Tuesday, 23 March 2021

REVIEW: PEDDASSS CAFE 🌶️ KABOTA TAWAU!!!

 Assalamualaikum semua...

Semoga sentiasa dibanyakkan rezeki yang berkat buat kita semua tak kira di mana kita berada.

Alhamdulillah, setiap hujung minggu. Ahad malam isnin lah kiranya. Husband dan ika akan bawa anak-anak soleh solehah kitorang makan dekat luar.

Yelah, mama ayah diorang ni kerja isnin jumaat. Dapat kira berapa jam jak bersua muka di rumah. Jadi salah satu bonding time dengan anak-anak, bawak diorang makan luar. Alhamdulillah, Diorang pun seronok dan Happy.

Biasanya ika tak buat review pun. Sebab restoran yang kami pergi, biasa-biasa ja. ehheee. Kadang tu pi  mamak. Ada rezeki lebih asbab side income bawaklah diorang masuk Mekdi atau Kepci.

Tapi sebab semalam macam dah bosan pergi tempat yang sama. Kebetulan godek efbi jumpa page satu restoran ni, PEDDASSS CAFE nama dia. 

Gambar ehsan Peddasss Page


Interior design dia pun cantek. Memang always always FULL HOUSE!

Gambar ehsan Peddasss Page



Gambar ehsan Peddasss Page


Ika pun stalker and terjumpa owner pun Melayu and muslim. Ni owner dia, NUUR NADIA NATASHA. Siap banyak review restoran ni. Menu dia pun banyak pilihan. Ika dah terliur dengan bihun Sup dia. Wak apa tah nama dia. 

So taraaaa ika pun nak jugaklahhhh sibuk meriew. ehehhe. Walaupun tak banyak mana gambar diambil. hahah!

Jom jom tengok gelagat kami di PEDDASSS CAFE 🌶️🌶️🌶️!

Tapi macam biasa, sis hanya tukang photographer jahhhh. 


Dah siap order, sambil menunggu makan sampai, ambil 📸 dulu








ORDERAN MAKANAN

Masa sis godek godek page Facebook Peddasss Cafe tu kan, ku terliur dengan satu menu dia ni. 

BIHUN SUP WAK COY kah namanya tak silap.

Nii diaaaaa.



Jadi sis pun order semangkukkk. Sekali sampai, taadaaannn.
Boleh laaa samanya.
Sedappp gilerrrr, daging dia lembut yak amattt!
Ada bebola DAGING dan telur asing. 
Barulah namanya sup, penuh di mulut 🤤



Ni pulak order husband. Since dia suka makan daging.

NASI DAGING BLACK PEPPER 🌶️



Anak-anak macam biasa orderannya.
Nasi goreng untuk faiz
Mee goreng tanpa sayur leesya dan anieq share.

Tak gambar sebab biashe biashe jurrr ehhe!


Minuman dia punnn sodapppp! 😋

Tak gambar jugak sebab tak tergambar. Ehhe!


Dekat Peddasss Cafe ni yang paling special,

CENDOL SNOW 


dan CENDOL 


dan banyak lagi pilihan minuman dan beverage untuk korang.


Ni antara menu Indonesia yang SPECIAL!


Kalau nak minta COD pun boleh.

hubungi je nombor dekat atas tu.


Dah habis PKP, Covid-19 ni dah dapat terkawal, kalau korang datang Tawau, singgahlah 

PEDDASSS CAFE ni.

Highly Recommend tau!


Selamat menjamu selera korang!

No comments:

Post a Comment

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts