Tuesday, 12 September 2017

RESEPI KEK KUKUS MILO COKLAT MUDAH DAN RINGKAS

Assalamualaikum semua, dah lama tak update Blog since anak ika yang kedua kena Chicken Pox. Tak tahu jugak jangkit dari mana, sebab cikgu Taska kata so far dekat taska tiada yang kena. Tak pa la, kena masa kecik ni kata orang ok lagi nanti dah besar tak nampak parut sangat. Alhamdulillah, Abam Faiz dan Anieq Asyrag tak kena, padahal dekat rumah tak dapat nak kuarantin. Tiga2 main bersama, hehehe.

Masa kena Chicken Pox tu Leesya tak demam sampai berhari, just hari kedua dan ketiga je. Cuma makan kurang sikit, sebab penut dekat mulut dia Ciken Pox tu. Then ibu call dari sabah suruh buatkan kek coklat. Mudah je kata Ibu, pakai blender. Haaaa, Ok sangat lah tu sebab ika memang tak da Mixer. Tapi bahan yang ibu sebut tu banyak jugak yang tiada dekat rumah, macam Susu Cair, Choclate Rice, Baking Powder, serbuk soklat pun tak banyak, so ika gunakan MILO. So Ika pun buat la Kek MILO COKLAT campak-campak versi Ika sendiri.

Jom Tengok apa bahan-bahan ika campak masuk dalam blender. Ukuran Ika guna gelas, tak kira gelas jenis macam mana u all nak pakai, janji u all just guna gelas tu je untuk ukur semua bahan-bahan di bawah ni.

Bahan A (Blender)
2 biji Telur
1 Gelas Gula
1 Gelas Susu Pekat
1 sdk Esen Vanilla

Bahan B (Diayak)
1 1/2 Gelas Tepung Gandum
1 Gelas Milo
1/2 gelas Serbuk coklat
1 sdk Soda Bikarbonat

Sikit kan bahan-bahan ika guna, hehehe tapi jadi u all lembut je kek Ika ni. Mula-mula u all Blend la telur sampai kembang pastu masukkan gula, blend lagi sampai gula agak hancur, then masukkan susu pekat dan esen vanilla. Dah blend sebati campurkan dengan Bahan B yang u all ayak tadi. Gaul je pakai Sudu kayu ke, sudu makan ke, yang penting tak berketul adunan tu dan sebati.

Sambil2 tu didihkan siap2 air pengukus. Sebelum masukkan adunan kek dalam loyang, sapukan dulu sedikit minyak dan ratakan tepung gandum supaya kek dah masak nanti tak melekat dekat loyang.

Kukus la kek u all kira 60 minit mean 1 jam atau lebih sikit sampai u all cucuk dengan garpu or lidi dah tak melekit. Dah masak, pastu sejukkan. sambil2 tu buat la Ganache dia.


Bahan-Bahan Ganache:
2 sdm susu pekat
2 sdm susu cair
1 sdm milo/coklat serbuk

(Gaul je sampai sebati)

Bila kek dah sejuk, tuangla Ganache atas kek, Meleleh you. Nak tabur serbuk milo pun boleh.
Dah Siap! Abam Faiz and Leesya habiskan tak smpai 2 hari tu pun minta buat kan lagi. Mudah dan Ringkas kan Resepi campak-campak Ika ni. Selamat Mencuba you all.!

  

Featured Post

PREMIUM BEAUTIFUL MURAH 2017

Popular Posts

FOLLOW ME ON INSTA

DATO' IFA RAZIAH PENGGUNA SETIA PREMIUM BEAUTIFUL

Premium Beautiful on Air

Posted by Shahrul Affandi on Tuesday, August 23, 2016