Mama just Flashback and share cerita Anieq Asyraf warded bulan 4 hari tu selama seminggu... Maaf la lambat cerita. tapi Alhamdulillah, Anieq dah sihat dan sembuh sekarang 👶
Khamis (27/4) - Anieq Start Batuk
Khamis tu Anieq dah mula batuk masa mama ambil dari rumah pengasuh, bukan batuk biasa-biasa tau, batuk bekahak. macam batuk orang tua pun ada jugak. kesian tengok anieq setiap kali batuk. menyusu pun tak macam biasa. Then esoknya Jumaat, mama ambil anieq dari rumah mama lin (Pengasuh anieq) dah kena tuam dengan kain basah, husband mama lin plak usung termometer ke sana sini. (risau)... mama lagi risau, kenapa dengan anak mama ni...
29.4.2017 (Sabtu) - Bawak Anieq pergi Hospital
Dari malam sampai pagi panas Anieq On Off.. kejap suhu dia tinggi 38++, kadang turun. kebetulan esok hari ahad husband ada lunch dengan bos dia, bawak sekali family. So, hubby kata, kalau Anieq demam sampai esok, tak payah ikut. So mama nak jugak ikut pergi lunch kan, dah orang belanja makan. rezeki jangan ditolak.. heheheh. So mama pun ajak la hubby pergi hospital Putrajaya lepas solat Isya'. Dari Jam 9.30 daftar, Jam 11 lebih baru sampai no giliran.. (em, dah lama tak berkampung dekat Hos Putrajaya ni, Since abam Faiz dulu)..
Lepas Doc check suhu Anieq, then dia suruh tunggu sekejap, (agaknya nak p discuss dengan doc sebelah. datang2 terus cakap, "Ok Mama, Baby kena warded ya", masa tu mama tergelak dan tak tahu nak cakap apa, terkejut sangat. Pastu Doc suruh tunggu dekat luar sebab nak siapkan dokumen untuk warded. Sedih hati mama masa tu, keluar bilik doc,terus bgitau hubby. Dah risau, tak tahu nak cakap.
Tak lama lepas tu Doc panggil masuk balik, dia suruh buat Xray, dan sempat tenangkan mama (macam tau2 je mama risau yang amat), Doc kata baby masuk ward sebab masih baby bawah 2 bulan, so senang doc nak pantau demam baby. Kalau dekat rumah, kita risau baby tak dapat perhatian yang baik. so kita tengok Xray baby dulu. masa tu mama dah tenang sikit.
Lepas Xray, doc panggil balik, memang Anieq kena warded sebab paru2 dia ada tompokan putih. Mama naik risau, dah nak nangis. Allah, Semoga anak Ku Anieq Engkau berikan perlindungan.
Sampai bilik ward, (dah nak jam 1), selasai urus procedur, husband balik ambil barang-barang Anieq and mama. sebab ni first time ada anak mama warded tak tahu nak bawak apa. Nasib baik ward yang anieq masuk ni sebilik untuk 2 orang dan ada satu tandas.
Tapi mama bersyukur sangat sebab Anieq langsung tak cerewet malam tu.. even demam panas, tak selesa, Anieq tak nangis2 pun. Just bangun untuk susu je.. Alhamdulillah, sabar anak mama...
30.4.2017 - Hari Pertama Warded
Pagi tu, Doc ambil anieq bawak g bilik rawatan, untuk ambil darah and masukkan jarum... Mama hanya dengar je suara Anieq teriak dekat luar bilik rawatan tuh.. Kesiannya mama tengok tangan Anieq. Sedangkan mama kena masuk benda ni rasa tak selesa.. Tapi Sungguh Anieq sabar sangat, Alhamdulillah ya Allahhh... Demam Anieq, Naik lagi mama tak henti2 tuam dia. basahkan badan dia.. 😭 Hari ni tidur Anieq tidur je, bangun sekejap pastu tidur balik.. penat kot Anieq, sian anak mama..
1.5.2017 (Isnin) - Start Masukkan Antibiotik & Nab setiap 6 Jam
Hari ni Doc start masukkan Antiobiotik sebab demam Anieq setiap 6 jam 37-38, but he's only 2 month, boleh ke masukkan ubat?? Risau sangat, tapi nasib baik doc jelaskan, Antibiotik ni untuk matikan virus dalam badan Anieq, jadi kena bagi sebab demam Anieq tak turun2..Doc cakap jugak, Anieq just kena Virus bukan Bakteria, so dont worry too much mommy.. Alhamdulillah, tenang hati mama.. Dan sebab Anieq terlalu banyak kahak, Anieq pun kena pakai Nab untuk cairkan kahak...
Petang tu Mama Lin datang lawat Anieq, kebetulan Anieq kena Nab, mama Lin tolong pegangkan Nab untuk Anieq sebab masa tu mama tengah pam susu. Susu mama bengkak, sebab Anieq tak banyak menyusu, hidung sumbat...
2.5.2017 (Selasa) - "Tak boleh discaj selagi demam tak kebah..."
Pagi tu Doc datang, mama tanya bila Anieq boleh discaj, Doc cakap "tak boleh lagi mama, selagi demam baby tak kebah. nanti kalau discaj sekarang. kita tak tahu luar sana ada lebih banyak virus and bakteria, baby lambat sembuh..."So mama pun pasrahkan jelah cuti mama yang tinggal nyawa2 tuhhhh... demi mu anak.. 😭
Hari tu jugak nafas Anieq tak normal, turun naik dan berlekuk dalam bhg rusuk anieq so Doc suruh pasang hos Oksigen untuk bantu dia bernafas.. Allah masa ni, hati mama bertambah runtun. sebab biasanya mama tengok baby macam ni dekat fb je.. tapi mama tak sangka anak mama sendiri alami benda yang sama.. Allahu akbar...
dan hari ni Juga, Doc tambah Antiobiotik Kedua (mama tak sure nama dia its"Genta"?). tapi Antiobiotik ni 12 jam sekali, masukkan dengan mesin sebab yang ni kuat dari Antibiotik yang 6 jam. Antibiotik 6 jam tu pun still masuk lagi tau.. 😭
3.5.2017 (Rabu) - Demam dah mula On Off
Alhamdulillah, hari niAnieq dah mula Aktif bermain even, demam on off... mungkin sebab Antibiotik "Genta"tu kot.. and Doc yang dtg round pagi tu kata, nafas Anieq dah agak stabil, kalau ok hos oksigen akan off petang nnti.. Alhamdulillah.. Mata pun dah buka, sebab 3 hari lalu, tak nak langsung buka mata. tidur je, penat kot...
Alhamdulillah, Hos Oksigen dah cabutttt... Sayang mama dah aktif balik.. Alhamdulillah ya Allahhh...
Dah boleh Selfie balik dengan Mama... |
tidur pun dah selesa. menyusu pun banyak, Alhamdulillah.. |
4.5.2017 (Khamis) - Alhamdulillah Syukur.....
Doc kata esok kalau tiada pa2 Anieq dah boleh Discaj, Alhamdulillahhh
Assalamualaikummmm, Selamat pagi... |
Rutin setiap pagi, Doktor pakar datang meround.. Anieq dah boleh bawak main dah.. 😍
Habis mandi, minum susu terus tidur... |
Masih lagi pakai Nab sebab kahak masih ada.. |
Yeay, ayah datang lawat Anieq, tapi tak boleh lama sebab abam faiz dekat bawah dgn acik guard, tak boleh naik.. cian abam.. dah 5 hari mama tak jumpa. mama Rindu kakak Leesya jugak, kakak Leesya balik Sabah ikut Omah...
Kebetulan ayah datang, nak masukkan Antibiotik guna mesin .. |
5.5.2017 (Jumaat) - Discaj
Alhamdulillah, ni la hotel 6 Hari 6 Malam, mama and Anieq menginap.. Kalau malam mama baring di kerusi lipat kaler hitam tuh.. Kalau siang, mama baring atas tilam dengan Anieq.. muat tak muat, janji dapat tilam.. heheheh..
Antiobiotik Genta tu masukkan dengan mesin la... |
Masa mula-mula masuk Antibitok dulu, Anieq diam je, mungkin tak rasa kot.. tapi bila dah Hari kedua, dia dah mula rasa sakit. dan setiap kali masuk Antibiotik tu, mesti nangis macam ni.. Cian anak mama..
Tunggu Masa nak balik je, tunggu ayah tak datang-datang lagi.. Mama pun gambar Anieq. So nanti In Sha Allah panjang umur, Anieq boleh tengok balik gambar2 anieq masa baby ni..
Sementara mama pergi kaunter pembayaran, uruskan Check out 'Hotel', Ayah Selfie dengan Anieq.. alhamdulillahhh dah boleh balik rumah..
Makanan Hospital
Selama 6hari 6 malam, mama makan makanan hospital.. nasib baik untuk penjaga pun ada di bagi makan. emm.. not bad jugak, Alhamdulillahhh.. rezeki kan. syukur la ada makanan, jimat beli dekat luar, even ada orang kata makanan hospital tak sedap, tapi bagi Ika sedap je.. lauk dia setiap hari bertukar.. Ikan, Ayam.. tak percaya tengok la Ika sempat gambar tau.. heheh..
Sarapan + Makan tengahari + Minum petang + makan malam
Tapi Ika gambar makan tengahari dan malam je, Wajib ada 2 jenis sayur + lauk (ikan/ayam) + lauk tambahan + dessert (buah or dadih), sarapan pagi dan minum petang ringan2 je.. nasi lemak, popia, roti ban, mee goreng, bihun.. terindu plak.. naaahh belanja sedikit gambar makanan hospital..
Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan dan kesembuhan yang barokah buat anak mama.. semoga bertambah umur barokah buat anak-anak mama semua ya sayang.. Tq sebab sudi baca sharing mama . Jumpa lagi Entry seterusnya...
Sarapan + Makan tengahari + Minum petang + makan malam
Tapi Ika gambar makan tengahari dan malam je, Wajib ada 2 jenis sayur + lauk (ikan/ayam) + lauk tambahan + dessert (buah or dadih), sarapan pagi dan minum petang ringan2 je.. nasi lemak, popia, roti ban, mee goreng, bihun.. terindu plak.. naaahh belanja sedikit gambar makanan hospital..
Sayur 2 jenis + ayam kari + pencucui mulut |
Ayam berlada + Sayur 2 jenis + tahu tempe + buah |
Nasi beriyani + ayam masak masam manis |
Ikan (ntah ikan apa) masak sup |
Ikan tenggiri masak kari |
Ayam tanpa kulit kuah masam manis |
Ayam kari |
Ayam kurma |
Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan dan kesembuhan yang barokah buat anak mama.. semoga bertambah umur barokah buat anak-anak mama semua ya sayang.. Tq sebab sudi baca sharing mama . Jumpa lagi Entry seterusnya...
Loved by,
Mama Fasyanieq
No comments:
Post a Comment