Friday, 28 October 2016

DAPUR IKA | KETAM MASAK SOS

Selamat petang!!!! Late post je ni, dah lama nak share tapi tak berkesempatan..
So, bahan-bahan nya just basic saja, semua secukupnya.. tapi bahan paling utama KETAM la..
jangan lupa plak, nak masak ketam.. bahan dah ada, tapi ketamnya lupa nak beli.. heheheh..

BAHAN-BAHAN:
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
-Secukup rasa
- Bawang Merah (tumbuk/blend)
-Bawang Putih (tumbuk/blend)
- Halia (tumbuk/blend)
- Sos Cili
- Sos Tiram
- Sos Tomato
- Cili Giling (Sesudu makan)
- Serai (sebatang, potong 2)
- Minyak masak
-Air (secukupnya)

Ok, first of all, bersihkan dulu ketam.. Ika seacrh saja dekat fb "cara membersihkan ketam" keluar video, haaaa!!! senang rupanya Pakai gunting je. nanti boleh search k...

cuci ketam tadi then toskan air, agak-agak air dah tiada, masukkan SERBUK KUNYIT dan GARAM secukupnya. pastu goreng, jangan terlalu lama, nanti jadi kering, isi ketam dah kurang sebab mengecut. in the sametime, tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan halia dan garam secukupnya..

Dah bersih, macam ni la rupanya...
Yang ni lepas goreng dengan kunyit dan garam...
Lepas goreng ketam tu, guna minyak bekas menggoreng tadi sedikit saja untuk menumis bahan-bahan yang dah ditumbuk atau di blend tadi, tumis sehingga naik bau  then masukkan serai...
pastu masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan cili giling.. Sukatan?? Ika agak-agak je semuanya.. kalau nak pedas letak sos cili lebih sikit.. tambah air 1/2 gelas then masukkan gula (secukupnya) pastu secukup rasa.. 

   


Tumis bahan-bahan di atas sehingga naik minyak, kemudian masukkan ketam yang dah di goreng tadi.. gaul sebati sehingga semua ketam terkena sos dan meresap ke dalam daging..


Nyum nyum nyum... dah Siap!!!!!!
Boleh makan dengan nasi panas, sedap... sehingga menjilat jari.. kalau nak berseri boleh letak lada besar yang merah.. nampak lah seri ketam masak sos ni..


Ika masak dengan bahan apa yang ada dekat rumah je.. Ni resepi paling mudah... heehhe
Selamat mencuba.. ^_^

~ Dapur Ika ~

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts