby PKP di Hospital ni sekarang? 

 3 jam menunggu katil kosong, dalam jam 4 petang, baru mama dan baby dapat 'check in' ke wad bersalin. 

Allah, masa nurse tolak masuk guna wheelchair, memang semua katil penuh! Mama dapat katil paling belakang. 😂

Sepatutnya setiap ruangan wad ada 4 katil jah, hat ni dah macam ikan sardin dengan 10 katil. Hahha! Hebat tak hebat mommies yang pakat bersalin masa PKP ni 🙈



Alhamdulillah,Baby pun dah kencing berak. Tapi sebab dah petang, mama dan baby A kena bermalam dalam wad. Esok baru dapat discharged.


10 April 2020, Jumaat

Pepaghi mama dah basah lencun dek peluh. Kipas tak sampai dekat mama. Cian mama dan baby. Awal-awal mama dah mandi, nasib baik tandas sebelah katil mama jah, tak la jauh berjalan. 

Dalam jam 8 doktor pakar dah meround untuk Check up patients, sampai giliran mama, Alhamdulillah, tiada masalah kata doktor. Lepas nurse urus semua dokumen dah boleh discharged.

Yeayyy!!! Jom balik Rumah!!!


Terus mesej husband datang ambil mama dan baby. Jam 11 pagi macam tu husband datang, urus bahagian hasil dan ambil ubat dekat farmasi.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mama sepanjang bersalin. Walaupun kita tahu, dan semua orang tahu, hospital tempat yang sebolehnya elakkan pergi kalau tiada urusan. Tapi Alhamdulillah, menurut kawan mama, MA bahagian pakar so far Tawau masih terkawal even kes COVID banyak di daftarkan dari daerah-daerah Sabah yang lain. 

Naaahhh, mama bagi nampak sikit carta pecahan kes yang Sabah terbaru setakat 19.4.2020. Hebat tak hebat orang orang Tawau 😏




BABY A DAH ADA NAMA KE MAMA???


Sebenarnya, Mama dah ada nama untuk baby A, Ariana Raisya. Tapi disebabkan PKP ni, tak dapat jugak daftar kelahiran di JPN. Confirm JPN penuh lepas PKP ni berakhir. Hahha!

Dalam masa yang sama, abah dan ibu nak bagi nama 'Aafiah - Keselamatan dan Perlindungan daripada Allah.

Abah kata sebabkan sekarang ni ada wabah Corona dan baby selamat, sihat dan terlindung daripada wabah itu, namakan baby 'Aafiyah.




In shaa Allah semoga sentiasa dalam perlindungan Allah ya sayang 'Aafiyah ❤️

Eh, macam nama anak Tok Ti pulak kan?
🤭


HERBA MANDIAN MAMA

 Sebenarnya banyak kelengkapan untuk berpantang mama tak beli lagi. Herba mandian, jamu, pilis, param semua laaaa untuk kegunaan dalam pantang. Banyak kurang!

Nasib baik mama dah prepare sesiap Mandian Marine Essence ni sebelum bersalin!

Taa daaa,


Ni la peneman mandian mama dari hari pertama keluar hospital sampai sekarang, berpantang hari ke 9.

Marine Essence Body Scrub
Dan
Marine Essence Body Wash

Lepas pakai body scrub ni kulit halus dan lembut. Hilang semua daki dan kulit mati. Dari muka sampai hujung kaki mama scrub selang sehari. Hahha! Sebab mama suka kulit mama jadi lembut. 

Hat body wash tu setiap kali mandi mama pakai. Dedua pun ada Garam Buluh Asli dari korea yang memang memuluskan kulit. 

Love sangat! ❤️


Minyak urut MMG!

Lepas Mandi mama pakai Minyak Urut MMG ni sebelum sarung Premium Beautiful. Mama sapu dekat perut, dahi (pengganti pilis), belakang dan tapak kaki sebelum pakai stokin!


Mama suka hat hitam tu bau Apple berbanding Pink, Lavender. Sebab yang hitam kesan dia lama sikit. Bau pun sedap 🥰

Yang ni mama grab awal time promosi, dapat free secenonet yang pink! 
Sampai sekarang sebotol pun tak habis lagi pakai nya. Jimat yakmat!!!


BENGKUNG PILIHAN MAMA


Nak selit jugak!!! Ni la kawan mama lepas berpantang. Mama beli set Premium Beautiful ni Dalam bulan Mei 2015, lepas 6 bulan melahirkan kak Cha. Lambat sikit, sebab pakai dalam pantang lagi cepat kesannya. 

Tapi kata orang, biar lambat asal pakai jangan tak pakai langsung.

Alhamdulillah, 2017 berpantang anak ketiga (Abam Anieq Asyraf)  memang puas hati mama. Cepat je mama kurus. 

Tak percaya tengok gambar belah kanan. 
Confession mama pakai Premium Beautiful!!!! Gambar photoshoot tu masa anieq asyraf 5 bulan. 

So, berpantang kali ni mama tetap pakai set Premium Beautiful yang sama.


Apa kata Mama anak 4 pakai bengkung Premium Beautiful dalam pantang?

Semestinya sangat selesa. 24 jam tak lepas. Tidur pun mama pakai. Nak mandi dan buang air je mama buka.

Mama cuci 3 kali sehari, atau bila rasa naik gatal. Sebab fabrik Premium Beautiful ni menyerap peluh dan juga anti-bakeria. Kalau tak cuci nanti rasa naik gatal tu tanda toksid dah kena serap. Kena jaga kebersihan diri dan Premium Beautiful tau.

Pernah satu malam mama tak pakai sebab mama cuci, sakit bahagian rahim mama tak terkata. Tapi darah tak da keluar. Risau jugak. Mana bengkung Premium Beautiful mama basah.

Lepas tu mama letak bawah kipas semalam, esok pagi dah kering. Lepas mandi, mama sarung cecepat Bengkung Premium Beautiful. Dalam masa setengah jam, mama dah rasa darah mengalir. Dan macam ada something jatuh dekat 'modes' mama. 

Rupanya darah beku sebesar tapak tangan! Allahu akbar. 

Kalau tak pakai bengkung Premium Beautiful ni, tersimpan je la Darah beku tu dekat dalam jadi penyakit. 😱

Highly recommend, Premium Beautiful ni untuk berpantang 👍


KUDAPAN BERPANTANG MAMA


Ni je lahh yang Mama dapat beli, tu pun beli dekat shoppe 2 hari sebelum melahirkan. Sampainya nak seminggu jugak lepas melahirkan. Hahha! Faham, PKP kan mommies. Jadi kena bawak besabar. 

Mama beli 1 set ada 6 jenis kudapan, siap dapat Free gift!


 1. Serunding Halia Ikan Bilis
2. Pegaga Goreng Rangup
3. Petola Goreng Rangup
4. Lobak Putih Goreng
5. Bawang Putih Rangup
6. Peria Goreng Rangup

Yang ni brand Suraya, Mothercare & Beauty
 Nahhh link Shopee KUDAPAN BERPANTANG!

Yang free gift mama bagi Abam Anieq Asyraf rasa. Sekali rasa nak lagi, siap nak pegang. 😂

Dia kata keropok! Dia tatau tu petola! 
Hahha! 
Mama okay je, asalkan dia makan 🤭


Sekali kak cha datang daaa. Anieq Asyraf offer, "kak Leesya nak kopok?"

Kak cha ni sejenis yang anti sayur dan buah! Dia boleh rasa secebis sayur atau bawang yang terselit dalam nasi masuk dalam mulut dia. Terus dia keluarkan cebisan sayur atau bawang tu. 😒


Tapi hat kudapan ni, helok je dia makan. Bagus betul la! Mama kena beli lagi ni untuk depa makan. 

Tekeluar jugak ayat dari mulut kak cha lepas dah nak habis separuh depa berdua makan, "Mama sayur ka ni?"

Mama dengan ayah dah saling berpandangan. Gelak-gelak 😂

Anieq terus jawab, "Bukanlah Keropok!"

Hehhe! Nasib baik anieq banyak akal, bantu mama jawab. 

Kalau ada anak-anak mommies sepesen macam kak cha ni, helok la beli kudapan ni. Sedap dan rangup! Berbaloi dibeli!


APA MILKBOOSTER MAMA?

Yang ni mama ada tengok orang share dekat Efbi, yang buahan kering kena rebus tu kan as Milkbooster. 

Nak tahu tak apa milkbooster mama? 


Nidiaaaa!!! Min Kaffe, Kopi Garam Buluh Asli! Masa peknen mama minum, dalam pantang pun mama minum.

Bukan je sebagai Milkbooster tau, Energy booster pun sama. Selamat untuk baby, no effect sebabnya less cafein dan ada garam buluh yang bersifat alkali dan meneutralkan kandungan asid dan gula dalam badan mommies!

Aromanya pasti terangkatttt!

Sebelum tu, pastikan ori ya mommies baru beli. Nak tahu Ori tau Fake. Yang Ori ada Hologram dan boleh Scan Hologram tu kalau nak tahu keasliannya. 

Nak cari dekat mana? Tak yah susah-susah mommies, cari je mama ni haaaa. 🤭


************************************

Hokay la mommies, dah panjang berjela cerita mama.

Sekian kisah "Baby PKP" mama.

Semoga mommies yang menunggu hari, Allah berikan perlindungan dari wabah dan bencana penyakit CORONA VIRUS. Dipermudahkan segala urusan dalam proses bersalin. Ibu dan baby sentiasa dalam keadaan Sihat dan selamat. In Shaa Allah, Amiin.



Jumpa lagi mommies 😘
Sekian,

Mama 4 A,
Ammar Faiz Anaqi
Aqilah Eleesya
Anieq Asyraf
Baby 'Aafiyah

❤️❤️❤️

No comments:

Post a Comment

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts