Tuesday, 25 October 2016

JUMBLE SALE: PRODUK HAI-O DAPAT SAMBUTAN BAIK!

Assalamualaikum uols, #Latepost... baru ni dapat update blog. Entry kali ni, Ika nak share first time pengalaman Ika buka gerai. Ika buka gerai ni pun sebab ada kawan ofis Ika sorang ni ajak Share meja. So, Ika pun setuju je lah, walaupun tak pernah nak menjual berhadapan customers macam ni.. Nervous pun ada jugak tau.. So, petang tu balik kerja Ika terus pergi stokis Restock barang Hai-O ni... 

Tak banyak tapi meletop... Alhamdulillah...
Buka gerai or meja ni dekat Lobby Ofis je pun.. RM30 semeja, share dua orang Rm15 sorang. Alhamdulillah... dapat jugak Ika merasa berniaga offline ni... :) Ika jual produk Hai-O, Kak Sha jual baju New and PreLoved...


Partner Ika, Kak Sha, tq kak sha ajak Ika niaga. Love you tau...
Alhamdulillah nak dikatakan, baru susun barang orang dah serbu.. Ye la, masa tu tengah dapat gaji.. ada yang siap booking nak pergi keluarkan duit dulu, ada yang tengahari nak ambil ada jugak minggu depan baru ambil sebab stock Ika tak banyak masa tu....


Belum habis susun lagi ni... suruh kawan ambil gambar...
Ni lah gerai Ika, Lepas susun elok2.. Min Kaffe Loose pun ada,
senang cust yang nak beli mereka rasa satu dulu..
belum cuba belum tahu, dah cuba boleh beli sekotak plak... :)
Antara Customers Ika yang sempat Ika ambil gambar untuk kenangan, kan first time ni.. ada jugak beberapa orang customers tak sempat ambil gambar sebab tak menang tangan nak layan, nasib baik partner Ika, kak Sha tolong sikit2... (Nak tahu tak kak Sha dapat jual sekotak Min Kaffe masa Ika pergi solat tau... thanks kak Sha)


MIN KAFFE UNTUK KESIHATAN
Polis Bantuan POJ ni masa Ika tengah letak Min Kaffe dia terus datang tau, nak booking. then dia datang ambil dia kata kawan dia syorkan minum Min Kaffe ni sebab bagus untuk kesihatan. Dah ada dekat sini beli saja lah, oh ya, masa ni Ika bagi diskaun tau... so beliau kata kalau habis nanti call Ika je, dia minta nombor Ika tau. padahal PB ni bertugas dekat  Lobby je pun.. COD dalam ofis lah Ika nanti.. hehhehe..


BIOSELEZA PANTYLINER TERBAIK
Akak ni  nak Bioseleza Pantyliner, Bagus katanya. 
Alhamdulillah, semua produk Hai-O ni bagus bha..


FEMI9 WASH SERBAGUNA
Yang ni plak preggy mommy, beli Femi9 wash.. Ika pun pakai tau, bagus untuk mengurangkan rasa gatal di celah paha, mengurangkan keputihan dan menyegarkan bahagian intim.. Femi9 wash ni pun boleh untuk cuci muka or Make-up remover tau, nampak tak penjimatan dekat situ... hehehhe..


SABUN HIJAU HILANGKAN HITAM & BAU KETIAK
Abang sado ni plak ulang alik datang gerai Ika, kawan dia cakap produk ni bagus sebab dia guna.. nak tahu produk apa?? abang ni beli sekotak Min Kaffe dan Sekotak ME Beauty bars (Sabun Hijau). Ika ingatkan dia nak beli seketul je masa tu, dan ingatkan dia main2 sebab abang ni suka bergurau.. Alhamdulillah, terima kasih abang sado... Ika bagi diskaun jugak sebab abang ni ambil dua barang.. :)


SABUN HIJAU SEBAGAI PENCUCI MUKA
Masa busy layan customer, tiba-tiba ada mesej masuk, customers nak repeat order Sabun hijau dan nak try Bioseleza pantyliner.. alhamdulillah.. Customer ni cikgu anak-anak Ika, senang jugak kalau ada kenalan yang menjual produk kesihatan macam ni tak perlu nak pos2 kan, Ika terus hantar depan pintu rumah saja... :)


SABUN HIJAU HILANGKAN JERAWAT BATU
Speechless bila ada cust datang, then bagitau...
"Sabun ni bagus tau, anak perempuan akak pakai. Dulu Anak akak tu bejerawat batu penuh kat pipi.. Kesian kat dia. Lepas tu akak belikan la sabun ni sekotak.. Dia pakai, Alhamdulillah Licin dah, halus muka dia sekarang.. Ntah kotak ke berapa dah dia pakai, dia simpan tau kotak dia ni. Nanti kalau dah habis akak beli kat awak je la. "... 

Alhamdulillah, terima kasih kak bagi feedback, then masa tu ada cust dengar cerita akak tu, terus nak beli satu ketul sekali Bioseleza Pantyliner dan juga sesachet Min Kaffe..  
Ika bagi diskaun for today sale!!! Yeayyyyy...

Akhirnya, Jumble Sale ni pun selesai.. hanya barang-barang ni yang tinggal. Nak kena restock lagi, sebab Min Kaffe stok licin hanya tinggal yang loose saja..




Terima Kasih customers sebab sudi singgah samaada membeli, bagi sokongan dan juga feedback yang positif dengan produk Hai-O ni, Ika harap lepas ni ada lagi Jumble sale macam ni. Rasa seronok nak niaga lagi. Dan kalau uols berminat nak niaga macam Ika just contact Ika dekat nombor tertera di bawah ya.. muuacchikkkeeddd...  

Love by,

Zulaikah Aman
Pengedar Sah SHOM
010-5030497

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2018

Popular Posts