Tuesday, 25 October 2016

JUMBLE SALE: PRODUK HAI-O DAPAT SAMBUTAN BAIK!

Assalamualaikum uols, #Latepost... baru ni dapat update blog. Entry kali ni, Ika nak share first time pengalaman Ika buka gerai. Ika buka gerai ni pun sebab ada kawan ofis Ika sorang ni ajak Share meja. So, Ika pun setuju je lah, walaupun tak pernah nak menjual berhadapan customers macam ni.. Nervous pun ada jugak tau.. So, petang tu balik kerja Ika terus pergi stokis Restock barang Hai-O ni... 

Tak banyak tapi meletop... Alhamdulillah...
Buka gerai or meja ni dekat Lobby Ofis je pun.. RM30 semeja, share dua orang Rm15 sorang. Alhamdulillah... dapat jugak Ika merasa berniaga offline ni... :) Ika jual produk Hai-O, Kak Sha jual baju New and PreLoved...


Partner Ika, Kak Sha, tq kak sha ajak Ika niaga. Love you tau...
Alhamdulillah nak dikatakan, baru susun barang orang dah serbu.. Ye la, masa tu tengah dapat gaji.. ada yang siap booking nak pergi keluarkan duit dulu, ada yang tengahari nak ambil ada jugak minggu depan baru ambil sebab stock Ika tak banyak masa tu....


Belum habis susun lagi ni... suruh kawan ambil gambar...
Ni lah gerai Ika, Lepas susun elok2.. Min Kaffe Loose pun ada,
senang cust yang nak beli mereka rasa satu dulu..
belum cuba belum tahu, dah cuba boleh beli sekotak plak... :)
Antara Customers Ika yang sempat Ika ambil gambar untuk kenangan, kan first time ni.. ada jugak beberapa orang customers tak sempat ambil gambar sebab tak menang tangan nak layan, nasib baik partner Ika, kak Sha tolong sikit2... (Nak tahu tak kak Sha dapat jual sekotak Min Kaffe masa Ika pergi solat tau... thanks kak Sha)


MIN KAFFE UNTUK KESIHATAN
Polis Bantuan POJ ni masa Ika tengah letak Min Kaffe dia terus datang tau, nak booking. then dia datang ambil dia kata kawan dia syorkan minum Min Kaffe ni sebab bagus untuk kesihatan. Dah ada dekat sini beli saja lah, oh ya, masa ni Ika bagi diskaun tau... so beliau kata kalau habis nanti call Ika je, dia minta nombor Ika tau. padahal PB ni bertugas dekat  Lobby je pun.. COD dalam ofis lah Ika nanti.. hehhehe..


BIOSELEZA PANTYLINER TERBAIK
Akak ni  nak Bioseleza Pantyliner, Bagus katanya. 
Alhamdulillah, semua produk Hai-O ni bagus bha..


FEMI9 WASH SERBAGUNA
Yang ni plak preggy mommy, beli Femi9 wash.. Ika pun pakai tau, bagus untuk mengurangkan rasa gatal di celah paha, mengurangkan keputihan dan menyegarkan bahagian intim.. Femi9 wash ni pun boleh untuk cuci muka or Make-up remover tau, nampak tak penjimatan dekat situ... hehehhe..


SABUN HIJAU HILANGKAN HITAM & BAU KETIAK
Abang sado ni plak ulang alik datang gerai Ika, kawan dia cakap produk ni bagus sebab dia guna.. nak tahu produk apa?? abang ni beli sekotak Min Kaffe dan Sekotak ME Beauty bars (Sabun Hijau). Ika ingatkan dia nak beli seketul je masa tu, dan ingatkan dia main2 sebab abang ni suka bergurau.. Alhamdulillah, terima kasih abang sado... Ika bagi diskaun jugak sebab abang ni ambil dua barang.. :)


SABUN HIJAU SEBAGAI PENCUCI MUKA
Masa busy layan customer, tiba-tiba ada mesej masuk, customers nak repeat order Sabun hijau dan nak try Bioseleza pantyliner.. alhamdulillah.. Customer ni cikgu anak-anak Ika, senang jugak kalau ada kenalan yang menjual produk kesihatan macam ni tak perlu nak pos2 kan, Ika terus hantar depan pintu rumah saja... :)


SABUN HIJAU HILANGKAN JERAWAT BATU
Speechless bila ada cust datang, then bagitau...
"Sabun ni bagus tau, anak perempuan akak pakai. Dulu Anak akak tu bejerawat batu penuh kat pipi.. Kesian kat dia. Lepas tu akak belikan la sabun ni sekotak.. Dia pakai, Alhamdulillah Licin dah, halus muka dia sekarang.. Ntah kotak ke berapa dah dia pakai, dia simpan tau kotak dia ni. Nanti kalau dah habis akak beli kat awak je la. "... 

Alhamdulillah, terima kasih kak bagi feedback, then masa tu ada cust dengar cerita akak tu, terus nak beli satu ketul sekali Bioseleza Pantyliner dan juga sesachet Min Kaffe..  
Ika bagi diskaun for today sale!!! Yeayyyyy...

Akhirnya, Jumble Sale ni pun selesai.. hanya barang-barang ni yang tinggal. Nak kena restock lagi, sebab Min Kaffe stok licin hanya tinggal yang loose saja..




Terima Kasih customers sebab sudi singgah samaada membeli, bagi sokongan dan juga feedback yang positif dengan produk Hai-O ni, Ika harap lepas ni ada lagi Jumble sale macam ni. Rasa seronok nak niaga lagi. Dan kalau uols berminat nak niaga macam Ika just contact Ika dekat nombor tertera di bawah ya.. muuacchikkkeeddd...  

Love by,

Zulaikah Aman
Pengedar Sah SHOM
010-5030497

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT MASTERING COURSE

Alhamdulillah 8/10/2016 yang lalu CDP members dapat jemputan by CDM dan DDMs untuk menghadiri 'PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT MASTERING COURSE" as Premium Beautiful Expert di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

 The Theme must be the one of this soft colours, ouwh, I'm melting... 


So, this courses started around 10 oclock, dan dimulakan oleh our beautiful emcees, Kak Saf... Pepagi lemau then datang kursus dengar suara kak Saf yang semangat ni as emcess serius uol akan terbangun dari tidur... hehhee. like someone said, suatu event tu  akan berjalan dengan baik tergantung dengan emcess yang mengacarai that event.. betul tak?? Pepagi tu kami dah senam, Chicken Dance.. seronok semua buat.. Sporting habissssss... 

Our beautiful emcess, Kak Safriza Azwani...
Emcess bagi tunjuk chicken dance .. comel je..
Antara barisan AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan
Premium Beautful Expert MAstering Course
Lepas chicken Dance tu, SLOT PERTAMA dimulakan dengan perkongsian Bisness dan Kerohanian dari our MENTOR Team CDP, CDM SALLEHA ROSLAN. Beliau selalu mengingatkan kami untuk memasang Niat yang betul dalam berniaga ni, ye la, kalau tiada Niat dan hala tuju yang betul kita ntah ke mana-mana melayang. betul tak?? Ika bangga tau dapat Mentor macam Kak sal, sebab dalam berbisnes pun beliau sentiasa mengingatkan kami tentang amalan-amalan yang baik untuk meningkatkan saham Akhirat. Sayang kak Sal tau. Tqsm...




SLOT KEDUA, diteruskan dengan perkongsian dari Mentor kedua Ika, DDM Salina Salleh (kak Dyna) tentang TEKNIK-TEKNIK MENGUKUR PREMIUM BEAUTIFUL. Nampak tak uols, sebagai PB Expert kami bukan saja-saja menjual tau, kami sharing dan mengambil ukuran badan uols yang betul agar uols pakai Premium Beautiful corset ni dengan selesa dan 'sedap' di badan...
Thats why uols kalau nak beli Premium Beautiful kami nasihatkan beli dengan Agen yang sah, supaya uols tak tersalah beli size sampai terbazir duit macam tu saja... So kalau nak pakai Premium Beautiful Corset cari siapa?? Cari lah kami Premium Beautiful Expert.. :)



DDM Salina mengajar cara mengambil ukuran cust dengan betul.
 Kemudian, SLOT KETIGA pula perkongsian dari wakil HQ, Cik Lili yang memberi taklimat RESOLUSI PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN KONTUR BENTUK BADAN BERTEKNOLOGI F.I.R. Dalam slot ni kami banyak belajar lebih mendalam tentang keberkesanan PB untuk para wanita, Fabrik PB, bagaimana FIR dalam PB berfungsi untuk dalaman kita, dan cara yang betul menyuci PB Corset. Premium Beautiful ni, bukan sebarang baju dalam tau, ni baju dalam yang dalam memberi kesihatan dan kecantikan untuk para wanita... :)

Selain itu, Mrs Michelle juga mengajar kami cara-cara menarik lemak yang bersepah-sepah diletakkan dan dilock ditempat yang betul.. terima kasih pada model kami pada hari tu Kak Zaleha Jani, sebab sanggup jadi model untuk kami.. serius memang nampak sangat perubahan lepas lemak-lemak salah Parking tu kena tarik dan di 'Lock' ditempat yang betul.. 




Wakil HQ yang datang memberi taklimat kepada PB Expert
dari kanan, Cik Lili, CDM Salleha Roslan, Cik Michelle dan their friends (Ika tak ingat namanya, sorrryyyy)
 Bukan tu saja tau, sebelum setiap slot-slot tersebut dimulakan, ada beberapa insan yang dah banyak pengalaman dalam bisnes ni memberi perkongsian dalam bagaimana mereka menangani pelbagai ragam customer dan cara-cara mereka dapat membuat Sale yang banyak dengan hanya menjual PB serta Produk-Produk Hai-O yang lain...

DSM Ckin Ali yang sangat humble orangnya... 
DDM Farhana Ramli, yang kecil tapi sangat tegas...
Premium Beautiful Expert Mastering Course ni berakhir jam 6, dengan ilmu yang berharga dan kenangan yang tidak akan terlupakan... Alhamdulillah, Ika dapat hadiri kursus ini. Dan akhirnya...
IKA GRADUATE as PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT ... yeaayyyyyyyy :)
Jom layan gambar-gambar kami sepanjang kursus ni...

Our Loveable CDM and DDMs
DDM Safriza, CDM Salleha, DDM Farhana, DDM Dyna Salleh
Our role Model and Mentors, just Follow them 200% ...
Team Crown Diamond Project (CDP) di bawah pimpinan CDM Salleha Roslan
"Satu Hati Makin di Depan"
Graduation Day CDP by TLC 
our group di bawah pimpinan DDM Salina Salleh..
Sabah, Melaka, JB, Kelantan semua hadir...
Antara suami yang dulunya menghalang para isteri dalam bisnes ni
dan akhirnya terjebak dan sokong isteri dalam berniaga baju dalam wanita..
Bersama Mentor Ika dalam Bisnes Kak Dyna
The best...
Mentor kami yang kecil molek, SSM yaya
Dapat jugak kami hadir bersama kursus ni, Fighting kak Lin
Kami dah Graduate as PB Experts... yeayyyy.
Bersama DSM kak Ckin Ali yang baik dan humble..
Ke kanan ke kita, ke kiri ke kita... Perkara wajib dalam CDP...
Group Kecil kami dan RK masing2...
"I Am Your PREMIUM BEAUTIFUL EXPERTS"
measurement Tape a gift from Mastering Courses
by Kak Dyna... Tqsm.

ni Video kami sepanjang kursus, boleh tekan Link di bawah ni ya..
Tqsm bg Helmie...


Sebelum tu, Ika nak ingatkan pada semua wanita yang inginkan bentuk badan yang cantik dan juga ingin menjaga kesihatan dalaman uols sebagai Aset yang berharga pakailah PREMIUM BEAUTIFUL CORSET ni, tak rugi tapi berbaloi-baloi tau.. Dan juga belilah dengan agen yang sah terutama dari kami Top Leaders Circle, InshaAlah kami akan beri servis terbaik buat uols...

Love by,

Zulaikah Aman
Premium Beautiful Experts
010-5030497

Friday, 21 October 2016

DIARIES PREGGY MOMMY: TERBELI TANPA SENGAJA


Hari minggu yang lalu, hubby ajak p pasar borong belanja barang-barang dapur untuk persedian memasak masakan berpantang. Tapi bukan hubby yang masak, tugas hubby just beli barang dapur and runner, soon InshaAllah akan menyelia cawangan dengan Seri Kembangan ni, sebab InshaAllah boss dia nak buka cawangan baru di Seri Gombak.. Mudah2an berjalan lancar .. Amin..


So, nak dipendekkan cerita, hubby bawak la masuk p Market Sri Ternak dalam kawasan Pasar borong, hubby kata murah kalau nak beli banyak dekat Market ni... Sementara tunggu hubby ambil barang, Ika pun pusing2 dengan anak2 dekat market tu. Banyak jugak orang, tempatnya sempit..

Gambar bukan milik Ika.. copy paste jah..

Pusing punya pusing, terhenti dekat, benda merah ni... Ika tak nak beli sebenarnya.. berulang kali mundar mandir depan benda merah ni.. nak beli ke tidak nak beli ke tidak... Tapi Ika tak nak, last2 tangan ika pun terambil benda merah ni...  hehehehhe... price mahal jugak, RM 11.00, tapi daripada Ika pergi Cameron tu semata nak beli buah ni, baik Ika beli jak dekat sini kan...?? buah dia agak besar-besar jugak, isi dia dalam 10 biji macam tu.. 


besar-besar kan???
  Rangup tau, masam-masam manis githu rasanya.. Serius segar.. tak menyesal Ika beli, tapi Ika menyesal sebab beli 1 saja..


eeemmmmm..... Nak beli lagi la.. hehehe..

Pencinta Strawberi,

Zulaikah Aman



Monday, 17 October 2016

BAGAIMANA CARA MENJADI AGEN/PENGEDAR SAHAJIDAH HAI-O ???



Assalamualaikum semua, entry Ika hari ni nak tunjukkan bagaimana cara nak jadi AGEN SAH untuk Produk SAHAJIDAH HAI-O MARKETING (SHOM)& juga Benefits (kelebihan) menjadi seorang agen... So, mula-mula apa yang perlu anda lakukan?? 


Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli SHOM dengan membayar membership Fee RM50 untuk tahun pertama dan anda akan dapat buku starter kid. Then tahun kedua dan seterusnya RM35 setahun. So, kaedah ini sangat sesuai untuk anda yang telah menjadi pengguna setia Produk SHOM untuk kegunaan Sendiri dan keluarga atau berminat untuk memulakan perniagaan secara online atau Offline...

Contoh agen Ika kat Sabah, daftar sebagai Agen...
Att: Sebelum tu Ika nak ingatkan apabila kita berdaftar dengan syarikat, so kita akan tertakluk di bawah peraturan-peraturan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. dan DSAM (Direct Selling Association of Malaysia). 



MENGAPA PERLU MENDAFTAR SEBAGAI AHLI???


Untuk Pengetahuan uolss, pendaftaran ni penting bagi memudahkan syarikat menghantar penyata pendapatan uols setiap tahun untuk anda declare secara rasmi pendapatan  yang anda perolehi dalam perniagaan SHOM (sama ada anda buat secara online atau offline)... Lagi 1, kalau uols tak mendaftar sebagai ahli macam mana SHOM nak bagi bonus direct masuk dalam account bank uols.. tak githu???

Contoh Bonus SHOM masukkan direct dalam account ...
best tak?? tu pun kalau uols banyak buat sales...

So, Kalau uols nak daftar jadi agen SHOM
just hubungi Ika @ 010-5030497


KENAPA NAK JADI PENGEDAR PRODUK SHOM??

Daripada uols menjadi pengguna barangan SHOM, Ika sarankan lebih baik uols mendaftar sebagai Ahli/Agen. Sebab dengan hanya menggunakan Produk SHOM untuk kegunaan sendiri, uols juga boleh berjimat sehingga 20% dan berpotensi untuk menerima BONUS TUNAI setiap bulan dari SHOM. (Untung tak uols??)

Then, bagi yang berminat untuk menjadi SHOM Distributor untuk tujuan menambah pendapatan dengan berniaga online atau offline, uols boleh boleh membeli produk SHOM dengan minimum 200BV (harga sekitar RM450++). Nak buat apa lepas tu?? uols jangan risau, jangan hilang arah tuju, sebab Ika akan membimbing uols dengan membuat pilihan produk untuk memulakan bisnes uols. :) 



KELEBIHAN/KEBAIKAN MENJADI AHLI/PENGEDAR/AGEN SHOM?


1. Modal permulaan yang rendah.
2. Dapat membeli dengan harga ahli penjimatan sehingga 20%.
3. Dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah dari harga ahli melalui promosi dari SHOM.
4. Berpeluang mengumpul Mata (point) dan menjana pendapatan sampingan hanya dengan penggunaan Produk SHOM sendiri.
5. Berpeluang menjana pendapatan sampingan hanya dengan berniaga secara Part time.
6. Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menyimpan stok.
7. Tidak diwajibkan maintain point setiap bulan. Point adalah bergantung dengan sebanyak mana bonus yang anda inginkan. (tiada paksaan ye uols)
8. Tidak diwajibkan menaja. Uols cuma perlu banyakkan sharing produk untuk menarik lebih ramai ahli untuk menambahkan bonus bulanan uols. (bergantung kepada berapa banyak bonus yang uols inginkan setiap bulan ye, so kalau nak banyak bonus masuk banyakkanlah sharing produk)
9. Tidak memerlukan kedai untuk berniaga. Sebab kebanyakan Pengedar SHOM membuat bisnes ni secara online & juga sharing secara online/offline sahaja dengan keluarga dan rakan-rakan.
10. Harga produk yang berpatutan dengan kualiti produk yang hebat. kehebatan kualiti produk SHOM menyebabkan Produk SHOM mudah untuk dikongsikan dan dijual.




Bukan hanya yang di atas ni sahaja tau uols dapat benefit, selain daripada untung runcit, uols akan mendapatkan banyak lagi benefit lain, antaranya:




1. BONUS PRESTASI: Bonus personal dan bonus kepimpinan sekiranya anda menaja. (Bonus sehingga 41%)
2. BONUS MANAGER: Bonus perkembangan manager. (Bonus sehingga 15%)
3. BONUS CARFUND: Berpeluang mendapatkan Carfund dan memilih kereta idaman anda (Bonus sehingga 3%)
4. BONUS CDM: Bonus sehingga 3%.
5. BONUS WAWASAN: Bonus sehingga 5%.
6. Insentif pelancongan ke Luar Negara termasuklah mengerjakan UMRAH.
7. Majlis pengiktirafan bagi setiap kejayaan yang telah dicapai dalam SHOM.

Dalam bisnes bersama kami di bawah pimpinan CDM SALLEHA ROSLAN, uols juga akan mendapatkan:-

                                    ** PERSONAL COACHING 1 TO 1 SESSION
Its just for Free, hanya perlukan usaha dan kegigihan uols je,
sama ada sanggup serah diri untuk dibimbing dan dicanang
oleh mento atau tidak... :)

** ILMU MARKETING TENTANG BUSINESS ONLINE & OFFLINE.


Kelas Ilmu yang diadakan setiap minggu... :)

So, uols kalau dah faham bagaimana cara dan syarat untuk jadi Agen/Pengedar/Ahli seperti di atas just hubungi Ika ye. Jangan lepas ni tanya Ika pulak apa syarat nya... kalau betul2 dah ready serah diri, serius nak jadi sebahagian ahli family SHOM, I'll be giving you a warm welcome for joining us. Sekian, Sharing Ika hari ni... 

Semoga dapat memuaskan hati uols dengan penerangan yang ringkas ni k..

Nak Tahu Lebih banyak lagi tekan sini ya,


CARA DAFTAR AHLI SHOM 2020




Pengedar Sah SAHAJIDAH HAI-O MARKETING (SHOM)

Zulaikah | 010-5030497


Thursday, 16 June 2016

IFTAR RAMADHAN: PROJEK AMAL TLC


Assalamualaikum dearest... Alhamdulillah, hari ni kita masih diberi kesempatan untuk berpuasa di Ramadhan ke 12..

Gaiiissss, Ika ada gembira untuk anda TLC akan menyediakan Iftar Amal sempena bulan Ramadhan bertempat di KL SENTRAL...

so , kalau saudara atau saudari atau kenalan uols yang memang turun di KL Sentral sepanjang ulang alik bekerja, jangan lupa jumpa team kami di KL sentral k..

In Shaa Allah TLC akan edarkan hampir 1000 Iftar packs untuk uols yang rushing pulang dari kerja untuk berbuka.

Temui team TLC Amal di KL Sentral.

Dapatkan FREE Iftar pack anda :

Tarikh: 20-Jun-2016 (Isnin)
Venue: KL Sentral
Jam: 4pm - 6pm

Jumpa di sana ya.. !!!

#TLCAmal
#Ramadhan2016
#KLSentral
#TopLeadersCircle

Friday, 10 June 2016

MIN KAFFE | STAR TREK BEYOND 2016

Assalamualaikum, dan selamat berpuasa, hari ni dah ramadhan ke 6 ... siapa puasa penuh setakat ni? angkat tangan... hehhehe.. so, for today, ika nak bagitau awak semua about Min kaffe  ni haa...

Untuk julung kalinya, Min Kaffe dengan penuh bangga mempersembahkan filem blockbuster hebat untuk tahun ini kolaborasi bersama “Star Trek Beyond”!

Sebagai jenama kopi yang ekslusif bersama adunan unik garam buluh asli dari Korea, Min Kaffe bakal menempa pengiktirafan dunia melalui kolaborasi filem blockbuster hebat ini.

Pastikan anda semua semua terus setia mengikuti perkembangan dan pengumuman khas Star Trek Beyond dan Min Kaffe melalui 'page' kami sepanjang minggu yang akan datang!

Kongsikanlah  trailer hebat #StarTrekBeyond ini bersama rakan-rakan anda!

#MinKaffe #kopigarambuluh

untuk order MIN KAFFE, whatsapp order ke 010-5030497... :)

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts