Sunday, 15 April 2018

DIAMOND NIGHT SAHAJIDAH HAI-O MARKETING (DEC 2017)


Aduhaiiii la Ika, dah hampir bersawang dah blog awak ni. Moh le kita nyanyi dulu.

"The Itsy Bitsy Spider went up the water spout,
Down came the rain and washed the spider out,
Out came the sun and dried up all the rain,
And the Itsy Bitsy Spider went up the spout again"
La la la la la la la....

Ehhh!!! dahhh dahhh. Suka pulak nyanyi ye. hehehe

Sorry la korang, entry first untuk bersihkan habuk debu blog ika ni masa Diamond Night bulan Disember Tahun 2017. Haaa, githu! gigih I ols sebut bulan dan tahun tau. Nampak naw naw dah lama tak update blog ni. Jadinya, ni sekadar Terobek aja ya Bapak bapak Ibuk ibuk. hehehehe. And bermula dari post ni akan berkait dengan post selanjutnya. Jrenggg jrenggg Jreng (Macam cerita seram pulaks, kannn) hahahha.

Ok, Nak Kata Diamond Night ni Event yang Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) adakan untuk meraikan Semua usahawan Diamond Sales Manager (DSM) dan Double Diamond Manager (DDM) yang dapat capai sales yang ditetapkan. So, Kalau DSM Sales RM180,000 manakala DDM pulak RM720,000. Oh Em Gee! Serius? Yes, dear ini betul betul betul punya angka. Dapat capai Target Sales korang akan diraikan atas pentas, RED CARPET pulak tuh!!! Haaa, melaram la i ols di hari kejadian. Tak da la melaram sangat simple2 je iols make up.

Aucakkkkk!!!!


Wefie satu kali masa on the way nak gi Event. Eh, Lupa pulak, Diamond Night ni SHOM buat dekat Setia Alam Convention Centre atau SACC. Tema best uols, FAIRY TALES! haaa, sesiapa yang fefeling nak jadi PRINCESS, time ni la uols nak melaram tau!


Ajummm Ika belanja gambar-gambar masa Event DIAMOND NIGHT ni ❤❤❤

Aturcara Majlis Diamond Night Disember 2017



Goodies Bag untuk Usahawan SHOM yang ada Tiket.
Goodies mewah sangat!



Ni baru usahawan yang dekat hall tau, belum lagi dekat luar dan dalam dewan, banyak giler.



Pintu Masuk ke dalam dewan. Takut tak korang nampak pengawal pintu tuh. hehehe, patung jer. 



Dari hujung ke hujung penuh meja tau. Layanan VVIP korang! 
Makanan pun sedap-sedap. Fuhhhhh!



Stage ni besar kan, boleh korang begolek kuak lentang. hehehhe. Gurau-gurau. :)



SHOM VVIP, Chairman and founder SHOM, Mr Tan Kai Hee.



Kuda ku lari gagah berani, tapi hari tu kuda tiada. ada Keretanya saja.
Cantik tak? Cantik Tak?







 Yang ni Wajib setiap kali Event Red Carpet SHOM, Nyanyian HAI-O PERJUANGAN KU oleh CDM-CDM SHOM!


Yang ni pulak Gambar-gambar dengan Bonda dan Nenda dalam bisnes. 
Dan juga gambar bersama Rakan Kongsi yang lain. 

My Beloved Mentor, CDM Salleha Roslan. Humble in person!
My Beloved Mentor, BCDM Salina Salleh! So Gojezzz!!

Kata Cerita Fairy Tales kan, hat ni kisah Mak Tiri dan Nek Tiri
yang nak cucu capai kejayaan! hehehehe

Gambar Proper satu kali, sayang mereka berdua! muaciked!

 Event ni juga Meraikan Diamond Sales Manager Noharyani, Rakan Kongsi CDM Salleha Roslan. Hat ni lah DSM Yanie. Datang meraikan beliau, In Shaa Allah next stage ika pulak akan diraikan. Amiin.



Bersama bonda BCDM Salina Salleh dan Rakan Kongsi Beliau. SSM Amy dan Mira (Nak tahu tak mereka ni kakak adik tau, bestnyaaa buat bisnes sama-sama kan).



Mommy To Be pun tak lepaskan peluang hadir serap aura positif sebelum bersalin. 


Nak di Pendekkan Cerita, Ika syukur sangat dapat hadir Event SHOM kali ni. Kalau bukan menangis beguling-guling depan husband, memang tak dapat datang ni. hahahaha. Gurau-gurau. Just kebetulan husband ada COD barang area SACC ni, so ika pun tumpang sekaki githu, drop kan Ika dan anak-anak dekat SACC. Mula-mula Ika bawa Faiz dan Asyraf ja, tetiba nampak kelibat En husband di celah2 orang ramai. Dalam hati nak melonjak kegembiraan gihtu. Bukan apa, husband ika ni sejenis tak suka dengan crowded people, So bila nampak dia ada di antara ramai-ramai orang tak ke besyukur ika dekat situ. Boleh tolong tengokkan our kids, right? (Cia Cia, Speaking ye) 😜

Nahhh, Ika belanja Gambar kami anak beranak pulak. Seronok anak-anak Ika ni dibawa jalan. 

Leesya sejenis yang suka pegang telinga ayah, tengok dekat kepala husband.
hahaha, Redha je lah ye ayahnye...
dah alang2 anak-anak and husband in a good mood, kasik gambar la satu kali.

Queen Mama and her Princess, Aqilah Eleesya.

Queen Mama and The Princes, Ammar Faiz Anaqi & Anieq Asyraf.

Queen Mama and her Princess, Aqilah Eleesya.

EH!!! Apa ni??? Produk Baru korang akan release 2018. Fuh Fuh Fuh!!!
Cecantikkkk, boleh melaram raya nanti kan kan kan.

Sebelum balik selfie dekat Produk yang bakal menggegarkan 2018. Wehoooo!!!
Nahhh, Closed up sikit Produk-Produk yang akan menggemparkan Tahun 2018 ni! Wowww Sangat!!!

Bagi lah Queen Triple of Three ambil gambar pulak. Perasan ala2 Princess githu. Haaa, ko hado?! kekekekeke.

Tiada yang sudi bukakan pintu, aii buka sendiri laaa...

Ewahhh, perasan princess la tu.

Jenuh tukang gambar layan Ika ni kan. hahahahhaha.
Seronok? opkoz la korang! Ika memang suka event2 Red Carpet macam ni. Nasib baik lah Ika memang dah jadi Usahawan SHOM, kalau tak sampai ke tua tak kan dapat merasa pengalaman hadir Grand Event macam ni kan. Eh, korang pun ada yang suka jugak ke? Apa tunggu lagi korang, tahun 2018 lagi banyak Grand Event SHOM buat tau, tambahan lagi produk baru akan Release! Tak Teruja ke korang! So, kalau korang dah rasa teruja sangat, apa kata kita sembang tepi, jangan segan-segan. Korang Klik je Nombor dekat bawah Nun, Ika confirm balas punya. See ya 😍

BERMINAT NAK JADI USAHAWAN SHOM,

KLIK SINI




No comments:

Post a Comment

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts