Assalamualaikum Sahabat blogger... 😍
Syukur Alhamdulillah kan, kita dapat lagi merasakan Nikmat Allah yang paling berharga berupa kesihatan dan masih dapat bernafas dengan Percuma di Tahun baru, 2023 ini. Semoga Tahun ini, segala urusan, impian dan perancangan kita berjalan lancar dan dipermudahkan. Aamiin. Dan Semoga apa saja ujian dan Cubaan yang mendatang, kita redha, sabar dan tabah menghadapi. Aamiin.
.
.
.
Jadi awal tahun sebelum mula sesi sekolah korang ke mana jak? Ka masih sambung bercuti dari akhir tahun 2022 sampai la awal tahun 2023? Wahhh Bestnyaaaa..
Alhamdulillah, kami awal tahun ni stay dekat Tawau jak, bawak anak-anak makan sedap-sedap dan mahal sikit dekat LIL GRILLED GARAGE, OLD HOUSE atau di panggil LIL'G. ehekkk! Tapi Seminggu sebelum tu kami dapatlah buat Short Trip ke Semporna 3 keluarga. 2 hari 1 malam je. Entrynya ika buat kemudian tau. Baru nak active kan balik Blog ni..
So, ke mana Plan Ika dan husband mo bawak anak-anak? jommmm...
Sebab Sekolah dah nak bermula setelah 2 minggu bercuti kan, barulah mama nak gunting rambut anak2 yang boboy, beli bekal dan botol, alat2 tulis. Cuti 2 minggu semua barang hilang. kotak pensel je ada. pelikkan. Anak-anak korang macam ni jugak ka? 😂
|
Muka Happy habis ngepawww mama dekat Makro... 😂 |
Lepas dari Makro, sebab masih awal nak makan malam, jam5 petang kan. kami pun masuk bandar. Ternampak pulak karnival depan Majlis Perbandaran Tawau. Pahtu ada pulak belon-belon istana. Anak-anak mama ni dari yang abang sampai anieq tak pernah bagi masuk. sebab dulu ekonomi mama ayah, sampai rasa duit tu lebih baik beli makanan kenyang. Tapi Mama baru terfikir, rezeki anak-anak tu bila diorang happy in Shaa Allah akan lancar mengalir...
Cumanya, ndak boleh la kita menurut sangat kemahuan anak-anak. apalagi diluar kemampuan kita as parents kan. tak gitu..? ehee.. jadi mama ayah pun layan laa diorang main setengah jam. Sorang RM5, sebab ada 4 ketul.. jadinya RM20...
|
Dapat gambar dia sorang... abang2 kakak semua keseronokan... |
Dah masuk Maghrib singgah kedai ibu di Sabindo, mo solat. kebetulan nampak Bro Western, kononnya mo makan sini jak laaa kan, sekalinya tutup.... Dalam hati manyak happy, akhirnya lunas cracing sistur mo makan di Lil'G Old House....
Dah sampai Lil'G anak2 request mo duduk atas, boleh nampak langit nan gelap. FYI, order Lil'G dekat kaunter ya. untuk order Old House masakan goreng2 panas2 dan minuman boleh panggil waiters ambil order.
Sambil tunggu makanan sampai, tibah ada bunga api. seronoklah anak2...
Sampai tetoleh baby haaa...
Yeayyy!! Makanan dah sampai laaa! Lajuuu servis diorang walaupun makanan western.
Ika bagi 5 bintang untuk service!
Ni makanan mama dan ayah..
CHICKEN CHOP CRISPY SET LARGE RM 16.00
Blackpepper Sos tu tak sekali tau, tapi boleh request. Dan bestnya FOC jeeee..
Semua sedapppppp! 9/10 ika bagi...
Anak-anak dengan makanannya sendiri. No Pattak Pattak (kongsi kongsi)... eheeee..
Abang Faiz macam biasa mo makan burger ja kalau pi western.
yang ni SET BURGER CRISPY CHICKEN RM9, Ika add On Cheese RM2
Cheseee dia sangat sangat sedappp, berbaloi korang add on tau!
Sos Blackpepper tu sekali dah dalam set
Kak Leesya sama macam abang, tapi as usual tak nak sayur. So boleh request masa ngoder tu..
add on cheese jugak, semua suka chesee. tak boleh nak satu ja kan...
\
Anieq pulak mo macam mama ayah. Anak yang ni selera besar. sorang boleh habis.
kalau makan burger tak cukup, dah habis nanti minta makanan abang atau kakak. hahahha..
Jadi dia kata nak CIKEN COKKK! hahah gelak besar mama..
Yang ni set Medium RM 12 sahaja. murah gila. macam ni ja pun dah kenyang tau.
Beza dengan yang Larger yang tiada Bun dan ayam dia kecik sikit.
Awwwww, untuk si baby tiada set kecik untuk western. Boleh la suap2 makanan mama kan.
Jadi ayah orderkan dia sendiri Sayap Bakar dan lontong. Puas dia makan sendiri, tak rebut-rebut..
Ohh Sorry bie, talampau tinggi pulak itu sanggul. ahahhhaaa...
Sedap kan bie, boleh la repeat lagi kalau ada rezeki lebih kannn.. kann....
Cuma kecewa dengan air ja, dah order air yang sedap-sedap. abis pulak bahan dia.
Jadi nya order Milo ais ja laaaa..
Alhamdulillah, Lunas craving mama makan di Lil'G ni. Selalu dilimpas jak. balik-balik cakap sama husband kalau ada rezeki lebih mo makan sini bie. Alhamdulillah syukur, Awal Tahun 2023 dah tercapai hasrat mama. Mission Achive! ahakkksss
Jom Ika share pasal Lil Grilled Garage ni sikit...
Owner Lil'G ni Chinese Muslim, So in shaa Allah Menu semua Halalan Toyyiban.
Paling best semua homemade, terutama Patty burger dia. Sos semua pun homemade tau
Patutlah sedappp...
ni Antara menu-menu yang menarik...
boleh pilih nak yang bajet2, sedang-sedang ataupun kayangan..
Semua ada...
Nidia menu terpaling bebengan...
LOKASI LIL GRILLED GARAGE,
Semestinya di TAWAU, SABAH yaaa..
Waktu beroperasi Jam 3.30 pm -10.30 malam
Pi pagi memang tak bukak lagi... 😂
Semenanjung tiada tu... Tapi didoakan semoga bisnesnya berkembang sampai buka cawangan merata negeri, In shaa Allah aaminn.
More updated jom Follow
No comments:
Post a Comment