Wednesday, 2 November 2016

DAPUR IKA | CHEESEKUT HOMEMADE!

Hari ni, Ika nak share cara buat CHESEEKUT pulaks...
senang je buat, antara rajin dan malas je.. hehehe.. >______<

Ni bahan-bahannya.. sikit je, 5 bahan..
 kalau nak lagi sedap boleh tambah biskut Cream-O (di Hancurkan)

Guna biskut 'deluxe cracker' yang ori, ambil yang bersayur kang, lain pulaks rasanya..
Susu pulak, guna susu segar.. nak pakai Marigold pun sedap.. Ika pernah buat guna susu Marigold Strawberi, jadi cheesekut perisa strawberi.. (kata nak kelainan..hehhe)
Nestum, sebab tak da nestum biasa dekat rumah, terpaksa pakai Nestum 3 in 1, pun boleh.
Jangan lupa susu pekat, apa2 brand tiada masalah. yang penting susu pekat ye...
And Paling penting, CHEESE TATURA.. nak beli kat mana?? kat tesco, giant pun ada cari je dekat bahagian cheese... beli yang pendek tau.. 250g..


Are you ready??
First, Ika Blend kan, 250g Cheese Tatura, 1/2 tin susu pekat dan 1/3 susu pekat...
Blend sehingga bertukar warna dan jadi pekat... :)
pastu biarkan dulu..

Then Celup biskut satu persatu dan susun ke dalam bekas/tupperware (guna bekas besar yang ada penutup). Celup jangan lelama tau, nanti jadi lembut dah hancur...
Just Celup susun, celup susun.. faham kan??


Susun la macam ni, lapisan pertama biskut, pastu tuangkan cheese untuk lapisan kedua. Jangan tuang semua tau sebab nak buat belapis2, after that tabur la nestum atau apa-apa ja biskut kesukaan uols..
pastu susun lagi biskut, ulang sampai lapisan atas cheese yang uols blend habis..
Dah siap!! mudah bukan?? Jangan makan dulu, masukkan dalam peti sejuk, bukan dekat sejuk beku tau, hehehhehe... Esok pagi dah boleh makan... yummmyyyy..


dapat 3 lapisan biskut, balance ada lagi.. boleh anak-anak makan..
Cheese dia meleleh, anak-anak confirm suruh buat lagi..
Mak-mak kena rajin la buat ni.. hehehhe.. 


Aduh, tetiba teringin nak buat lagi, hubby tak sempat nak rasa, Faiz dan Leesya yang habiskan...
;) :) :) 
Selamat mencuba uols...

With Loved,

Zulaikah Aman

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts