Monday, 6 February 2017

Anak Ku Sembelit!!!

Hi mommies semua... Assalamualaikum & Good Morning!!!
Actually ni late post, nak cerita tentang 1st Experience Ika hadapi anak kena sembelit! 
Abam faiz tak pernah pun kena sembelit macam ni, tapi baby Leesya... kesian mama tengok Leesya...
Semua bermula, bila dua minggu masuk Taska baru, tapi bila Ika tanya cikgu, dorang kata dorang bagi makan yang lembut-lembut jak... Leesya ni jarang makan buah, kalau Ika beli buah abam faiz yang habiskan. Leesya plak tengok je buah macam tengok benda yang mengerikan!

Hari tu balik dari Taska, Leesya 'eyak', bermula la scene buat Ika menangis sebab tak sanggup tengok Leesya.. meneran, menangis, teriak! Ika tengok macam orang nak melahirkan pun ada jugak 😭
Almost 2 jam, from 6pm-8pm.. Leesya terbaring.. melutut.. sampai lemah badan dia... muka pun pucat.. Ayah pulak sapu-sapu belakang Leesya, macam mama pulak yang nak melahirkan... heheheehe....




Mama pun up kat Facebook, minta advices Mommies petua anak sembelit.. Alhamdulillah... terima kasih mommies semua, bagi Feedback pada post Ika... Ada yang suggest Garam Buluh dan Alfalfa, tapi Ika tak buat stok pulak... Ada jugak yang suggest p beli ubat cucuk dan cair najis dekat farmasi... dan banyak lagi...


Lepas solat maghrib, Husband ajak p klinik sebab tak sanggup tengok keadaan Leesya makin lama makin lemah... 😭 dalam perjalanan g klinik Ika bagitau ada orang suggest beli ubat dekat farmasi.. masuk jak kawasan Diplomatik Presint 14 tu, terus nampak Farmasi... Dorang suggest ubat Lactul (bagi cair najis) dan ubat cecair yang masukkan ke dalam buntut. Balik rumah husband terus buat, sejam jugak tunggu, tapi still sama... 

Jam 9 pm, Husband ajak jugak p Klinik dekat Diplomatik tu jugak.. Masa tu ada dua kilinik berdepan, Ika pun g masuk klinik yang ada banyak orang, tapi Service lambat sangat.. Time Ika masuk tiada orang dekat kaunter, mau 15 minit jugak menunggu.. lepas daftar, duduk lama sangat, Leesya mula meneran lagi Walaupun sambil main, kesian dekat Leesya. Husband tak tahan tunggu lama ajak keluar p Klinik depan... 



Klinik depan langsung tiada orang, daftar terus doktor suruh masuk. Doktor Wanita sebaya Ibu Ika rasanya.. Doktor suruh buka Pampers Leesya dia cucuk sekali lagi ubat cecair tu. Masa buka pampers Lessya dah tengok najis dia dah keluar sikit, tapi masih ada tersangkut dekat dubur.. bau dia, satu ruangan doktor berbau, husband sampai nak muntah.. Hahahahahha... Lepas doktor cucukkan ubat cecair tu najis leesya terus menyembur keluar.  Alhamdulillahhhhh... Leesya terus kata "Leesya dah OK".... Ika bawak g toilet bersihkan dan tukar pampers Leesya, elok pulak main kuda2 dengan abam Faiz, padahal buntut dah bengkak, tak sakit katanya... 


Leesya bukan meneran, Leesya kata PEACEEEEEE... 😂
Doktor bagi ubat Colimix dan Doproct ni.. Colimix ubat sakit perut, Doproct plak krim untuk buntut Leesya sebab bengkak dan melecet... Lactul ni Ika beli dekat farmasi, untuk cairkan najis.. Lupa plak nak ambil gmbr ubat cecair masukkan dalam bontot tu...


Apa pun Alhamdulillah.. berakhir penderitaan malam tu.. Semoga Leesya tak eyak keras lagi lepas ni... Masa tunggu ubat dekat klinik tu, ada plak lukisan ni... "Sakit Penghapus Dosa".. 


Apa pun, Ika share pengalaman Ika, kalau Mommies ada pengalaman yang sama dan cara atasi boleh lah share dekat komen... so, next time kalau berlaku lagi boleh la Ika guna tips Mommies semua...
😍😍😍

By: Mama Babies Fasya...
_Disember 2016_


No comments:

Post a Comment

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts