Thursday, 22 November 2018

Kek Viral 2 bahan: Chipsmore dan Susu Coklat Good Day!


Helokkkk! Kek 2 bahan yang tengah viral ni ika memang tak rancang pun nak buat. Duk mikir apa nak bawak gi sekolah abam. Cikgu suh bawak makanan apa-apa je untuk Hari Waris, 19hb hari tu. Eh, sebelum tu nak cakap dulu laa, entry mama ni lambat sikittt. Ampuunnnn 😁

Haaa, malam tu jugak ika angkut kak Cha dan anieq ke Giant beli bahan! Abam faiz? Tinggal dekat rumah je sebab kami berempat meracing, tak muat kalau abam ikut sama. 


Kak Leesya sonok aaa, tak da kawan gaduh angkat bakul. Rajin beno anak dara ika ni. Tak perlu suh angkat dia dah tarik bakul dari tangan Ika. Maka mama pun goyang tangan je la ye kak cha. Baik anak mama ❤️


Dah habis belanja pi bayar, ika just agak je, satu bungkus Chipsmore ni pakai 200ml susu Goodday. So ika pun beli 4 bungkus Chipsmore more choc chips. Dan Sebab susu Goodday 200ml tak nampak bayang dekat Giant, Ika ambil la yang 1 liter. Pandai-pandai la ika agak nanti masa nak buat. Kalau terlebih susu, hampun! Salahkan Giant sebab tak jual susu yang 200ml! Kah kah kah! Yang sekotak lagi tu buat minum abam faiz dan kak cha! 


Hokay dah sampai rumah. Kejap je we alls beli barang. Nah hasil tangkapan dekat giant! 

4 bungkus Chipsmore (Giant)
1 liter Goodday Coklat (giant)
2 balang Cupcake (Mr Diy)

Total semua tak sampai RM30 pun. Jimat kan 😍


Alamak lupa nak bagitau, bekas cupcake ni ika beli dekat MR DIY, tu pun kak ipar yang bagitau. Kalau tak tanya kak ipar memang pusing duk cari dekat giant! Mur mur je, 25 pcs RM3.68, ika beli 2 so total RM7.36 la kan. Banyak Pilihan sebenarnya, Rambang mata pilih!

So, tunggu apa lagi jom mula buat Kek Viral ni! 


Mula-mula Pecah-pecahkan biskut chipsmore, pecah 4 ke berapa ke yang penting jadi kecik-kecik. Sebabnya mudah nak blender dan juga cukup ruang bila campak dalam blender. Memula Ika try masukkan 4 bungkus sekali dalam blender tuh, rupanya muat 2 bungkus jah. Nasib baik tak pecahkan lagi yang 2 bungkus Chipsmore.

Nah Susu 1 liter, Ingat tau 1 bungkus Chipsmore hanya 200ml susu Goodday. 

Kak Cha duk sibuk susun bekas Cupcake!

So Ika dah masukkan 2 bungkus dalam blender tu. Macam mana Ika sukat 1 liter susu tu? Adududu, mommies gunalah penyukat ni, sukat 400ml ya (sebab ika masukkan 2 bungkus chipsmore dulukan). Kalau tiada penyukat macam ni pakai botol susu anak-anak pun boleh bha, heheheh. Dah siap sukat, tuang susu dalam blender, lebih sikit dak pa kut. 


Dah Siap blender, gini lah rupanya. Jangan tanya ika blender berapa lama tau. Blender la sampai dah betul-betul hancur dan sebati.


Pahtu tuang dalam cupcake! Comelkan!


Lepas dah kosong blender tu ika tak cuci pun. Suh anak dara pecahkan lagi chipsmore yang 2 bungkus tu. Ulang lagi macam yang first tadi, masukkan dalam blender, campur susu, blender lagi. Pastu tuang dalam bekas cupcake! Dapat lah 40 bekas Cupcakes. Ada sisa 10 lagi yang kosong. Tak pa simpan je, bila-bila boleh buat lagi. kannnnn!

Rajin kan Kak Cha.
Sebelum Masukkan dalam Pengukus panaskan dulu ya kukusan tu dalam 10 minit pun okay. Pastu susun elok, Ika guna pengukus karan ni, muat dalam 32 cupcake. Gambar bawah ni cupcake yang tertinggal tak dapat naik kapal sekali. hahha! Kukus dalam 30 minit jurrrr. 


Taa daaa!!! Dah Siap! Cantikkan. Ekceli dia tak gebu gebas pun. Dia padat je. Ika isi setengah bekas Cupcakes, So Okay lah untuk anak-anak kan, sebab budak-budak ni kalau isi penuh kadang tak habis kan lagipun Ika nak buat topping atas dia. So okay lah. 


Ni Bila dah siap letak hiasan! Topping  dia mudah je,

1/2 gelas minyak masak
Susu Pekat (secukupnya)
Serbuk Coklat campur Milo

Gaul semua sekali sampai dia mengkilat! Kalau tak kilat dan tak manis, tambah lagi susu pekat!
Pastu Tabur la Choclate Rice kesukaan anak-anak



Okay lah kan, Selamat Mencuba!

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts